Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Percutian Impian Sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Percutian Impian Sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tak sabar ! Tak Sabar ! Tak Sabar ! Itulah luahan hati Sha sekarang ini. Sha percaya korang pun sama kan? Kalau dapat je rentas keluar negeri, selepas balik kampung sah dah ada perancangan percutian untuk keluarga ke mana-mana destinasi menarik di Malaysia ini. Kalau korang nak tahu, tahun 2021 ini genaplah 10 tahun usia perkahwinan Sha bersama suami tercinta. Jadi Sha ingat nak meraikanlah ulang tahun kami bersama nanti di suatu tempat yang istimewa dan kami tak pernah jejaki.

Percutian Impian Sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinan



Tanggal 3 September 2011 merupakan tarikh bersejarah untuk Sha, suami dan keluarga. Tarikh termeterainya perjanjian dan tarikh arwah ayah menyerahkan tanggungjawabnya kepada suami Sha. Pelbagai dugaan rumahtangga telah dilalui, tanpa sedar sudah hampir genap 10 tahun kami bersama. Untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 ini Sha merancang untuk bercuti di suatu tempat yang kami sekeluarga tak pernah terokai. Sebenarnya Sha mempunyai beberapa negeri di Malaysia yang masih belum Sha singgah menikmati tarikannya seperti Negeri Sembilan, Perlis dan Johor. Tapi untuk kali ini Sha teringin nak staycation di Melaka.

Tempat Menarik Di Bandaraya Melaka


Kalau nak bercuti di sesuatu tempat pastilah kita kena rancang perjalanan percutian kita dengan betul. Rancangan yang betul akan melancarkan aktiviti kita disana nanti, Sebut sahaja Melaka pastinya kita dah dapat bayangkan tempat-tempat menarik dan penuh dengan sejarah tersendiri yang kita pernah dengar di sekolah, program tv dan cerita dari ibu-bapa kita. Tapi alangkah bestnya jika kita dapat pergi ke tempat sejarah yang mana masih dijaga oleh pihak berkenaan. Antara tempat-tempat menarik di Bandaraya Melaka adalah :
 

  • A'Famosa
  • Masjid Selat
  • Melaka River Cruise
  • Melaka Duck Tour
  • Menara Taming Sari
  • Melaka Alive
  • Ladang buah-buahan tropika Melaka
  • Melaka River Pirate Park
  • Menaiki beca
  • Sunset Cruise
  • Jonker Walk


Selain tempat-tempat di atas, terdapat beberapa tempat baru yang menarik di Melaka adalah Encore Melaka, Melaka Thousand Tales Of Adventures, The Shore Sky Tower dan Bustel Klebang. Patutlah Melaka selalu menjadi pilihan untuk rakyat Malaysia bercuti rupanya banyak tempat menarik boleh dikunjungi. Kalau pergi Melaka ni sah-sah dapat ambil gambar banyak. Nampak gaya banyak shoot menarik yang kita boleh rancang sebelum ke sana.

Tempat Makan Best Di Melaka

Kalau bab makan memang Sha suka makan nasilah berbanding dari yang lain. Bila dah suka nasi tentulah suka cari restoran yang menyediakan lauk pauk seperti asam pedas dan lauk Melayu yang lain. Tambah pula Sha jenis kurang makan di kedai mamak, yang cadangkan nasi kandar memang Sha tak berapa tertarik untuk cuba. Bab kuih pula teringin sangat nak cuba Kuih Keria Antarabangsa yang viral di sana. Nak tahu juga kesedapan kuih keria di Melaka. Tapi kalau bercuti ke Melaka 4 hari 3 malam atau lebih lagi boleh laa sesekali tukar selerakan dengan mencuba kedai makan western di Melaka yang viral kat sana.


 
 
  1. Cendol Kampung Hulu
  2. Kari kepala ikan Asahan
  3. Asam Pedas Claypot Klebang
  4. Roti Canai Kayu Arang
  5. Medan Ikan Bakar Parameswara
  6. Medan Ikan Bakar Sungai Duyung
  7. Mee Besen Original
  8. Asam Pedas Sera Kampung
  9. Kuih Keria Antarabangsa Limbongan
  10. Melantak Steak Hub

 

Hanya 10 tempat makan yang Sha senaraikan. Kalau nak senaraikan memang banyak sangat kawan-kawan kongsikan daripada pengalaman mereka. Yang Sha tahu negeri Melaka amat terkenal dengan asam pedas. Jadi nanti kalau dapat bercuti ke Melaka Sha nak cari hotel yang mudah Sha nak terjah tempat makan.

Hotel Yang Sesuai Untuk Keluarga Di Melaka


Kejam tak kalau Sha nak pergi jalan-jalan dengan suami macam bulan madu? Ahhahahaha.. pergi berdua je? Sah ! Tak sampai hati nak tinggal anak-anak dan jalan-jalan tanpa mereka. Tambah pula kalau pergi bercuti lama-lama, memang bawak sekali la. Bukan apa, ibu dan ayah diaorang sejenis tak sampai hati dan jenis teringat kat anak-anak kalau pergi bercuti. Kalau dah teringat, mood pun tak berapa nak teruja.

Walaupun orang kata penat bawa budak-budak bercuti, tapi terasa lengkap kalau anak-anak ada sekali meraikan ulang tahun perkahwinan ibu ayah. Jadi dengan itu Sha kena cari sebuah hotel yang selesa dan mempunyai kemudahan yang best paling tidak pun mempunyai kolam mandi.
 

 
Bila belek-belek cari hotel yang menarik di Melaka ini, Sha tertarik dengan The Pines Melaka. Nampaknya Sha hanya perlu tunggu masa sesuai untuk bercuti sahajalah sekarang ini. Bukannya apa, hotel ini terletak di tengah Bandaraya melaka, jadi nak bergerak dan jalan-jalan ke sekitar bandar sejarah dari hotel tak perlu makan masa yang lama. Yang paling penting ada kolam mandi dan dalam bilik pun ada bathtab, sebabnya anak-anak memang suka main air, mandi-manda. Memandangkan negara masih dilanda covid-19, kita kena hadkan pergerakan ke kawasan yang dipenuhi ramai orang jadi itulah aktiviti yang cukup best dah untuk anak-anak.
 

Sha bukan apa, bukan setakat nak sambut ulang tahun perkahwinan sahaja tapi nak pergi bercuti menenangkan fikiran dan keluar dari kediaman sekejap. Masing-masing pun dah lama duduk terperuk di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jadi apa lagi korang, jom rancang percutian korang sekarang.

Post a Comment

3 Comments

  1. Weiii sama kiita nak g melaka... Harap cepat lah boleh rentas negeri kan

    ReplyDelete
  2. hahahaha The pines ni bawa budak2 seronok... suka pool dia...
    bilik pun luas... mmg sesuai klu family besar kan haha

    ReplyDelete
  3. Tu diaaa... Cecantik semuanya. Dni nak bawa masuk list dni gak lah hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi