Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bagaimana Cara Meningkatkan Sistem Imun Badan Bagi Mencegah Covid-19

Bagaimana Cara Meningkatkan Sistem Imun Badan Bagi Mencegah Jangkitan Covid-19 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dalam tak sedar sudah hampir 2 tahun kita bergelumang dengan virus covid-19 ini. Sejak daripada itu rakyat Malaysia mulai sedar akan kepentingan menjaga kesihatan masing-masing.

Sebenarnya, kita bukan sahaja perlu risau dengan virus covid-19 sahaja, tetapi virus lain juga kita perlu ambil tahu. Pendek kata kehidupan kita kini memerlukan suplemen untuk memastikan kesihatan lebih terjaga.


Memenuhi keperluan vitamin dalam badan adalah amat penting, terutama dalam keadaan pandemik ini. Selain vitamin, zat-zat lain juga diperlukan untuk menyokong keperluan badan kita. Walaubagaimanapun zat-zat didalam badan tidak akan terhasil dengan sendirinya. Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi khasiat-khasiat diperlukan. Selain daripada makanan, kita juga boleh mengambil suplemen yang ada di pasaran.

 

Meningkatkan Imun Badan Melawan Covid-19 Dengan Cendawan Susu Harimau

Musim pandemik yang melanda negara sekarang ini menyebabkan kebanyakan dari kita dihantui dengan rasa ketakutan dek kes dilaporkan semakin hari semakin meningkat dan kes kematian juga semakin tinggi, yang mana kita pun tidak tahu bila penghujung kepada semua ini. Jadi, apa yang patut kita lakukan?

Perkara utama yang kita perlu lakukan adalah dengan meningkatkan sistem imun badan bagi melindungi diri dan keluarga kita daripada jangkitan Covid-19. Perkembangan nano teknologi makanan kini memudahkan kita memanfaatkan khasiat dari nutrisi yang terbaik dan menyediakannya dalam bentuk yang lebih mudah untuk diamalkan.

Tapi sebelum itu korang pernah dengar tak Cendawan Susu Harimau? Lain macam namanya bukan? Cendawan Susu Harimau adalah kandungan di dalam suplemen Eskayvie Diffenz keluaran Eskayvie. Jom kita lihat kandungan dan kebaikannya kepada kita.

Kandungan Utama Dalam Diffenz & Kebaikannya Dalam Meningkatkan Sistem Imun Badan Kita


 

1. Cendawan Susu Harimau (LignosusRhinocerus)

 


Cendawan Susu Harimau ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Cerita daripada orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh pada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.

Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun dari jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ini adalah dia tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain tapi tumbuh secara sendirian. Tempoh masa untuk cendawan ini membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan ia cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi. 

Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.

Cendawan Susu Harimau ini sememangnya khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. Jadi, Eskayvie Diffenz ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan.

Kebaikan Cendawan Susu Harimau:

       Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

       Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

       Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.

       Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus.

    Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan ystem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.

 

Kebaikan :

 

       Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

       Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

       Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.

       Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus.

    Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.


Selain Cendawan Susu Harimau, ada juga sejenis buah yang digelar superfood iaitu buah Camu-Camu. Apakah itu buah Camu-Camu dan apakah khasiat buah Camu-Camu ?

2. Buah Camu - Camu (MyrciariaDubia)



Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciariadubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas.

Banyak kajian mendapati superfood ini mempunyai kandungan Vitamin C yang paling mudah diserap berbanding buahan yang lain. Lebih best, ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi dari buah oren! Disebabkan oleh khasiatnya yang melimpah ruah, buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lagi-lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Kebaikan :

       Menguatkan sistem imun

       Antioksidan dan anti-radang

       Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak

       Menstabilkan tekanan darah tinggi

       Merangsang penghasilan kolagen

       Mengawal gula darah



Satu lagi gabungan hebat selain Cendawan Susu Harimau dan buah Camu-camu, Vitamin C serta Vitamin D juga tidak kurang penting dalam meningkatkan imun badan kita.

3. Vitamin D

 

Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan.

Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi.

Yang paling penting, ia menurunkan risiko kematian COVID19 sebanyak 700%!

(Irish Journal of Medical Science, 2020).

4. Vitamin C



Mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, 57% pesakit COVID19 yang berada di ICU pulih dan dibenarkan discaj (tanpa komplikasi) setelah diberi dos vitamin C yang tinggi. Hanya 14% kematian dilaporkan di kalangan mereka yang diberi Vitamin C, yang nyata lebih rendah berbanding 71% kematian di kalangan mereka yang tak diberi Vitamin C.

Bukan sahaja di Malaysia, malah menurut Nutrition Journal (2021), lebih 82% pesakit COVID19 yang kritikal mempunyai paras Vitamin C yang rendah.  Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap badan bagi mereka yang dijangkiti.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi dari makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

 

Dimana Nak Dapatkan Suplemen Mengandungi Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu yang telah digabungkan dengan Vitamin C dan Vitamin D ini?

 

 Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19 Dengan Bantuan Eskayvie Diffenz





Jika korang risau akan sistem imun badan yang rendah dan sedang mencari suplemen untuk tingkatkan imun badan korang, Sha ingin kenalkan satu suplemen iaitu Eskayvie Diffenz.

Eskayvie Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayvie bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Eskayvie Diffenz diformulasikan bagi membantu korang untuk tingkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.

Eskayvie Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, diformulasikan oleh Doktor Perubatan, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Apakah kebaikan Eskayvie Diffenz ini? Jom baca:

  •         Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
  •         Meningkatkan Sistem Imun Badan
  •         Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
  •         Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
  •         Menyokong Kesihatan Sendi
  •         Menyihatkan Jantung
  •         Memberikan Tenaga
  •         Mengawal Gula di Dalam Darah
  •         Mencantikan Kulit
  •         Anti Kanser & Anti Virus

 

4 Kelebihan Eskayvie Diffenz Perlu Korang Tahu



1. Kaya dengan Vitamin C dan D

Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk system pertahanan badan.

2. Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu

Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningktkan perlindungan dalaman.

3. Gabungan 4 bahan berantioksi dan tinggi dalam 1 tablet

Kandungan aktioksidan dan bahan aktif yang mencegah penyakit kemerosotan diri,

4. Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat

Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja. Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Eskayvie Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan virus dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.


Testimoni Pengguna Eskayvie Diffenz

 





SOALAN LAZIM & JAWAPAN

Bolehkah ibu mengandung mengambil Diffenz?

Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Diffenz diambil selepas trimester pertama.

 

Adakah Diffenz perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.

 

Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun mengambil Diffenz?

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapataakn nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

 

Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding buah oren?

Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. Formulasi Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.



Cara Mendapatkan Suplemen Eskayvie Diffenz

Bagaimana cara untuk mendapatkan lebih maklumat dan cara dapatkan Eskayvie Diffenz untuk diri sendiri atau yang tersayang?

Korang boleh terus melayari atau menghubungi saluran yang Sha lampirkan di bawah. Semoga dapat membantu korang ya.

Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda. Hubungi 03-5511 1050 / 019-608 3027 untuk maklumat lanjut.

Website: www.diffenz.com

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita


 


Post a Comment

4 Comments

  1. bila dah bertukar ke status endamik nanti, adalah menjadi tanggung jawab kita sendiri menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kan sha..

    ReplyDelete
  2. Memang bagus untuk diamalkan musim endemik ni. Akk pun dah amalkan. Alhamdulillah. Mmg nampak kesan kebaikkannya. Akak pun ade share testimoni akk dkt blog.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi