Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CARA LIPAT KAIN DENGAN MUDAH

CARA LIPAT KAIN DENGAN MUDAH | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Sedang buat apa yea semua? Tengah lipat kain? Wahhh... rajinnya dia..hihi.. Perihal lipat kain ini sebenarnya isu biasa kita baca atau dengar sebenarnya. Kalau ingat balik selalu juga nampak status facebook ibu-ibu terutamanya di hari minggu dan kalau di tempat kerja pun warga ibu ada sembang dan saling bertukar tips dan kadang berbalah aku lebih suka gosok baju, aku lebih suka jemur kain pendek kata perihal memproses dari membasuh sampailah kemas masuk almari pun jadi isu. Soalan yang paling suka ibu-ibu persoalkan adalah basuh, lipat atau gosok pakaian yang mana paling korang tak suka atau suka? Maknanya apa tu?ehehehe..mak-mak sangat..


Tak tengok orang lain , diri Sha sendiri pun alahai berat juga nak mulakan melipat pakaian ni tapi nak tak nak kena buat juga kalau tidak bersepah laa rumah, bukan bersepah sahaja tapi susah nak cari pakaian kalau setakat letak dalam bakul macam tu sahaja kan. Tapi apa sahaja masalah ada penyelesaian bukan? Jadi Sha nak kongsikan 10 cara lipat kain dengan mudah dan cepat antara tips adalah :-

1) Basuh pakaian setiap hari untuk minamakan jumlah pakaian yg perlu di uruskan.

2) Lipat pakaian setiap hari jika ada pendek kata jika ada yang perlu dilipat jangan ditangguhkan kalau tidak makin banyak makin malas. Jika sikit je angkat terus lipat tak perlu tunggu lagi.

3) Asingkan jenis pakaian mak,ayah & anak2 bagi memudahkan/ mempercepatkan urusan melipat. Macam Sha dari awal basuh baju sudah diasingkan bagi menyenangkan kerja, biasanya Sha basuh yang perlu sangkut terlebih dahulu baru basuh yang perlu lipat nanti.

4) Sediakan bakul/bekas untuk asingkan pakaian ahli keluarga bagi psikologi minat mak-mak untuk uruskan pakaian.

5) Elakkan melipat kain di hadapan televisyen atau sambil layan telefon bimbit. Fokus korang akan lari dan terbantut kerja-kerja melipat. Bila dah siap lipat nanti boleh la layan tv ke telefon ke.

6) Selain itu kalau nak cepat korang lakukan aktiviti melipat kain ini di suatu bilik bersendirian. Kebiasaannya Sha selalu terganggu apabila anak-anak bermain di sekitar kita buat kerja, selalulah gaduh dan bising dengan diaorang neh..huhuhu,..riuh la rumah.

7) Pada yang sentiasa bertugas untuk melipat kain ni tak kira yang berkerjaya atau kerja dari rumah sahaja kena pandai curi masa yang ada.

8) Pada zaman serba moden kini, banyak kedai dobi segera di setiap kawasan anda. Jika ke sana, korang boleh sahaja sambil duduk menunggu kain lain siap atau selepas membasuh dan kering tak ada aktiviti lain korang boleh sahaja terus melipat kain di dobi berkenaan, jadi bila balik tak perlu perap tapi terus boleh kemas masuk almari atau rak.

9) Beli mesin lipat kain atau alatan bantu lipat kain. Zaman serba nak cepat nak mudah la katakan..hihii..Kalau tidak pun kena tahu teknik melipat yang betul, ringkas dan kemas.

10) Sistematik dan terancang. Pengalaman sendiri Sha bila hari minggu biasanya hari sabtu setiap pagi akan tekan mesin basuh yang biasanya Sha sudah siap masukkan pada malam sebelumnya. Kita basuh dan keringkan terus lipat sementara batch baju lain kering. Semasa melipat terus susun mengikut keperluan yakni baju tidur, baju harian, baju sekolah, baju kerja dan lain-lain. Kalau tidak pun kena tahu teknik melipat yang betul, ringkas dan kemas.

Semoga yang rajin lipat kain tu makin rajin melipat la yea..yang tak berapa rajin tu kena rajin-rajinkan diri juga kalau tak susah nak cari pakaian nanti. Kain yang siap dilipat senang dicari, menjimatkan masa dan menyedapkan mata serta kemas.

Post a Comment

14 Comments

  1. setuju sangat yang nombor 5 tu
    hahaha

    ReplyDelete
  2. Antara sidai baju dengan lipat, mai suka lipat, hahaha.

    ReplyDelete
  3. melipat baju antara kerja yg agak memenatkan..hehe

    ReplyDelete
  4. cikla pun kdg2 mmg asingkan pakaian ikut kategori. yg nk digantung, dilipat, semua asingkan... tp yg alat melipat kain tu mmg first time cikla dgr. hihi, ketinggalan sungguh aihhh...

    ReplyDelete
  5. saya punye malas nak lipat..sume baju sangkut kat hanger..hehe

    ReplyDelete
  6. Haha kalau dah malas, kita hanger kan saja semua..kecuali yg kecik kecik tu, kenalah lipat juga..

    ReplyDelete
  7. Thankyou tips hehe Airah lagi suka lipat kain sambil tengok tv.Lagi cepat rasa tangan melipat,menyangkut baju hehe

    ReplyDelete
  8. Bagus tips ni. Memang bercinta betul nk lipat kain baju ni 😅

    ReplyDelete
  9. Zumal dah berbulan tak lipat kain, last bulan 11 sebab nak pack barang balik Perlis. Sekarang gantung kat hanger je

    ReplyDelete
  10. Kebanyakkan tips diberikan memang isteri saya amalkan.

    ReplyDelete
  11. melipat ni mmg leceh kan, tp ngn adanya tips ini melipat jadi mudah, thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  12. nak atau tak..kena juga melipat baju dan yg penting kena cari tips mudah dan jimat masa utk kerja2 melipat baju ni kan...

    ReplyDelete
  13. kalau mek lipat kain sambil berdiri.
    dah rasa lenguh tu cepat cepat lah siapkan lipat kain.
    basuh kain bila kain stengah mesin.
    lepas angkat terus lipat.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi