Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Safi Shayla Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics untuk Rambut Sihat & Lebat

Safi Shayla Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics  untuk Rambut Sihat & Lebat | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah akhirnya tahun 2022 ini kita dapat menyambut hari raya seperti dahulu walaupun masih ada SOP yang kita perlu patuhi. Walaubagaimanapun semua itu sudah tidak penting bagi Sha asalkan kita dapat keluar dan berjumpa dengan sanak-saudara dan rakan taulan kembali.

Tapi dalam berhari raya semua orang nak yang terbaik dan nak raya dengan selesa dan ceria. Kali ini Sha nak kongsi dengan korang yang berhijab lima syampu yang korang boleh amalkan sepanjang menjaga kesihatan rambut kita. Rambut bertutup memerlukan lebih penjagaan kalau korang nak tahu.


Syampu Yang Sesuai Untuk Wanita Bertudung

Sebagai seorang wanita yang bertudung, Sha sangat memahami masalah yang selalu dihadapi. Pelbagai masalah kulit kepala & rambut boleh timbul jika tidak dijaga seperti kelemumur, rambut gugur & kulit kepala berbau & gatal mudah berlaku kepada yang berhijab. Oleh itu, rambut berhijab perlukan penjagaan yang mantap.

Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik, akibat faktor cuaca yang panas & lembap. 


Rangkaian Syampu Safi Shayla Membantu Wanita Berhijab


Untuk pengetahuan korang Safi Shayla kini telah diupgrade & diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, pertama di dunia. Diinspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bakteria baik, bagi mengembalikan semula atau mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala. Dengan kulit kepala yang sihat, rambut berhijab lebih sihat & lebat.

Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala & rambut.

Bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab, rangkaiannya juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 JAM!!! walaupun berhijab sepanjang hari!






Variasi Syampu Safi Shayla Dirumus Mengikut Masalah Kulit Kepala & Rambut


Setiap penyakit memerlukan ubatnya, begitu juga dalam hal penjagaan rambut. Masalah rambut setiap orang adalah tidak sama, jadi kita tahu apa masalah rambut kita sebelum membeli syampu. Korang jangan risau Safi Shayla telah mengeluarkan variasi syampu Safi Shayla mengikut masalah yang korang hadapi.

Mulakan penjagaan mantap dengan syampu Safi Shayla. Tersedia dalam pelbagai variasi yang khas dirumus untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala & rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab. Top 5 Syampu Safi Shayla yang paling popular adalah seperti yang Sha kongsi dibawah ini. Mana satu sesuai untuk korang ya?

1. Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla – berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin 


2. Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla – menguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut & membaiki rambut yang rapuh


3. Syampu Licin Terurus – melembut & melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. Rambut licin, lembut & senang disikat, tidak lagi frizzy dan serabut!


4. Syampu Segar Bermaya – rasa segar dengan sensasi dinginnya, syampu ini akan membersih secara mendalam & kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar & bermaya


5. Syampu Itch Kontrol – hilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega & selesa


Syampu Yang Segarkan Rambut

Semua orang mahu tampil segar dan ceria menjelang hari raya. Bukan setakat gaya tudung yang selesa tetapi rambut juga memainkan peranan. Bagi memiliki rambut yang sihat & lebat, adalah satu kewajipan untuk mereka yang bertudung untuk menggunakan penjagaan rambut yang khas dirumus untuk berhijab.

Sepertimana yang kita amalkan keseimbangan dari segi pengambilan makanan ataupun penggunaan tenaga selama bulan ramadan ni, adalah penting juga untuk memastikan keseimbangan kondisi kulit kepala supaya boleh tampil dengan rambut sihat, cantik & lebat.


Dapatkan Syampu Bersesuaian Dengan Masalah Kulit Kepala

Korang dah kenalpasti masalah rambut korang? Jadi apa lagi? Jangan biarkan masalah rambut korang berpanjangan. Serius rambut yang tak best boleh menyebabkan mood raya kureng!

Jom cubalah Safi Shayla sekarang di mana-mana stor berdekatan anda seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian etc, ataupun dari laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee  https://shope.ee/6KPK1dgOo4 .

Post a Comment

0 Comments