BBQ LAMB IPOH, PERAK - SHALIMAR YUSOF


Monday, January 15, 2018

BBQ LAMB IPOH, PERAK

BBQ LAMB IPOH, PERAK | Kali ini untuk label makan best Ipoh Sha nak kongsi sebuah kafe yang menyediakan citarasa baru Asian Marinated Roasted Lamb, Beef Short Ribs dan Smoked Duck  dengan Ketuhar Timur Tengah Tradisional yang mendapat pengiktirafan daripada komuniti trip advisor dan pelancong tempatan. Kalau korang  nak tahu kafe ini baru sahaja berpindah daripada lokasi asalnya, kini kafe ini terletak di Jalan Sultan Iskandar Ipoh (Pekan Lama) , orang Ipoh mesti tahu lokasi ini yang mana dulunya menempatkan restoran Nashmir bersebelahan dengan SJK(C) Perak.

Pertama kali Sha datang ke sini Sha tertarik dengan persekitaran kafe ini yang agak luas dan selesa juga boleh buat pilihan sama ada ingin menikmati juadah di dalam atau luar kafe. Kaunter penyediaan menu juga berada di luar termasuk ketuhar Timur Tengah Tradisionalnya, jadi korang boleh tengok kesibukan pembantu dapur menyediakan masakan korang. Selain kawasannya yang luas untuk bawa keluarga menjamu selera, lebih penting Sha berpuas hati dengan kebersihan kafe ini.

 
Pemandangan kafe daripada luar memang menarik dengan pancaran cahaya lampu. Kalau korang perasan, belah kanan gambar berbumbung kecil tu adalah ketuhar Timur Tengah.

 
Inilah yang Sha cakap sambil makan sambil boleh tengok yang tergantung-gantung tu..macam mana lah tak tertarik buat kaki makan daging macam Sha ni elok je memanggil-manggil ni haaa.. kambing bakar di ipoh.


Kentang bakar juga ada dalam salah satu hidangan menu yang ada di sini.

Ketika Sha dan keluarga sampai di kafe ini kebetulan kawasan ini baru lepas fogging menebabkan keadaan dan  baunya agak mengganggu jadi kami ambil peluang bertenang dahulu di bahagian dalam kafe dan membuat pesanan terlebih dahulu. Selepas asap fogging kian hilang kami mendapatkan tempat di luar kafe dan kalau korang cepat boleh la dapat satu meja yang agak romantik kalau berdua-duaan..ehehe..ada lampu kat tengah gitu..



 
 Bahagian luar kafe.


Bahagian dalam kafe. Kebetulan ada sebuah keluarga sedang siap sedia nak menyambut hari lahir ahli keluarga mereka kot, humm...macam best jugak kalau dapat sambut hari lahir kat sini kan..
Malam itu Sha dan suami memilih menu Rice Lamb dan Lamb Soup bersama roti. Pertama sekali Sha sangat sukakan  Lamb Soup di kafe ini tambah pula isinya agak berpatutan dengan harga. Kalau tak nak makan bersama roti korang boleh tukarkan roti kepada nasi tapi memandangkan Sha dah order Rice Lamb jadi Sha ambil set roti. Menu kedua Rice Lamb juga tidak mengecewakan walaupun adik yang ambil order tu cakap dagingnya tak sebanyak menu Lamb Cut tapi bagi Sha rasanya sudah mencukupi dengan kuantiti nasi yang ada. Daging kambing bakarnya cukup masak dan sedap perapannya tapi hati-hati dengan rempah yang ada dalam nasi, mungkin boleh mengganggu lidah korang jadi belek-belek dulu kalau korang nak makan cepat..😜  Di sini hanya ada satu jenis nasi sahaja, tapi korang boleh beli nasi secara ala carte dan padankan dengan menu lain sebagai lauk pauk.
 


Kepada yang nak ubah selera sekali sekala tu boleh lah ke kafe yang dimiliki oleh Pak Adie ni. Lepas makan bolehlah bergambar, sebab kawasannya agak cantik punyai air pancut dan kolam dikelilingi lampu-lampu berwarna warni.

 Ini Pak Adie , pemilik Kafe Bbq Lamb, Ipoh.

Kalau korang nak tengok apa menu yang ada kat sini boleh semak kat bawah, gambar semuanya ehsan daripada encik Suami Sha yang rajin tolong snapkan.



 



Sebelum ini Kafe Bbq Lamb terletak di Ampang Ipoh tapi kini telah berubah ke kawasan lebih dekat dengan pekan iaitu pekan lama People's Park.

[UPDATE MENU- 17 JULAI 2018] 


Nasi Iga Bakar - Daging Bakar Berempah + Sambal Jawa

BBQ Lamb Ipoh - Roasted & Grill ini dibuka dari 4.00 petang hingga 11.00 malam
Selasa Cuti
Untuk booking boleh hubungi Pak Adie atau Ros Putih

Kalau korang ikuti facebook BBQ Lamb- Roasted & Grill memang akan nampak pelbagai komen yang negatif dan positif. Tapi yang penting korang mesti pergi cuba dulu baru tahu ok! Sha sekeluarga sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan pekerja di sini, Alhamdulillah makanan pun tidak lama menunggu dan sedap pulak tu. Jadi apa kata pakat-pakat cuba ubah selera di sini..😘  Mahu lihat kedai makan best Ipoh lagi? Boleh tengok sini , ianya antara kafe kegemaran Sha juga, Burger Banjir 8miles

5 comments:

  1. Nampak menarik la..tapi jauhnya nak pergi..yang kat Kemensah ni pun SA lom terjah lagi..

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaaa cafe ni. makanan pun namapk sedapp. lapar rasa.

    ReplyDelete
  3. Marsha makan sini amik yg platter set tu. Banyak sampai tak terhabis...hihihi

    ReplyDelete
  4. cantik la restoran dia..menu2 pun nampak menarik..rasa tak tau la..kena try dulu..hehe..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi