Menyokong 25 Rumah Kebajikan kanak-kanak Tempatan dengan
Menyediakan Makanan Berkhasiat Selama 2 Bulan, Pemeriksaan Kesihatan Mata
dan Cermin Mata Perskripsi Percuma Kepada Insan yang Memerlukan
Dianggarkan sehingga 5.6 juta kanak-kanak Malaysia
yang ke sekolah berdepan dengan masalah beban berganda malnutrisi. Beban berganda malnutrisi
didefinisikan sebagai kewujudan kekurangan khasiat bersama khasiat berlebihan dalam populasi yang sama
dan merentasi jangka hayat.
Dalam bahasa mudah, kanak-kanak yang kurang mendapat makanan berkhasiat
berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa kelak.
Turut
membimbangkan adalah peningkatan masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak
di negara ini dengan prevalens miopia atau rabun jauh bagi kanak-kanak berusia
7 tahun meningkat sebanyak 9.8% kepada 34.4% pada usia 15 tahun.
Sungguhpun sesetengah masalah penglihatan tidak dapat dielakkan disebabkan
pelbagai perkara, namun ada yang berpunca daripada kurangnya penjagaan mata
yang baik.
Bagi
mengatasi isu ini, Ayam Brand™, satu jenama terkenal yang dikenali dengan pilihan
meluas makanan dalam tin berkualiti yang sihat dan memudahkan serta tanpa
kandungan bahan pengawet dan tambahan MSG, kini kembali dengan inisiatif
tahunannya, Kempen Komuniti Penyayang 2023. Bertemakan #AyamBersamaMu yang
berkonsepkan ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™’, kempen ini akan mendekati
lebih 1,000 kanak-kanak dari 25 organisasi bukan kerajaan di tujuh negeri untuk
menyediakan bekalan makanan selama dua bulan atau kira-kira 35,028 makanan
berkhasiat.
Bukan
sekadar menyumbang produk makanannya, Ayam Brand™ dengan usaha sama KPJ
Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi
membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat
berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia.
Bagi
menangani masalah penglihatan, Ayam Brand™ bekerjasama dengan Focus Point Group untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan
mata dan cermin mata preskripsi secara percuma kepada kanak-kanak yang
memerlukan di rumah amal terbabit.
Di
samping itu, setiap rumah yang mengambil bahagian akan turut menerima
produk-produk Ayam Brand™ yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan serat
termasuk Tuna Mayones Ayam Brand™, Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand™
dan Soya Kepingan Lepa Ayam Brand™.
“Risiko
malnutrisi berganda dan miopia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia
memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk organisasi seperti Ayam
Brand™. Inilah sebab Ayam Brand mengambil pendekatan untuk membantu. Secara
ideal, kanak-kanak perlu mendapatkan makanan berkhasiat sejak mereka lahir.
Ayam Brand™ mempunyai sejarah yang panjang dalam menyumbang produk berkhasiat
dan sihat kepada komuniti, malah kami akan meneruskan komitmen ini. Sungguhpun
demikian, walaupun kami percaya bahawa penyediaan produk kami merupakan satu
penyelesaian segera, tetapi untuk jangka panjang, mendidik kanak-kanak untuk
membuat pilihan makanan yang lebih sihat merupakan satu keutamaan. Produk ikan
kami kaya dengan protein, kalsium, Omega-3, serta vitamin dan mineral yang
memberi manfaat kesihatan kepada kanak-kanak termasuk kesihatan mata mereka,”
kata Cik Teoh Wei Ling, Pengurus Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd.
Kajian
yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati Sardin dalam Sos
Tomato Ayam Brand™ mempunyai 7.1 kali lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding
sajian yang menggunakan ikan sardin yang ditangkap segar. Selain itu, Mackerel
dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mengandungi 7.6 kali lebih tinggi Omega-3
berbanding sajian sama masakan ikan mackerel yang ditangkap segar.
Kata
Cik Teoh Wei Ling lagi, “Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™, yang kini
memasuki tahun ke-16, telah menyumbang lebih 2.1 juta hidangan sihat dan
menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 27,293 individu di 610 rumah
kebajikan dan NGO.”
Di
Perak, sejumlah 97 kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Kanak kanak Yatim Rumah
Visi (Vision Home), Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman, The
Salvation Army Ipoh Children's Home, Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Pelangi
Perak (Rainbow Children's Home) dan Pusat Jagaan Praise mengambil bahagian
dalam bengkel ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™’ yang diadakan di KPJ Ipoh
Specialist Hospital.
Kanak-kanak
terbabit juga mengambil bahagian dalam permainan padanan memori dan baling bola
yang membenarkan mereka melatih daya pengingatan serta koordinasi tangan-mata
sebagai satu cara untuk memperkukuhkan lagi apa yang dipelajari pada bengkel
tersebut. Setiap ahli dalam pasukan yang memenangi permainan tersebut menerima
pingat, manakala peserta lain menerima hadiah saguhati.
Pasukan
daripada Focus Point Group turut berada di lokasi untuk memeriksa kesihatan
mata semua kanak-kanak. Cermin mata preskripsi diberikan kepada mereka yang
memerlukannya selepas itu.
Wakil-wakil daripada rumah kebajikan terlibat menyatakan penghargaan mereka atas sokongan berterusan Ayam Brand™ serta impak transformasi terhadap kehidupan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
“Kami sentiasa tertunggu-tunggu Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™.
Bagi kami, produk Ayam Brand™ adalah
enak, berkhasiat dan memberikan variasi yang kelainan berbanding hidangan
harian kami. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan. Selain itu, kami
juga menantikan kempen ini kerana ia menyeronokkan, berilmu, penuh maklumat dan
menarik minat serta mencetuskan semangat kepada kanak-kanak untuk sentiasa
sihat dan menjaga pemakanan mereka. Kami amat mengalu-alukan sumbangan cermin
mata preskripsi kerana segelintir kanak-kanak di rumah ini mengalami miopia.
Tambahan pula, cermin mata juga agak mahal. Sumbangan ini pasti akan membantu
mereka melihat dengan lebih jelas pada masa hadapan,” kata En Asher Amos,
Pengerusi Persatuan Kebajikan Kanak kanak Yatim Rumah Visi (Vision Home) Ipoh.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kempen Komuniti Penyayang #AyamBersamaMu, sila layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi