TERSENARAI 100 BLOG PILIHAN HASRULHASSAN - SHALIMAR YUSOF


Friday, January 05, 2018

TERSENARAI 100 BLOG PILIHAN HASRULHASSAN

TERSENARAI 100 BLOG PILIHAN HASRULHASSAN | Memasuki tahun baru 2018 pastinya setiap orang punya azam yang tercetus di dalam fikiran terus terselit didalam hati yang pastinya azam itu adalah sesuatu yang lebih baik dari masa sebelumnya. Di dalam dunia blogging yang asalnya Sha tidak menetapkan pencapaian apa-apa kini mahu lebih lagi hasil dalam berblog. Semalam duk scroll-scroll facebook terperasaan HH update 100 blog pilihan dalam entry beliau, HasrulHassan seorang blogger yang cukup dikenali dan menjadi rujukan blogger-blogger baru tidak kira dalam perkongsian tips-tips blog dan tips-tips menjadikan blog sebagai sumber pendapatan.

 

Sha amat berterima kasih kepada HH kerana sudi menyenaraikan blog Sha (No.14) sebagai salah satu blog pilihan. Semoga suatu hari nanti blog ini semakin matang seiring dengan usianya yang memasuki tahun ke-8. Walaubagaimanapun Sha ambil ini sebagai suntikan semangat bagi Sha yang masih belajar tentang dunia blog dan menjadi salah satu blog pilihan HH adalah sesuatu yang membanggakan Sha kerana blog Sha hanyalah blog kerdil yang menumpang rezeki di alam maya ini diberi penghormatan dan disenaraikan oleh blogger Otai HasrulHassan.com yang banyak memberi ilmu tentang SEO dalam penulisan blog.

Bagi blogger newbie dan yang masih belajar upgrade blog seperti Sha ni boleh ke www.hasrulhassan.com untuk mencari gali sebanyak mana ilmu di laman  HH tambah pula mana nak dapat ilmu percuma macam ni. Dulu tertiru lepas tu terminat sekarang dah tersayang dengan blog sendiri jadi marilah sama-sama kita memberi manfaat melalui perkongsian kita.

13 comments:

Terima Kasih Daun Keladi