Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SETIA DENGAN DRYPERS WEE WEE DRY

SETIA DENGAN DRYPERS WEE WEE DRY |  Setiap kali gaji korang pun mesti keluar cari kelengkapan isi rumah antaranya keperluan bulanan anak-anak la iaitu lampin pakai buang dan susu memandangkan Adik Nur masih memakai lampin lagi hingga sekarang. Bermula daripada Abang Zaryth lagi Sha memang setia dengan Drypers Wee Wee Dry ni, bukan tak pernah cuba pampers lain tapi alih-alih akan bertukar juga kepada jenama ini.


Kenapa Sha setia dengan jenama Drypers ni? semestinya disebabkan kualiti dan harganya...huhu..Kualitinya memang tidak memberi masalah kepada kulit Abang Zaryth dan Adik Nur bebas daripada ruam. Harganya pula berpatutan dan mampu milik tapi kena pandai bezakan harga kat kedai juga sebab kadang-kadang kalau harga lebih daripada biasa Sha akan ke kedai lain. Apa lagi kelebihan dan ciri-ciri drypers ni ? Jom tengok..

ThinDRY ™ Core Lampin bukan sahaja tidak besar, teras nipis yang menyerap dan mengedarkan air kencing dengan berkesan. Dan korang perlu tahu, ia akan menjadi lebih selesa untuk anak kecil untuk bergerak. Penyimpanannya  juga mudah dan hanya mengambil sedikit ruang.

Flexi-Tape ™ Ini memudahkan korang membuka dan mengalihkannya beberapa kali tanpa lampin berubah bentuknya. Sama ada anak anda berdiri atau berbaring anda dengan mudah boleh mengubah lampin supaya ia terletak dengan sempurna.

Pihak drypers memilih bahan lampin dengan teliti agar sesuai dengan cuaca lembap. Bahan ini menyediakan peredaran udara yang baik untuk memastikan kulit bayi anda sejuk dan segar. Leak Guards Leakages pula boleh menjadi sangat tidak selesa kerana ia boleh memberi kesan kepada kulit bayi. Drypers mengambil langkah tambahan dengan memasukkan pengawal kebocoran yang mencengkam kaki bayi anda perlahan-lahan untuk mencegah kebocoran.

Sebelum beli korang boleh mohon sample percuma untuk kali pertama mana tahu nak cuba dulu kan barulah tertarik nak beli. Satu lagi yang Sha suka adalah menjadi member drypers boleh kumpul point dan tuntut hadiah mengikut point yang terkumpul, anak pun seronok dapat mainan. Nak kumpul point boleh tengok SINI.

Bulan ni dapat harga murah jadi beli 2 set dan dapat percuma bag lunch box.. tengok laa gambar tuu...tuan pampers la yang dapat kan.

Post a Comment

4 Comments

  1. Dah lama SA tinggalkan dunia beli pampers bagai ni...hahahaha...

    ReplyDelete
  2. wah...dapat luncbox ye....bolehla beli nanti

    ReplyDelete
  3. Anak-anak dah tak sesuai guna sebab cepat bocor, guna drypers classic aje...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi