SERONOK KE BERKELUARGA? - SHALIMAR YUSOF


Friday, January 05, 2018

SERONOK KE BERKELUARGA?

SERONOK KE BERKELUARGA? | Rumahku Syurgaku perkataan yang sangat popular dikalangan masyarakat kita. Tetapi betulkah semua rumah adalah syurga bagi seseorang? Semua orang yang normal inginkan keseronokan di dalam hidup dan pastinya keseronokan itu berkait rapat dengan soal hati, perasaan hidup bersama keluarga atau pasangan masing-masing. Suasana yang seronok di rumah boleh mendorong kita terus pulang ke rumah selepas habis urusan diluar, suka berehat dirumah, suka menghiasi rumah dan mencipta keseronokan bersama ahli keluarga.


Sebagai manusia biasa yang tidak terlepas daripada salah dan silap. Oleh itu, kita perlu cuba bersifat sabar dengan kekurangan orang lain khususnya pasangan hidup dan anak-anak yang juga bersabar dengan kekurangan pada diri kita. Menurut Dr.Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga di dalam majalah Mingguan Wanita slot Psikologi Perkawinan menyenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan rasa tidak seronok dalam berkeluarga iaitu :

1. Niat Tidak Betul
Niat berkahwin untuk merampas harta bakal suami/isteri.

2. Ilmu Tidak Cukup
Di dalam berkeluarga ilmu adalah sangat penting terutamanya ilmu keibubapaan, psikologi lelaki dan wanita dan kesantunan berbahasa dalam hidup berkeluarga.

* Perkahwinan itu adalah suatu perjalanan dan sesi pembelajaran daripada pengalaman sendiri.

3. Konsep kendiri lemah
Contohnya tidak memiliki jiwa beragama, hidup bermatlamatkan hiburan, wang, kepuasan nafsu dan kecantikan semata-mata.

4. Hati Busuk
Mempamerkan imej yang pengdengki, pengadu domba, prejudis akan bakat dan kelebihan orang lain dan penuh kesumat menjadikan pendamping kita tidak seronok.

5. Sikap Individualistik
Mementingkan keutamaan diri, kepuasan diri dan keuntungan diri sendiri sahaja. Lawan sikap ini adalah sikap prihatin yang menimbulkan nilai empati, bertanggungjawab dan penyayang.

Bukan sesuatu yang mudah untuk membasmi gejala yang tidak seronok hidup berkeluarga kerana ianya melibatkan soal hati, perasaan, kepercayaan dan budaya hidup seseorang setiap hari. Apabila bersikap baik, ia memberi kesan positif kepada mewujudkan keseronokkan hidup berkeluarga .

Sehubungan dengan itu kita semua mesti berusaha untuk memiliki perasaan seronok hidup berkeluarga setelah kita memilih untuk berkeluarga meninggalkan zaman bujang berseorangan. Sama-sama memperbaiki perkara-perkara yang tidak menyeronokkan supaya rasa seronok itu ada.

Ehhh...keluarga tu bukan bermaksud hanya yang ada pasangan hidup dan anak-anak sahaja tau, tapi yang tinggal dengan mak ayah dan adik beradik pun mesti nak seronok kan? Siapa lah yang nak hidup dalam kemurungan kesedihan kan.

2 comments:

Terima Kasih Daun Keladi