Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DARUSSYIFA' BATU GAJAH PERAK

DARUSSYIFA' BATU GAJAH | Assalamualaikum semua. Kesembuhan hanya milik Allah SWT, kita ikhtiar dengan izinnya Allah menyembuhkan dengan kudratNya. Darussyifa' adalah Persatuan, Pengubatan & Kebajikan Islam Malaysia yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Dato' Dr Haron Din yang berpusat di Darussyifa' Pusat Bandar Baru Bangi. Beliau yang lebih dikenali dengan pangilan Ustaz Haron Din bergiat dalam bidang rawatan dengan menggunakan doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith serta sunnah Rasulullah S.A.W. Ia menjadi satu altematif kepada orang ramai dalam usaha mencari kesembuhan penyakit selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital. Kebanyakan pesakit yang datang bukan hanya mengalami penyakit fizikal tetapi juga melibatkan penyakit rohani seperti terkena ganguan makhluk halus dan seumpamanya.

Kenapa Sha kongsi tentang Darussyifa' ini? Baru-baru ini Sha ke Darussyifa' cawangan yang berdekatan dengan tempat tinggal Sha iaitu Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Batu Gajah untuk berusaha menyelesaikan masalah Adik Nur menangis pada waktu tengah malam tanpa sebab. Perkara ini memberi kesan kepada waktu tidur dan emosi Sha sekeluarga. Memandangkan Adik Nur seorang yang sihat dan hanya mengalami masalah untuk tidur nyenyak dan normal pada waktu malam jadi Sha dan suami mengambil keputusan untuk membawa Adik Nur menjalani rawatan di Darussyifa.




Alhamdulillah kali ini kali ketiga Sha ke sini memandangkan sebelum ini pusat rawatan ini ditutup beberapa minggu lepas kemudian terlambat pergi orang agak ramai jadi Sha dan suami ambil keputusan untuk pergi hari ahad dan rezeki kami antara yang awal tiba dan mendapat rawatan. Ustaz perawat memberi petua untuk diamalkan dan Sha juga ada membeli air dan dibaca ayat-ayat ruqyah, sebelum itu ustaz perawat ada juga membacakan ayat-ayat ruqyah terus ke Adik Nur. Untuk malam semalam Alhamdulillah Adik Nur tidak menangis teruk seperti malam-malam sebelumnya.


Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Batu Gajah ini beralamat di :

No 66 Kampung Changkat Larang
31500 Lahat
Perak Darul Ridzuan


Dan kalau korang nak tahu Pusat Darussyifa' yang berdekatan dengan tempat tinggal korang, boleh terus ke www.darussyifa.org untuk senarai pusat dan maklumat lanjut. Tiada bayaran dikenakan untuk rawatan, tetapi kita boleh membeli produk-produk yang ada dijual di pusat rawatan ini. Kita boleh membawa sendiri atau membeli air yang di sediakan oleh pihak pusat rawatan untuk pengunjung. Jika ingin membuat sumbangan kotak untuk sumbangan ada disediakan di dalam pusat terbabit. Datang sini tak perlu ambil nombor giliran ke apa, cuma kena tulis nama dalam buku daftar dan ustaz akan panggil ikut senarai nama ditulis semasa daftar.

Korang pun perlu maklum waktu-waktu pusat ini dibuka memandangkan waktunya adalah berlainan setiap hari dan tidak juga dibuka setiap hari. Untuk Pusat Rawatan Kecil Darussyifa Batu Gajah korang boleh tengok gambar pertama termasuk dengan no. telefon ustaz-ustaz yang bertugas untuk tempat lain korang boleh tengok waktu dan no.telefon ustaz-ustaz di www.darussyifa.org .

Semoga usaha kita untuk mendapat penyembuhan sama ada fizikal atau rohani berhasil dan diizinkan oleh Allah SWT.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bagus tempat rawatan Darussyifa ni ada di banyak tempat di tiap negeri.. Boleh cuba ikthiar disini untuk rawatan makhluk halus..

    Moga adik nur cepat sembuh 😊

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi