Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aplikasi Sujood Bantu Anda Menderma Secara Mudah Dan Cepat

Aplikasi Sujood Bantu Anda Menderma Secara Mudah Dan Selamat | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Maksudnya“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:

  • Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
  • Anak soleh yang dia tinggalkan.
  • Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
  • Masjid yang dibina.
  • Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
  • Sungai yang dia alirkan.
  • Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.

Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”

Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.


Aplikasi Sujood Bantu Anda Menderma Secara Mudah Dan Selamat


Korang pernah dengar atau tidak tentang aplikasi sujood? Secara ringkas, sujud merupakan aplikasi yang memudahkan kita untuk menyalurkan sumbangan atau menderma secara dalam talian.

Setiap orang pasti ada niat untuk menderma dalam setiap rezeki yang diterima. Tetapi tidak semua orang berkesempatan untuk ke tempat menderma seperti memasukkan duit ke dalam tabung masjid dan berjumpa orang atau organisasi yang menerima sumbangan.

Maka dengan itu aplikasi seperti aplikasi sujood ini diwujudkan bagi memudahkan kita menyampaikan derma atau sumbangan kepada pihak berkenaan dengan selamat.

Dalam perkongsian Sha kali ini, Sha nak kongsi dengan korang kelebihan menderma melalui aplikasi Sujood.






Ada banyak sebab kenapa aplikasi Sujood ini dibangunkan. Salah satu sebab adalah menyelesaikan masalah kecurian wang tabung masjid yang kerap didengari. Selain itu adalah untuk memudahkan proses derma kepada masjid seiring dengan teknologi zaman kini.

Menggunakan aplikasi Sujood sekurang-kurangnya dapat memastikan derma korang sampai kepada pihak sepatutnya. Ini kerana sistem derma online ini lebih cepat dan selamat.


Kebaikan Menderma Melalui Aplikasi Sujood


Sebelum muat turun sesuatu aplikasi mestilah kita melihat apa kemudahan dan kelebihan pada sesuatu aplikasi bukan? Jadi ini adalah beberapa alasan untuk Sha memiliki aplikasi Sujood di dalam telefon pintar Sha :

1. Kita dapat menderma pada bila-bila masa

2. Kita dapat menderma terus kepada senarai masjid di Malaysia

3. Tidak perlu sedia wang tunai, jadi boleh derma mengikut nilai yang kita kehendaki.

4. Boleh menderma tanpa rasa riak atau menunjuk.

5. Mempunyai penyata bank jumlah derma orang ramai.

6. Membantu pihak yang tidak berkesempatan atau mempunyai kekangan untuk menderma secara terus.


Macam Sha sendiri, tinggal jauh dari kampung halaman dan tidak berpeluang untuk mengisi tabung masjid kampung sendiri. Jadi sebagai alternatif Sha menggunakan saluran aplikasi Sujood sebagai meduim untuk Sha menyampaikan sumbangan.


Langkah Mudah Menderma Melalui Aplikasi Sujood

Kadang-kadang bila teringatkan arwah Mak dan Ayah, selalu terniat untuk menderma atas nama mereka. Tetapi selalu niat tertangguh kerana kekangan yang ada. Maka bila wujudnya aplikasi Sujood dapatlah kita menderma di mana sahaja dengan beberapa langkah mudah.

Jom Sha tunjukkan pada korang macam mana nak menderma kepada masjid secara online.

Langkah 1

Wajiblah kita muat turun aplikasi Sujood terlebih dahulu. Aplikasi ini boleh dimuat turun di IOS dan Android.

Langkah 2 

Untuk kali pertama korang perlu mendaftar dahulu. Hanya isi nama, alamat emel dan nombor telefon dah selesai.

Langkah 3

Paparan pertama pun korang dah boleh nampak senarai masjid yang korang boleh menderma mengikut negeri-negeri yang ada. Bila klik pada negeri, sistem akan terus sort senarai masjid di negeri dipilih.



Langkah 4

Sekarang korang boleh pilih masjid terpilih untuk korang salurkan derma. Contohnya sekarang Sha nak menderma pada satu masjid ini iaitu https://madrasahassaadahpasirpekan.sujood.net .



Contohnya seperti diatas, Sha pilih Madrasah As-Sa'adah, Pasir Pekan. Di sini adalah sedikit maklumat berkenaan masjid tersebut, Nak sedekah pada masjid ini mudah sahaja, korang klik sahaja pada kotak SEDEKAH.




Selepas itu korang terus boleh masukkan nilai sedekah korang dan maklumat yang diperlukan. Seterusnya korang pilih sahaja online banking yang korang ada dan terus proceed.


Langkah 5


Bila transaksi berjaya korang akan dapat penyata. Bagi yang perlukan resit derma korang boleh muat naik selepas menderma.



Platform Derma Pada Masjid Secara Dalam Talian

Zaman sekarang macam-macam kes ada, ada kes yang tukar QR Code tabung derma pada tabung derma di masjid. Mungkin ini adalah alternatif untuk menderma pada masjid yang korang boleh gunakan. Kini tiada lagi alasan macam mana nak menderma jika masjid yang kita nak salurkan derma itu jauh dari kita.


Kesimpulannya Sha harap maklumat ini dapatlah bantu korang menunaikan hasrat murni korang. Pada Sha sistem yang Sujood wujudkan ini sangat mudah digunakan. Semoga kita dapat membantu pihak yang memerlukan dan ini adalah demi kebaikan bersama.

Derma 100% Pada Masjid

Duit derma yang korang nak derma akan masuk terus ke akaun masjid yang korang pilih. Jadi korang tidak perlu risau dengan hala tujuan duit korang nanti. Yang best menderma melalui aplikasi Sujood ini adalah satu Malaysia kecuali Labuan sahaja belum ada.


Post a Comment

0 Comments