setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000); RESEPI TERUNG GORENG SIMPLE shalimar yusof SHALIMAR YUSOF
HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Thursday, February 08, 2018

# RESEPI

RESEPI TERUNG GORENG SIMPLE

RESEPI TERUNG GORENG SIMPLE | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Rasa tak patut sebenarnya nak kongsi resepi ini, tetapi oleh kerana teruja sebab ianya sedap sangat Sha nak kongsi jugalah pada yang belum tahu bahawa Terung goreng memang sedap! Hakikatnya Sha bukan selalu makan sayur terung kerana Sha tidak berapa boleh makan biji terung, kalau makan terung memang merahlah biji mata alamatnya kerana batuk terpaksa. Tak tahulah kenapa masalah macam tu boleh terjadi walhal terung antara sayur yang sedap dimakan bila dimasak lemak, goreng berlado dan macam-macam lagi.

Kali pertama Sha mencuba Terung Goreng Celup Tepung ini ketika berada di Medan, Indonesia iaitu di Hotel Green Garden, Berastagi. Perasan masa itu juadah itu adalah paling laris saling bertukar tangan pinggannya rupa-rupanya terung di goreng. Sebelum ini Sha tak pernah goreng terung dan di makan dengan nasi begitu sahaja tapi ternyata ianya sedap. Untuk pertama kali Sha potong bulat-bulat tapi tidak sempat ambil gambar, ketika itu lapar jadi masak-masak hidang terus makan..ehehehe... Memandangkan terung Sha beli bersaiz besar tidak semua Sha potong bulat, bakinya Sha potong bentuk batang-batang perancangannya hendak masak menu lain tapi akhirnya goreng sahaja jadi kali ini baru ambil gambar tetapi tetap sama caranya.


BAHAN- BAHAN

Terung [Dihiris bulat atau potong]
Tepung goreng

Caranya :- Dalam bekas terung letak tepung jangan terlalu banyak dan letak sedikit air dan gaul sekata.
Kemudian dah boleh goreng.

Simple!


Sudah boleh padankan dengan lauk-lauk lain yang mungkin berkuah kan, makan dengan nasi panas-panas. Wow! Boleh menambah makan ni...
Terung goreng ni rasanya manis-manis lemak gitu.. Yang belum cuba, boleh cuba lepas baca entry kacang ni okay!ehehehee...

11 comments:

  1. sedap tu.. memang ada stock tepung bestari kat rumah boleh try buat ni hihihihi

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa! Nanti boleh try jugak :)

    ReplyDelete
  3. kalau dekat umah nak goreng celup tepung mesti nak guna tepung bestari yang lain tak boleh lawan

    ReplyDelete
  4. nampak mcm best jgk kan.... selalu akak bt terung garang asem, msk kari ke apa... tak penah try lg grg nih

    ReplyDelete
  5. Wow menarik resepi ni, nanti nak try...

    ReplyDelete
  6. Ramai ckp tebung bistari ni best bila goreng ayam.. X cuba lagik.. Dok dengar org ckp jerk.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Wah lain dari yg lain, ada terung kat peti tak buat pe lagi lepas baca ni boleh
    Lah cuba

    ReplyDelete
  8. menarik menu ni...rietta suka terung....boleh la cuba....

    ReplyDelete
  9. cicah dengan kicap atau sambal belacan..sedap ni. ratah gitu je hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi