Hot Posts

6/recent/ticker-posts

APA NAK BUAT KALAU TERSEDAK MAKANAN, SALAH BANTAL ATAU KEBAS

APA NAK BUAT KALAU TERSEDAK MAKANAN, SALAH BANTAL ATAU KEBAS | Alhamdulillah pagi ini ada kawan kongsikan kat aplikasi whatapps tentang 4 pengetahuan am yang wajar dikongsi kerana ianya boleh terjadi dalam kehidupan seharian kita seperti hilangkan tersedak makan, salah bantal, krem kaki dan kaki semuat-semut ataupun kebas. Jom kita tengok apa nak buat untuk selesaikan masalah ini. InsyaAllah perkongsian ini berguna untuk kita dan menolong orang lain. Caranya adalah seperti berikut :

JIKA TERSEDAK MAKANAN

Hanya perlu "mengangkat tangan"
Belum cuba biasanya tepuk belakang je..ehehehe

SALAH BANTAL

Kadangkala ketika bangun tidur akan berasa sakit di sekitar tengkuk dan belikat, orang biasanya panggil salah bantal tapi tak tahu laa apa kesalahan bantal tu dah buat kan..hihii..Ok, apa yang harus kita buat bila terjadi macam ni? Ketika salah bantal, kita cuba angkat kaki, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutarkan ke arah atau berlawanan arah jarum jam. Salah bantal ni memang mengganggu aktiviti jika tak hilang.

KRAM KAKI

Ketika kram kaki kiri angkat tangan kanan tinggi-tinggi dan ketika kram kaki kanan angkat tangan kiri tinggi-tingi InsyaAllah akan terasa lebih selesa. Kram ni boleh terjadi secara tiba-tiba jadi perlu tahu cara nak hilangkannya.



KAKI SEMUT-SEMUT ATAU KEBAS

Ketika kaki kiri kebas, goncang atau hayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan kebas, goncang atau hayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga.

Perkongsian Fb Dato'Dr Fadzillah Kamsah.

Jom cuba !

Post a Comment

13 Comments

  1. Satu pengetahuan yang berguna. ..

    ReplyDelete
  2. Info yang berguna sis.. bleh cuba buat nie sebab saya selalu kram kaki..

    ReplyDelete
  3. wahhh menarik info ni..boleh cuba!hehe

    ReplyDelete
  4. satu perkongsian yang bermanfaat sebab selalu juga kena benda-benda macam ni.
    paling seksa kalau kena salah bantal tu. hanya tuhan yang tahu sakitnya gimana. huhu

    ReplyDelete
  5. bagus tips.. satu lagi kan, kalau dah terkena kejang kaki..Seeloknya berurut bagi lembutkan urat itu.

    ReplyDelete
  6. eh tak pernah tahu pula salah bantal kena buat macam tu. hee

    ReplyDelete
  7. petua menarik...benda simple yang selalu jadi.

    ReplyDelete
  8. First time heard of this but no harm try on this tip.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi