Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MINDA POSITIF DI TAHUN BARU

MINDA POSITIF DI TAHUN BARU | Sebenarnya ini entry kedua dah Sha taip, tapi yang memula tadi tiba-tiba idea hilang jadi Sha padam terus. Tadi taip pasal tempat kerja, tahun ini Sha masih dikekalkan di unit yang sama oleh boss jadi kita terima seadanya mungkin Sha berjodoh kuat dengan unit sekarang ni..huhuhu. Sekarang ini Sha nak rajin-rajin buka emel rasmi jabatan sebab hq banyak kongsi sesuatu yang baik untuk warga jabatan yang sebenarnya mungkin tak ramai yang ambil peduli apa yang dikongsikan. Nah, sekali terfikir apa salahnya kongsi balik kat blog apa yang mereka hantarkan walaupun perkongsian itu sebenarnya adalah sumber daripada orang-orang yang berjaya.


Minda kita akan 3 kali ganda akan lebih efektif dan keratif jika kita positif. Setiap orang setiap tahun akan punya azam, semuanya yang baik-baik dan berjaya dalam hidup tapi bagaimanakah sepanjang perjalanan untuk menuju kejayaan itu adakah dengan cara yang betul atau tidak? adakah kita naik dengan usaha sendiri atau dengan menjatuhkan orang lain?

Anda gembira sebab anda berjaya atau anda berjaya kerana anda gembira.

Tips Memulakan Azam dengan Positif


1. Jangan Mula Daripada Kosong



Apabila kita menulis matlamat, walaupun matlamat harian, jangan bermula dengan kertas kosong. Tulis kejayaan-kejayaan kita supaya reset minda untuk positif. Bila kita sudah nampak kejayaan kita tahun ini (biarpun sikit) kita akan lebih bersemangat untuk capai lebih pada tahun baru seterusnya.

Tindakan : Senaraikan kejayaan dan tulis kejayaan lain yang sedang disasarkan.

2. Mulakan Hari Dengan Posting Positif


Mulai hari-hari kita dengan menghantar emel atau posting positif kepada rakan, pekerja dan sebagainya atau paling mudah senyum dan sapaan yang elok dengan orang yang kita jumpa setiap pagi. Zaman sekarang paling tidak mengucapkan salam di media sosial, amalkan 3S iaitu Salam, Senyum & Sapa.
Emel, posting dan riak muka yang negatif tanda kepada otak bahawa hari kita akan penuh dengan halangan. Tapi jika Senyum, Salam atau menulis sesuatu yang gembira dan positif pada waktu pagi akan meransang positiviti hari itu.

3. Guna Ayat Positif Dalam Menulis Matlamat


Apabila kita menulis resolusi dengan menggunakan perkataan "Saya sudah ada", "Saya Sudah Dapat" berbanding "Saya Akan.." atau "Saya Mahu.."
Guna bahasa positif dan tulis dengan terperinci. Energi kita pasti berbeza jika kita berbuat demikian.

4. Fokus Kepada Tabiat Positif


Sentiasa optimis. Tulis apa yang kita syukuri setiap hari, panjatkan kesyukuran pada Ilahi setiap hari, amalkan cara pernafasan yang betul dan catat kejayaan-kejayaan anda setiap hari. InsyaAllah hasilnya pasti terbaik.

Hari baru, tahun baru memerlukan aura positif yang hebat supaya anda mampu untuk menjalani waktu yang mendatang dengan yakin dan berjaya.

Apa lagi? setting balik azam kita dan cuba untuk positif walaupun negatif itu tetap ada tapi InsyaAllah kita setel dengan cara positif. 4 tips diatas adalah perkara yang ringkas yang boleh kita amalkan setiap hari semoga kita terus maju jaya.

Post a Comment

12 Comments

  1. Zaman sekarang bukan untuk berpaling menoleh ke belakang lagi..zaman sekarang zaman untuk terus pecut kedepan..pedulikan apa yang pernah terjadi sebelum ini kan? lets together be positif

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni kena terus melangkah. Tak boleh nak agak-agak dah.

    ReplyDelete
  3. yaaa kita harus berfikiran positif jangan toleh belakang lagi

    ReplyDelete
  4. Betul tu cik ma.. Setuju semua dengan tips di atas..

    Semoga baik baik saja

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru kak Sha. Mai pun berazam untuk jadi lebih positif tahun ini. Wish me luck!

    ReplyDelete
  6. Selamat Tahun Baru, Sha..Memang pun zaman skrg ni kena lebih positif walaupun kadang ada gak terselit negatif sikit..tapi biasa la dlm life kita, tak sentiasa positif ada waktu ter negatif jugak..so just ignore it & keep +ve...

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun sha... semoga tahun ni akan terus maju dan sukses dlm apa jua yag diceburi...

    ReplyDelete
  8. Sebenanrnya yg penting memang kena sentiasa postif dlm tiap apa yg kita lakukan kn.. Azam.. Posting.. Kata2.. Semualah

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi