Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Percutian Bajet Di Musim Cuti Sekolah Tapi Dapat Singgah 3 Negeri

Percutian Bajet Di Musim Cuti Sekolah Tapi Dapat Singgah 3 Negeri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nampaknya hujung tahun ini ramai yang sudah mula bercuti. Pada tahun ini Sha bercuti awal sedikit daripada biasa, jadi tak masalah bertembung cuti dengan rakan-rakan sekerja. Alhamdulillah walaupun percutian tanpa dirancang awal, tetapi ianya amat menyeronokkan bagi Sha sekeluarga. Sebenarnya kami agak bernasib baik kerana bercuti sebelum negara kita dilanda berita sedih yang mana sesetengah kawasan dilanda banjir teruk.

Pada hari Selasa yang lepas Sha menunggu keputusan pelepasan cuti suami sama ada cuti beliau diluluskan atau tidak. Alhamdulillah pada petang itu suami memaklumkan bahawa cuti beliau telah diluluskan dan sudah menempah bilik hotel di Cameron Highlands. Sebelum menempah bilik, Sha dan suami telah membuat tinjauan di beberapa buah hotel manalah tahu jika ada mana-mana hotel promo.

Bercuti Di Cameron Highland

Kami bergerak daripada rumah sekitar pukul 8.00 pagi dan menuju ke arah Tapah memandangkan jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands masih ditutup akibat tanah runtuh. Sebelum naik kami terlebih dahulu bersarapan di sebuah kedai di Tapah. Untuk pengetahuan korang, inilah kali pertama Sha ke Cameron Highlands melalui jalan Tapah. Sesungguhnya jalan ini agak mencabar berbanding melalui Simpang Pulai.


Lebih kurang pukul 10.00 pagi kami tiba di Tanah Rata, Cameron Highlands dan daftar masuk hotel. Memandangkan Sha sekeluarga agak pening selepas melalui jalan yang berbengkak-bengkok kami mengambil keputusan untuk berehat terlebih dahulu. Selepas masing-masing ok barulah kami keluar bersantai diluar.

Lepak Minum Teh Panas Di Ladang Teh BOH

Hari pertama di Cameron Highlands kami makan tengah hari di Ladang Teh BOH sahaja. Tujuan kami ke Cameron Highlands adalah untuk bercuti santai sahaja, jadi jadual tidaklah terlalu padat dengan aktiviti. Selepas makan dan bergambar kami keluar dari ladang dengan hajat ingin lepak di Taman di Tanah Rata. Walaubagaimanapun, cuaca pada hari itu tidak mengizinkan. Hujan lebat turun semasa kami sampai di Tanah Rata membuatkan kami mati kutu tidak tahu ke mana mahu dituju.

Akhirnya kami ambil keputusan untuk kembali ke hotel sahaja. Tiba waktu malam suami ajak kami makan di McDonalds Cameron Highland untuk kali pertama. Sha pun tak tahu apa beza makan McDonalds di Tanah Tinggi Cameron berbanding McDonalds berdekatan rumah kami..huhuhhu. Yang paling tak tahan, kami ke restoran hanya dengan berjalan kaki dari hotel. Macam nak tercabut rasanya kaki Sha yang sememangnya baru nak sembuh ini. Nasib baik Sha pilih untuk pakai kasut yang betul untuk jalan kaki jauh dengan selesa. Selesai makan malam, maka selesailah satu hari kami di Cameron Highlands.

Kali Pertama Masuk The Sheep Sanctuary

Keesokkan harinya kami hanya bersarapan di sekitar hotel sahaja. Nasib baik juga hotel berdekatan dengan banyak kedai makan Melayu. Pagi itu kami juga lebih selesa berjalan kaki dari hotel ke kedai makan. Selepas sarapan kami balik ke hotel dan bersiap untuk melakukan aktiviti seterusnya. Kali ini Sha bawa anak-anak ke The Sheep Santuary untuk dekat dengan kambing biri-biri yang comel. Alhamdulillah, suami dan anak-anak enjoy dapat layan kerenah comel kambing biri-biri di situ.

Jalan-Jalan Sekitar Kea Farm Cameron Highland

Selepas puas berada The Sheep Santuary, kami keluar dan jalan-jalan sekitar Kea Farm dan membeli sedikit makanan sebagai kudapan. Sha sempat beli buah strawberi, kek dan ubi keledek manis untuk alas perut di dalam kereta. Kemudian kami bergerak ke suatu tempat yang baru dibuka iaitu Cameron Centrum Brinchang. Hasil pencarian di media sosial, tempat ini agak menarik untuk santai-santai bergambar Bersama keluarga.

Bergambar Di Centrum Brinchang

Sebenarnya suami Sha tak berapa sihat sangat untuk banyak bergerak, jadi kami banyak berehat jela lepas banyak jalan. Selesai di Centrum kami balik hotel memandangkan hujan renyai-renyai. Bila dah sejuk, tambah pula hujan perut Sha ni asyik minta diisi je..ahahaha.. padahal alasan. Tapi itulah, suami dah suruh bawa mee segera dengan periuk masak lagi jadi kita guna..huhuhu. Nak tidur pun tak lena selagi tak pekena mee segera di tempat sejuk. Jadi apa lagi, Sha pun terus masak dan makan. Walaupun mulut sedang makan mee tapi dalam kepala teringat pula kambing bakar dekat simpang masuk hotel. Tiba-tiba bau sampai walaupun tahu kedai belum buka.

