Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CAWANGAN TERBARU PASARAYA GIANT DI FALIM IPOH DENGAN USAHASAMA AMAXMALL.COM

CAWANGAN TERBARU PASARAYA GIANT DI FALIM IPOH DENGAN USAHASAMA AMAXMALL.COM | Akhirnya Cawangan hypermarket Giant Falim Ipoh telah dibuka secara rasmi pada 9 Februari 2018. Memandangkan cawangan ini adalah cawangan terdekat dengan kediaman Sha jadi Sha mengambil peluang ini untuk sama-sama memeriahkan Majlis Perasmian Giant Falim Ipoh ini bersama beberapa rakan blogger dan media lain. Perasmian Giant Falim ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KPDNKK iaitu Datuk Basaruddin Sadali yang merupakan anak jati Perak bersama Ketua Ekskutif GCH Retail (M) Sdn Bhd, Pierre-Oliver Deplanck.

Potong Riben oleh Dato Basaruddin dan Mr Pierre
Giant telah menyumbangkan RM 50,000 kepada Yayasan MyKasih untuk projek Bantuan Makanan semasa pelancaran Giant Hypermarket Falim di sini. Melalui projek Yayasan MyKasih untuk projek Bantuan Makanan, sumbangan RM50,000 itu akan digunakan untuk menyokong dan memperbaiki kehidupan 50 keluarga terpilih yang kurang bernasib baik di sekitar Falim selama setahun, dengan menyediakan belanja  runcit bulanan di Giant Falim.


Acara ini bermula dengan upacara pembukaan yang diikuti oleh persembahan dram berbilang kaum. Giant diiktiraf kerana menawarkan hasil segar dalam persekitaran membeli-belah yang  selesa dan lengkap di Malaysia dengan menawarkan harga rendah setiap hari dan nilai hebat, ianya adalah pasar raya utama Malaysia dengan lebih dari seratus cawangan di seluruh negara, menggunakan lebih dari 8,000 orang pekerja dan memberi khidmat dengan purata 8 juta pelanggan sebulan. 
Pelancaran Giant Hypermarket Falim adalah sebahagian daripada arah tuju Giant pada tahun 2018 yang  menyaksikan ia terus mengembangkan lokasi dan penawaran produk segar di seluruh negara. Giant Falim adalah salah satu yang terbesar di Utara Semenanjung Malaysia yang meliputi 102,794 kaki persegi dan menawarkan lebih daripada 23,000 produk di dalam hampir 200 kategori masing-masing.

Terletak lebih kurang 4 km dari Bandaraya Ipoh, Pasaraya Besar Giant ini beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam pada hari bekerja dan  8.00 pagi hingga 11.00 malam pada hujung minggu. Sebenarnya Giant Falim ini telah beroperasi sejak 1 Februari 2018, masih baru tetapi semakin menjadi tumpuan penduduk sekitar dan inilah giant terdekat dengan rumah Sha sendiri yang terletak di Batu Gajah. Diakui memilih Giant Falim adalah satu kemudahan baru untuk membeli belah barangan keperluan bulanan seisi keluarga selepas ini.


Pada hari pelancaran Giant Falim itu juga telah diadakan perjanjian persefahaman (MOU) antara amaxMALL.com dan GCH Retail Malaysia. Apakah itu amaxMALL? Sebelum ini tak pernah dengar pun pasal amaxMALL ni  kan? amaxMALL merupakan platform e-dagang Malaysia yang melibatkan fesyen, makanan, produk kesihatan, teknologi, kecantikan juga pengurusan bagi ibu dan anak memenuhi gaya hidup tempatan dengan taraf e-dagang antarabangsa yang dibangunkan oleh Asiaspace SDN BHD.

 


Produk usahawan dari amaxMALL.com mula dipasarkan di pasaraya Giant Falim dan akan mula berkembang ke 29 pasaraya-pasaraya Giant yang lain sekitar Februari ini. amaxMALL ini melibatkan 13 usahawan yang merangkumi sebanyak 51 uniT stok penyimpanan (SKU) yang meliputi 3 kategori iaitu - makanan & minuman, kesihatan & kecantikan dan fesyen. Kini kita sudah ada pilihan sama ada ingin mendapatkan barangan keperluan secara offline atau secara atas talian sahaja, mudah bukan? Zaman sekarang klik-klik kemudian tunggu barang sampai depan pintu.

Sepanjang majlis perasmian berlangsung Sha dapat lihat pelbagai produk tempatan yang tidak ada di semua pasaraya giant lain terdapat di Giant Falim seperti produk produk yang Sha sempat cuba adalah Dodol Asli Opah Yang, Sambal Belacan Dapur Ibu yang memang terasa keasliannya, Rempah Mak Mah dan Resepi Warisan Opah Punya yang mengeluarkan produk seperti cendawan dan ubi goreng tepung segera , keropok lekor dan banyak lagi produk tempatan lain.






Jadi apa kata nak cari barang rumah lepas ni korang cuba belek-belek amaxMALL.com atau terus ke Pasaraya Giant untuk dapatkan barang tempatan keluaran orang kita dan segar pulak tu. Sha sekeluarga pun sudah mula selesa cari barang dapur di sini..ehehehe...lepas ni tak perlu jauh sangat kalau nak keluar beli belah.

Post a Comment

0 Comments