Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SIAP SEDIA BERCUTI KE PHUKET



SIAP SEDIA BERCUTI KE PHUKET | Setakat ini hanyalah angan-angan, mungkin suatu hari nanti tertunai kan. Ramai yang pernah pergi sana cakap best jadi Sha pun sukalah dengar pengalaman kawan-kawan yang pernah pergi ke sana manalah tahu kan lepas ini ada rezeki Sha ke sana tambah pula sejak ada Adik Nur ni Sha sekeluarga belum bercuti kemana-mana tambah pula nak ke pulau. Masih awal tahun macam sempat je menabung untuk bercuti kemudian hari kan. Jadi kita ambil pengalaman rakan dulu sebagai panduan.

Sha nak kongsi dulu pasal trip bajet ke Phuket macam kawan Sha ambil kot-kot korang pun sedang rancang nak ke Phuket juga, sebelum itu nak cerita sikitlah tentang Phuket Island ni. Untuk makluman, sebenarnya Pulau Phuket ni adalah pulau paling besar di Thailand yang terletak di Lautan Andaman dan dikelilingi oleh 32 lagi pulau yang lain. Pulau ni juga kira antara pulau yang terdekat dengan Krabi, Phi Phi dan beberapa pulau lain kat sana. Kalau nak dibandingkan luasnya bandar Phuket ni boleh dikatakan ianya kecil sikit saja dari Singapore sebab dekat Phuket ni ada lebih kurang 103 buah kampung. Jadi, memang banyaklah tempat dan aktiviti yang kita boleh explore dan cuba di sana nanti.

Dari Kuala Lumpur ke Phuket, tak lain tak bukan kalau nak jimat masa memang kena naik flight. Nak naik kereta atau train pun boleh juga tapi memang akan kebas punggung laa jawabnya sebab perjalanan ambil masa lebih kurang 12 jam. Huhu. Tapi kalau naik flight sejam lebih macam tu saja dah sampai. Tapi bergantung juga dengan bajet kita lah macam mana. Jadi cakap pasal flight ni benda yang pertama sekali kena fikir mestilah nak yang murah lagi jimat kan? Jadi, tips untuk trip bajet ni kita boleh beli tiket masa promosi. Alaaa, tapi sekarang ni dah banyak dah promotion tiket Kuala Lumpur to Phuket flights yang murah-murah. Maksudnya kita tak perlu risau sangat, cuma kena rajin sikitlah buka website flights untuk semak promosi harga terbaru yang ada dan kalau boleh elakkan daripada tempah masa hari minggu sebab harga promosi biasanya dah sold out time tu..ooo..okay.

Seterusnya, untuk pengangkutan di Phuket nanti dicadangkan guna saja pengangkutan awam yang ada seperti teksi, mini bus, train dan lain-lain lagi. Selain dapat jimat kos, kita juga boleh merasa udara Thailand dengan lebih dekat lagi. Tapi ikut kesesuaian jenis percutian kita jugalah nanti. Kalau datang beramai-ramai dengan family dan kawan-kawan lebih daripada 5 orang, boleh sewa van persendirian terus untuk satu hari. Haaa, bolehlah kita gunakan van tu untuk ronda-ronda satu bandar Phuket ni dengan sepuas-puasnya tapi jangan pakai main redah saja tau. Pastikan juga kita ada itinerary, supaya dapat jimatkan masa dan minyak sebab kat sana katanya minyak memang mahal. Huhu.

Soal penginapan pula memang  digalakkan untuk tempah hotel awal-awal kalau tidak, memang kena bina setinggan cinta di kaki lima laa jawabnya. Ahahaha.. Yelah, trip dari Kuala Lumpur ke Phuket ni bukannya dekat sebab tu kena plan sebaik mungkin kan. Jadi, tips untuk tempah hotel macam biasalah kita boleh tengok reviews hotel tu dulu dan kalau boleh pilihlah hotel yang banyak kemudahan dan tak jauh daripada tempat makan yang sedap lagi halal, shopping mall dan lokasi-lokasi menarik yang kita nak pergi nanti. Kalau dah rasa macam okay dan selesa dengan sesuatu hotel tu, bolehlah book. Time travel ni, penjimatan masa memang amat penting tau sebab banyak tempat yang nak dilawati nanti. Jangan disebabkan pemilihan hotel yang kurang tepat, masa kita banyak terbuang pula. Eh, macam tak sabar pulak Sha ni kan.

Aktiviti utama kalau nak bercuti ke Phuket ni semestinya laa island hoping. Jadi, kita boleh pilih mana-mana pakej yang bersesuaian. Takut lari bajet? Memanglah kan..excited! semua nak buat..eheheh..tapi katanya masih ada juga yang menawarkan pakej yang murah-murah seperti Pakej James Bond Island yang mana kita boleh pergi ke 4 buah pulau dengan harga lebih kurang bawah 1500 bath saja tapi kalau rasa ada bajet lebih bolehlah pilih pakej Island Hopping untuk ke 7 buah pulau, termasuk makan tengahari dan minum petang sekali. Selain island tour, katanya kita juga boleh pergi town tour sama ada nak pakej siap ataupun pergi sendiri. Itupun kalau tahu jalan laa, kalau malas nak fikir dan tengok peta, pilih saja mana mana-mana pakej dengan agen kat tepi jalan. OOoo..macam banyak je agen tepi jalan tuu. Harga boleh tawar menawar lagi ikut bajet dan masa kita. Antara tempat-tempat menarik yang wajib kena pergi ialah Phang Nga Bay, Old Phuket Town, Pantai Patong, Trickeye 3D Museum, Hanuman World Phuket dan banyak lagi. Waahh, menarik kan?

Bab makanan pula, katanya di Thailand ni sebenarnya tak susah sangat nak cari makanan halal tapi masih kena berhati-hati juga terutamanya di streetfoods. Lagipun, di streetfoods memang ada orang Thai Muslim yang jual. Kebanyakan yang Muslim boleh cakap Bahasa Melayu loghat ala-ala Kelantan. Nampaknya macam senanglah Sha nanti sebab boleh kecek klate..senang nak berurusan dengan diaorang. Takdelah tergeliat lidah sangat. Hihi. Tapi elok juga kalau kita bawa maggie dan roti gardenia untuk sebagai bekalan nanti kan, manalah tahu malas nak keluar hotel. Tapi, tak risau sangat kot sebab hampir setiap satu blok kedai ada 7E atau kedai serbaneka 24jam. Haaa, dah get ready untuk terbang ke Phuket tak? Tunggu apa lagi? Jom book Kuala lumpur to Phuket flights sekarang juga! Enjoy our trip !

Nampaknya perlu ada perbincangan bersama keluarga tersayang nih, tambah pula lama dah tak bercuti kemana-mana. Eh gak-agak bulan berapa ya sesuai untuk bercuti? Pulau memang suka laaa..

Post a Comment

7 Comments

Terima Kasih Daun Keladi