HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Friday, May 18, 2018

# MAKAN # RESEPI

RESEPI KARI AYAM KERING DENGAN KENTANG

RESEPI KARI AYAM KERING | Alhamdullillah hari ini masuk 2 Ramadhan 1439H. 1 Ramadhan kelmarin korang masak apa yea untuk berbuka puasa? Sha sekeluarga macam biasa sahaja, ringkas tapi mengenyangkan. Sha sejenis tak reti nak sediakan atau menikmati banyak makanan sekali hidang, dari kecil tak berapa nak makan kuih kalau makan pun kuih tertentu sahaja. Tiba-tiba teringatkan arwah ayah, inilah tahun pertama Sha sekeluarga menyambut bulan Ramadhan tanpa ayah disisi tiada lagi seorang bapa yang biasanya mengidam nak makan apa-apa waktu berbuka pada mak dan kuih pun Sha dibiasakan terus ke tempat buat kuih seperti kuih bakar di kampung. Kalau giliran balik kampung beraya sebelah Sha, biasanya arwah akan simpan menu kegemaran Sha sehingga Sha sekeluarga sampai ke kampung, barang-barang sudah sedia tinggal nak masak dan berbuka sahaja waktu itu terutamanya menu kegemaran perut air asam, sup tulang, daging goreng kunyit dan masak lemak daging masin daun kaduk. Rindunya kat arwah ayah sebab ayah seronok sangat dapat tengok anak-anak dia makan banyak..huhuuhu.. Insan paling terasa kehilangan semestinya Mak, harap Mak kuat bersama adik-adik.

Itulah kenangan bersama seorang ayah. Kini hero yang tinggal adalah suami Sha sendiri semoga Allah S.W.T sentiasa mengurniakan kesihatan tubuh badan kepada beliau. Alhamdulillah hari pertama berpuasa Sha relaks sikit sebabnya Encik Suami yang cari resepi dan beliau yang masuk dapur cuma tugas Sha menghidang dan mengemas apa yang patut sahaja. Semalam suami kita masak Kari Ayam Kering dengan kentang , sedap cukup rasa walaupun Sha terlepas kutuk masa beliau tengah masak...hihihihi..harapnya beliau bacalah entry kali ini, semoga beliau tidak merajuk dan akan terus memasak.
Ayam Masak Kari Kering.

RESEPI AYAM KARI KERING

Ayam (digoreng)
Bawang merah (ditumbuk)
Bawang Putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Cili Hijau
Serai (diketuk)
Daun Kari
Bawang Holland (dihiris)
Rempah Kari Ayam + Rempah Kari Ikan
Kentang potong weges goreng

CARA-CARA MEMASAK

1) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama dengan serai dan daun kari.

2) Apabila dan naik bau, masukkan rempah kari, air dan garam. Biarkan mendidih. (Air tidak perlu banyak cukup untuk rempah kari masak sahaja. Kemudian masukkan cili hijau.

Opss..sebenarnya suami suruh beli cili hijau besar, tapi Sha beli cili burung hijauuu..ehehehee..maafkan Sha yea sayang...ngeeeee

3) Akhir sekali masukkan ayam dan kentang.

Apa macam? Korang yang tak pernah buat resepi ni boleh mencuba selepas ini. Resepi ni anak-anak pun suka sebab anak-anak Sha pun memang suka makan kentang.

Resepi Ayam Masak Lada Hitam --> KLIK SINI

6 comments:

  1. wah sedapnya, boleh buat juadah malam karang

    ReplyDelete
  2. Wahhh suami sha tolong masak terbaik la.. Suami cik ash tak sempat nak masak hahaha bakik kerja pukul 8.30baru sampai rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. AZAM suami tahun ni nak masak..huhu..dia amik alih

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi