PERKHIDMATAN SAMBUTAN HARI LAHIR DI IPOH - SHALIMAR YUSOF


Friday, May 11, 2018

PERKHIDMATAN SAMBUTAN HARI LAHIR DI IPOH

PERKHIDMATAN SAMBUTAN HARI LAHIR DI RESTORAN DI IPOH | 8 Mei 2018 dalam kesibukan persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 rasanya tidak adil untuk membiarkan hari istimewa iaitu hari kelahiran encik suami Sha dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja. Sebenarnya persediaan ini dibuat saat-saat akhir iaitu semasa menunggu Ketua Tempat Mengundi (KTM) pusat mengundi tiba di pusat mengundi Sha sempat mencari tempat yang boleh Sha raikan hari lahir suami selepas menyelesaikan kerja di pusat mengundi masing-masing.


Alhamdulillah, akhirnya selepas pulang ke rumah kami berehat sekejap melepaskan lelah dan terus bersiap-siap untuk ke lokasi yang Sha pilih. Oh yeaaa, kali ini suami mengikut sahaja selepas diberi kata putus oleh Sha dan mengikut sahaja pilihan Sha kerana seperti biasa Sha akan memilih lokasi makan yang kami tak pernah pergi. Kami keluar awal sikit kerana tidak mahu pulang lambat maklumlah esoknya perlu bertugas untuk hari bersejarah negara Malaysia.


Hasil pencarian akhirnya membawa Sha kepada Restoran Tok Nan berdekatan Bulatan Amanjaya Meru Ipoh, Perak. Sha biasa lalu sahaja di kawasan restoran ini maklumlah Bulatan Amanjaya sekarang menjadi tumpuan majlis atau event sejak dibuka.


Malam itu Sha tidak menyediakan kek hari lahir untuk encik suami hingga anak-anak tanya mana kek ibu?ehehehe...Sha cakap je ibu tak beli kek..biasalah kan kebiasaan hari lahir akan ada kek hari lahir paling kurang. Tapi kali ini dekorasi sahaja yang menggambarkan sambutan hari lahir. Itu pun suami Sha dah cubit-cubit cakap malu sebab umur-umur macam ni pun nak sambut hari lahir, tapi macam biasalah Sha apa yang suami tak biasa itulah yang Sha akan buat..hihihi...kalau dah biasa tak istimewa sangatlah kan?


Sebenarnya kami sampai awal dan hampir takut juga perancangan tak menjadi kerana semasa sampai di Meru hujan mulai turun dengan lebat. Jadi sementara waktu menunggu saat dijanjikan dengan pihak Restoran Tok Nan Sha ajak suami singgah ke Mydin Meru terlebih dahulu untuk buang masa sementara hujan masih turun. Pssss...Suami suruh cerita yang dia jatuhkan kad ahli tesco dalam longkang mydin...dalam kad tesco baru topup touch n go tau takk...berhuhuhu laaa..

 

Selepas beberapa minit kami bergerak ke Restoran Tok Nan, kami disambut oleh staff restoran dan tanyakan sama ada kami ada buat booking atau tidak yang kelakar Sha cakap ada suami pulak cakap tak ada terpaksa lah Sha tegaskan memang Sha ada booking!..hihihi..Kami pun dibawa ke bahagian yang telah dijanjikan kepada Sha pada petang tadi. Sengaja tak tempah makanan awal-awal kerana nak ada masa untuk bergambar dan bersembang dengan suami dulu.

 

Kalau korang nak tahu suami Sha order Ais Krim perahu sebagai pencuci mulut. Hasil inisiatif pihak restoran, jeng jeng mereka telah memberi kejutan kepada suami Sha dengan menutup lampu dan menghantar ais krim perahu dengan iringan lilin dan nyanyian Happy Birthday! Hihihi. padahal suami dah risau takut ada nyanyian macam tu..akhirnya terpaksa terima..serius Sha tak bersubahat secara terus dengan pihak restoran untuk raikan macam nii.. Ais Krim perahu ada lilin boleh ganti kek ada lilin..Molek sangat!

Terima Kasih sangat kepada Cik Haziqah dan rakan-rakan beliau kerana memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik, maklumlah Sha ni tak berapa pandai nak buat kejutan untuk suami, belanja makan macam ni sahajalah yang mampu. Sebelum balik sempatlah sembang sekejap dengan Cik Haziqah, orangnya pun memang peramah dan sporting sangat. Sembang punya sembang sampai lupa nak ambil gambar restoran yang berkonsepkan rumah lama dan sangat cantik pemandangannya. Mungkin malam itu hujan jadi setting untuk Sha adalah di dalam rumah, kalau luar pun cantik juga.

Kalau orang Ipoh ada nak sambut hari lahir orang tersayang bolehlah hubungi pihak Restoran Tok Nan, Bulatan Amanjaya Meru Ipoh ,Perak untuk merealisasikan impian korang.

Hubungi Cik Haziqah di talian :
014-9486872

Lokasi :
Restoran Tok Nan
Bulatan Amanjaya Meru Ipoh Perak.

sumber google

1 comment:

Terima Kasih Daun Keladi