HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Wednesday, November 29, 2017

# medan indonesia

HOTEL GREEN GARDEN DI BERASTAGI INDONESIA

HOTEL GREEN GARDEN DI BERASTAGI INDONESIA | 20 November 2017 (Isnin) | Malam pertama di Indonesia Sha dan rombongan bermalam di Berastagi iaitu di Hotel Green Garden. Hotel ini tidak mempunyai kipas atau penghawa dingin memandangkan cuaca di Berastagi memang sejuk semulajadi sehingga rancangan untuk mandi kolam terbatal terus pada hari itu. Cuacanya sikit lebih sejuk berbanding dengan Cameron Highland yang boleh menyebabkan Sha ketar kepala lutut untuk turun makan malam pada malam itu.

Pemandangan daripada luar lobi Hotel Green Garden Berastagi. Memang meriah dengan cahaya lampu. Kawasannya selamat, berpagar cuacanya sejuk-sejuk sambutan semasa kami sampai tadi pun memuaskan, tak perlu susah-susah nak angkat atau tarik bagasi sendiri untuk kebilik sudah ada yang menanti dari turun bas sampai ke bilik. Tak kiralah lelaki ke perempuan mereka akan sambut dengan senyuman.

 

Pak Ono sedang menguruskan daftar ahli rombongan. Pak Ono akan uruskan sampai korang masuk bilik, beliau memang orang Berastagi, jadi kalau korang nak perkhidmatan Pak Ono ni jangan lupa Whatapps +6281361109489 yang penting minimum 5 orang.

 
Sementara Pak Ono menyelesaikan pendaftaran masuk, ruang menunggu disediakan selesa dengan ruang yang agak luas. Bolehlah melepaskan lelah sekejap di sini.


Pemandangan malam dari beranda bilik Sha nak mandi tak boleh jadi kita ambil gambar sahajalah, cantik dengan cahaya lampu berwarna warni

Pemandangan waktu siang kawasannya bersih dan nyaman. Tenang sahaja kan? Sha curi masa ambil gambar sementara yang lain menunggu pendaftaran di ruang menunggu. Yang bertingkat itulah terletaknya bilik-bilik kami.


Inilah bilik Sha dan roomate iaitu Hani & Puteri, selesa tapi mula-mula masuk panas sikit kemudian selepas itu barulah sejuk makin sejuk sehingga kami tertidur dan hampir-hampir terlepas makan malam kami pada hari itu. Terloncat la sedikit daripada katil tengok jam dah pukul 7 lebih, patut turun jam 7.


Di sinilah kami makan malam dan sarapan pagi keesokkan harinya. Cukup luas dan selesa buat tetamu yang berkunjung.


Hidangan kami malam itu, kalau dah namanya negara serumpun makanannya pun hampir sama memang makan nasi juga. Tapi yang penting walaupun sarapan, makan tengahari dan makan malam makan nasi kat sana Sha tidak mengalami masalah sembelit langsung mungkin cukup khasiat memang waktu subuh akan lawas. Tambah pula selepas makan memang sihat disediakan air kosong kalau dirumah pasti air manis atau air berais yang sedia tahu tidak berapa sihat tapi nak minum juga.


Selepas makan malam kami hanya melepak di tepi jalan depan hotel ni, nak makan durian tapi mungkin dah habis sebab tak kelihatan penjual durian siang tadi. Jika korang perlu barangan runcit di sini korang jangan risau kerana dihadapan hotel ini terdapat kedai runcit Indomart nak cari kudap-kudap malam pun boleh.

Kemudahan yang ada :

Kolam renang
Tuala
Cerek air
Water heater
Iron kena maklum pihak hotel akan uruskan, tak disediakan dibilik.


Kalau korang nak ke sana boleh cari alamat ini :

Alamat: Jalan Jamin Ginting, Sempajaya, Berastagi, Kabupaten Karo, Sumatera Utara 22152, Indonesia

No.Telefon: +62 628 91777
Nak cari tempat makan muslim ? Korang boleh tengok sini, tempat makan tengahari kami di Berastagi ----> Kedai makan muslim di Berastagi 

2 comments:

Terima Kasih Daun Keladi