Cari Makan Di Pasar Malam Cameron Highland

Untuk makan malam kami hanya mencari makanan di Pasar Malam Cameron Highland. Disebabkan tak nak makan di dalam hotel, kami redah hujan renyai makan di sekitar taman di Tanah Rata. Siap makan kami balik ke hotel untuk tukar pakaian memandangkan baju dah basah terkena hujan. Hujan masih belum reda jadi kami hanya pusing-pusing di sekitar Billion di Centrum Brinchang dan lepak sekejap sahaja.


Keesokannya kami daftar keluar awal memandangkan suami risau hujan yang tak henti-henti akan menyebabkan perjalanan kami terbantut nanti. Risau dengan keadaan jalan dan keadaan trafik nanti sebenarnya. Alhamdulillah bila sampai di tapah baru kami bersarapan. Semasa bersarapan kami berbincang tentang hala tuju kami seterusnya.


Tukar Lokasi Percutian Dari Melaka Ke Port Dickson


Pada awalnya kami mahu ke Alor Setar Kedah untuk bercuti ke rumah kakak suami sahaja tetapi kami batalkan atas sebab tertentu. Oleh kerana suami bertanya kita nak ke mana lagi, jadi Sha memilih untuk ke Melaka kerana anak perempuan Sha belum pernah sampai ke Melaka. Semasa Sha sedang mencari hotel Melaka tiba-tiba suami cakap “Apa kata kita ke Port Dickson”. Alahaii tukar lokasi lagi nampaknya.


Bercuti 1 Malam Di Port Dickson


Akhirnya kami ambil keputusan untuk ke Port Dickson. Sebelum pergi ke Port Dickson, kami singgah terlebih dahulu di rumah seorang lagi kakak suami di Putrajaya. Selepas basahkan tekak dalam pukul 3.00 petang kami mulakan perjalanan. Tapi macam biasalah, mungkin salah musim untuk kami bercuti kerana sekarang musim hujan. Memang sepanjang perjalanan hujan hinggalah sampai di hotel.


Jalan-Jalan Sekitar Pantai Cahaya Negeri


Kami singgah dii Port Dickson hanya satu malam sahaja. Malam kami di sana memang keluar makan sahaja itupun makan dengan keadaan sejuk dengan hujan lebat dan angin kuat. Keesokkannya barulah ada rezeki kami sebelum balik ke Perak, dapatlah lepak di Pantai Cahaya Negeri di Port Dickson sekejap memandangkan pagi itu hujan belum turun.



Sebelum balik ke Perak, kami telah memilih sebuah restoran yang menyediakan makanan popular Negeri Sembilan iaitu masakan salai. Makan tengah hari ini memang kami cari awal supaya dapat kami tuju terus sebelum gerak balik. Selesai makan terus kami gerak balik ke Perak.

 


 


Percutian Pendek Yang Bermakna Untuk Keluarga

Maka dengan tamatnya percutian kami di Port Dickson, maka tamatlah percutian akhir tahun kami untuk tahun 2021. Semoga tahun depan ada rezeki lagi bawa anak-anak bercuti ke tempat yang tak pernah kami jejak lagi di Malaysia ini. Bahagian paling seronok adalah bila mana anak-anak bercerita saat-saat yang mereka lalui sepanjang perjalanan. Maklumlah berjalan di musim hujan mungkin sedikit mencabar berbanding musim biasa.

Post a Comment

15 Comments

  1. Eh.. Ada eh The Sheep Sanctuary.. Aduh.. Nape tak perasan ye.. TQ share..
    Percutian yang ohsem..

    ReplyDelete
  2. Wah! Syoknya berjalan! Balas dendam ke apa ni?

    ReplyDelete
  3. Sha kat centrum tu ada apa sha? Mar xpernah singgah lagi

    ReplyDelete
  4. yea betul sha, bercuti di musim hujan ni tak berapa best sgt. Nak ke sana sini, leceh. tapi mmg kita dah sedia maklum hujung tahun musim hujan, redah je lah. yang penting enjoyyy..hehe..

    ReplyDelete
  5. wow! sampai 3 negeri dia jalan jalan. tapi okey la.. tenangkan fikiran kan.. cik en tunda tahun dpn nk jalan jauh2

    ReplyDelete
  6. Wahhh seronok jalan jalan sampai lajak 3 negeri..

    ReplyDelete
  7. Eh kat Cameron The Sheep Sanctuary ke? Nampak sangat dah lama tak pergi Cameron Highland. Yang penting anak anak happy sebab dapat jalan jalan kan

    ReplyDelete
  8. Wah... Seronok jenjalan... Tapi tu lah... Hujan kan.. mood ke laut la sikit kalau time hujan ni.... Last saya pergi Cameron Highlands 2014... Haha... Berapa.lama tu dah ke sana... Entah bila akan sampai lagi ke sana nanti...

    ReplyDelete
  9. betul-betul pusing tu sha.. bestnya dapat luangkan masa dengan keluarga.. CH tu ada dalam list kami nak gi jugak ni..

    ReplyDelete
  10. Rasa enjoy sangat trip bila dapat pergi dengan family tersayang... lokasi wajib singgah kalau ke CH tu sama tak jemu pergi

    ReplyDelete
  11. lama dah x pi CH. Last gi sana thn 2012. nak bercuti skrg pun kena tgok cuaca dulu. mahunya terperangkap di dlm banjir. Takutnya!

    ReplyDelete
  12. Lamanya tak g cameron. Seronok pulak tengok sheep tu, bawak anak mesti seronok.

    ReplyDelete
  13. nikmat sangat kalau jalan dengan keluarga..

    pasti meninggalkan memori yang terindah untuk mereka

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi