Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MALANG TIDAK BERBAU

MALANG TIDAK BERBAU | Pada 1 Disember 2017 (Jumaat) yang lepas Sha bertolak balik ke kampung di Terengganu dengan menaiki bas bersama Adik Nur. Tujuan pulang ke kampung adalah untuk mengambil mak dan adik-adik Sha ke rumah sempena cuti sekolah yang telah bermula. Pada 3 Disember 2017 (Ahad) lebih kurang jam 5.55 pagi kami berlima bertolak dari Besut menuju ke Perak melalui jeli dan gerik dan lebih kurang 8.30 pagi kami sudah berada di Perhentian Titiwangsa untuk berehat sebentar. Selepas turun bukit Sha berhenti di perhentian akhir untuk berehat, Sha tidur sementara adik-adik menguruskan Adik Nur kemudian kami bergerak meneruskan perjalanan kembali.
Melalui jalan Gerik ke Kuala Kangsar kebiasaan Sha dan suami memang menjaga had kelajuan kerana pernah terkena perangkap had laju. Tapi inilah bila dikatakan malang tidak berbau dalam berhati-hati terkena juga. Di kawasan Chenderoh hampir nak masuk lebuh raya di Kuala Kangsar kami mengalami kemalangan akibat mengelak kereta di barisan sebelah yang tiba-tiba menukar haluan masuk ke laluan kami. Sha terkejut dengan tindakan pemandu terbabit cuba mengelak dan terus melanggar benteng dang tiang lampu isyarat.


Beginilah keadaan yang dinaiki oleh kami tengahari itu yang terjadi lebih kurang jam 12.15 pagi. Terketar-ketar juga kaki dan tangan Sha bila menghadapi kemalangan sebegini tambah pula masih jauh perjalanan dan tiada lelaki di dalam kereta, suami pula tiada di Malaysia ketika itu. Sha cuba mendapatkan pertolongan Abang Ipar, Alhamdulillah hari ahad beliau cuti dan dapat menghulurkan bantuan disaat itu. Kami akhirnya ditowing ke sebuah bengkel yang terletak di Pekan Kuala Kangsar dan terpaksa meninggalkan kereta di bengkel terbabit terlebih dahulu., jadi kami pulang bersama abang ipar Sha hari itu.


Kami sangat bersyukur kerana masih selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam kemalangan itu dan bersyukur juga tidak membabitkan kenderaan termasuk kereta yang Sha cuba elak yang mana telah memecut laju meninggalkan kami tersekat di benteng pembahagi jalan yang agak tinggi.

Alhamdulillah sekarang ni masih menunggu kereta arwah ayah dibaikpulih kembali. Sebenarnya ini kali ke-2 Sha mengalami kemalangan semasa memandu kereta ini termasuk sebelum Sha berpindah ke Perak. Baru niat nak baiki kereta ni sebab sebelum arwah ayah Sha meninggal beliau tidak sempat membaikpulih kerana tidak sihat.

#Hati2dijalanraya
Bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk pengguna jalan raya yang lain.

Post a Comment

8 Comments

  1. teruk gak kereta tu... alhamdulilah mujur sha dan keluarga selamat

    ReplyDelete
  2. innalillahhiwainnailaihirojiuun..takziah sis & family..alhamdulillah..mujur xde sape yg cedera..benar kata orang..malang x berbau.. kalau nak jadi, mmg x blh nak elak walaupun kita dah berhati2. akibat kecuaian orang.. semoga kita dijauhkan dari musibah lps ni..amin2

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan seterusnya.

    ReplyDelete
  4. sabar yer cik ma..moga dpermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  5. Mujorlah semua selamat....semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah syukurlah x de apa2 . Tapi pemandu tu lari ehhh,, laki ke .x pe lah x jumpa kat dunia kat akhirat tengok lah nanti

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi