Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bolehkah Pesakit Kencing Manis Sihat Semula? Bagaimanakah Cara Menurunkan Bacaan Gula Dalam Darah?

Bolehkah Pesakit Kencing Manis Sihat Semula? Bagaimanakah Cara Menurunkan Bacaan Gula Dalam Darah? Itulah persoalan yang selalu bermain di fikiran. Macam mana tak fikir, sejarah keluarga Sha sebelah Mak memang mempunyai penyakit kencing manis. Bukan sahaja nenek Sha terpaksa potong kaki malahan Mak Sha sendiri sudah kehilangan kedua-dua belah kaki akibat kencing manis. Terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawa Mak, agak berat keputusan untuk dibuat tetapi berat lagi Mak yang kehilangan anggota badan sendiri. Mungkin terlambat mencari penyelesaian kepada masalah masa itu, kalaulah ada jalan pada masa itu mungkin kaki Mak dapat diselamatkan dan Mak pun berpeluang untuk sihat kembali. Walaubagaimanapun semuanya sudah tertulis. Jadi disini Sha nak berkongsi sesuatu pada yang mungkin mempunyai masalah seperti keluarga Sha iaitu masalah kesihatan berkaitan kencing manis.

JOM KAWAL KENCING MANIS

 

Punca Kencing Manis

 
Kencing manis atau diabetes ini telah dikenalpasti berpunca daripada faktor-faktor seperti berikut :
 
1. Berlebihan berat badan atau kegemukan
2. Tidak bersenam atau gaya hidup yang pasif.
3. Dari segi pemakanan yang banyak mengambil makanan berlemak dan kurang serat.
4. Keturunan- risiko bagi keluarga yang mempunyai pertalian terdekat seperti ibu bapa dan anak.
5. Peningkatan umur
 

Kesan Kencing Manis

 

 

Bagaimana pula dengan tanda-tanda kencing manis?

 

 
 
1) Kerap dahaga dan kerap kencing pada waktu malam Tanda diabetes manis yang paling biasa selalu rasa haus. Waktu waktu malam pula, selalu ke tandas untuk kencing manis. Lebihan glukosa dalam saluran darah buah buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini adalah seseorang yang kerap berlaku pada waktu malam. Waktu udara banyak hilang dan akan menjadi lebih dahaga. Masalah antara petanda badan dan sedang Cuba berbeza udara yang telah hilang.
 
2) Berat badan menyusut dengan drastik Anda kena hati-hati hati berat badan menurun tiba-tiba sementara kuantiti makanan yang diambil adalah sama setiap hari. Inilah antara tanda kencing manis. Bagi orang lain, berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka. Tapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda dan menghidupkan diabetes manis kerana disebabkan oleh badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk tenaga.



 
3) Jarak penglihatan menurun Antara tanda kencing manis yang selalu ada tidak dapat dilihat dengan jelas Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya menggunakan seseorang yang kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan dilakukan tetapi akan dibahaskan untuk masa yang panjang.
 
4) Sering kebas pada tangan dan kaki Ia disebabkan oleh masalah pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.
 
5) Luka yang lambat sembuh. Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena "Potong kaki!". Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan terasa sakit pada bahagian yang luka. Paling menakutkan luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk hanya dengan menggunakan anggota badan yang merupakan jalan untuk menyembuhkannya.
 



KAWAL KENCINGMANIS.COM, PROGRAM PERCUMA 100% YANG MENGEMBALIKAN
SENYUMAN KEPADA PENGHIDAP KENCING MANIS

Sebuah platform sehenti yang diterajui ahli professional kesihatan telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis. Program secara atas talian ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021.

Organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang http://www.kawalkencingmanis.com. Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.


Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi (Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020).

Untuk pengetahuan semua, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ini. 

  • Jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah
  • Akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah
  • Latihan pengawalan stress
  • Kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam
  • Kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi.

Pastinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar.


Apa lagi korang. Sebelum terlambat dan bagi mengelakkan penyakit ini terus menghantui hidup keluarga kita. Jom kita dapatkan pengetahuan dan belajar. Untuk maklumat lebih lanjut jom sama-sama rujuk di laman yang disediakan. Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1-14 Mac 2021. Daftar segera di laman sesawang rasmi.







Kajian mendapati bahawa golongan yang berisiko tinggi mendapat kencing manis adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kencing manis, berat badan yang berlebihan serta berumur diantara 45 tahun dan ke atas. Kesimpulannya, kurangkan makanan dan minuman bergula termasuk gaya amalkan hidup sihat melalui senaman dan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sayangi diri anda dan keluarga!

Post a Comment

6 Comments

  1. Best nya kan ade platform macam ni. Tak sabar nak ketahui tentang kesihatan diri.

    ReplyDelete
  2. good program! covid suka attack yg ada kencing manis kan .. so program ni mmg satu keperluan

    ReplyDelete
  3. [rogram bermanfaat untuk pengidap diabetes

    ReplyDelete
  4. Bagusnya program ni. Baru tau. Bolehlah share degan rakan kerja nanti. Tq sharing

    ReplyDelete
  5. Bagus programme mcm ni. Lebih baik mencegah darp mengawal

    ReplyDelete
  6. Good information. Jaga pemakanan sejak awal, jaga kesihatan ya semua.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi