Thursday, June 25, 2020

Jam Sukan Realme Watch Model RMA161

June 25, 2020 5
Review Realme Watch Model RMA161 | Baru-baru ini Sha menyatakan hasrat pada suami untuk beli jam baru memandangkan jam kesayangan sudah rosak. Sha sebenarnya sudah biasa memakai jam tangan biasa yang berjarum dan kali ini pun Sha mencari jam yang sama dan jenama yang sama. Tetapi oleh kerana sudah berjanji selepas PKP dan selepas raya nak mula balik cara hidup sihat seperti sebelum PKP iaitu aktiviti berbasikal dan mendaki bukit sha mengubah pilihan. Kali ini Sha mengikut saranan suami supaya membeli jam yang berbaloi dengan harga dan mempunyai fungsi lain selain untuk melihat masa. Akhirnya Sha memilih untuk membeli Realme Watch. Memandangkan Realme Watch masih tidak ada di mana-mana store berdekatan jadi Sha membelinya secara online. Apakah sebab-sebab Sha memilih Realme Watch ini sebagai fitness band?



Realme Watch Malaysia


Kenapa Memilih Realme Watch ?

1. Harga berpatutan dengan fungsi yang ada.

2. Saiz dan bentuk yang sesuai untuk tangan Sha - 3.5 cm (1.4") ,
Lebar Tali Pergelangan Tangan: 20mm
Tali Pergelangan Tangan Panjang boleh laras: 164-208mm



3. Menepati keperluan Sha yang tidak terlalu aktif dan menjalani senaman asas.

4. Monitor dan mengesan degupan jantung.

5. Mengesan setiap pergerakan yang dilakukan seperti berjalan.

6. Mempunyai 14 mode sukan yang terdiri daripada :-

Berlari
Berjalan
Larian Dalam Rumah
Berbasikal
Senaman Aerobik
Latihan beban / angkat berat
Bola Sepak
Bola keranjang
Pingpong
Badminton
Berkayuh Dalaman
Elliptical
Yoga
Sukan Kriket


7. Boleh mengawal muzik pada telefon bimbit hanya menggunakan Realme Watch dan juga butang kamera. Jadi selepas ini Sha boleh ambil gambar dengan jarak jauh hanya dengan tekan butang kamera pada jam Realme Watch sahaja.

8. Monitor darah & oksigen

9. Ringan bila memakainya kerana hanya seberat 31g. Diperbuat daripada silikon yang lembut dan mesra kulit, dan tidak mudah calar.

10. Jenis Tali Pergelangan Tangan: Tali pergelangan tangan yang boleh ditanggalkan dan tukar kepada tali yang bersaiz sama. Nampaknya tak sia-sia suami Sha beli tali jam untuk smart watch sebelum ini tapi tak boleh guna sebabnya saiz suami beli bukan saiz tangannya. Jadi dapatlah Sha guna tali berlainan selepas ini.

11. Sentuhan skrin penuh. Sentuhan skrin juga responsif membolehkan kita mengawal jam tangan ini dengan lebih mudah. Resolusi Skrin: 320 * 320 pixel dapat memaparkan visual yang lebih hidup.

12. Peringkat Ketahanan Air IP68 (1.5m)

13. Bateri: 160mAh (BIS)
Hayat Bateri: 7 hingga 9 hari
Hayat Bateri dihidupkan
Mod Penjimatan: 20 Hari

14. Kesambungan: Bluetooth 5.0

15. Mempunyai Pautan Aplikasi Realme Link yang boleh dimuatnaik di dalam telefon bimbit sendiri.
Android 5.0+

Monitor kesihatan sepanjang 24 jam sehari dengan Realme watch

  • Pengukuran Kadar Jantung Secara Automatik
Makluman Denyutan Jantung
  • Oksigen Dalam Darah
  • Pengesanan Tempoh Waktu Tidur
  • Langkah Sepanjang Hari
  • Jumlah Pembakaran Kalori sepanjang hari
  • Makluman untuk aktif supaya tidak duduk sahaja dalam jangka waktu yang sama.
  • Rekod Aktiviti Seharian.


Nampaknya Sha wajib teruskan niat dan tujuan asal kenapa beli Realme Watch ini iaitu supaya senang nak rekod jarak dan tempoh masa berbasikal. Jadi selepas ini Sha tak perlu angkut telefon bimbit lagi untuk buat tetapan rekod jarak dan tempoh berbasikal nanti. Jika korang sedang mencari jam pintar seperti ini korang boleh mempertimbangkan Realme Watch sebagai jam sukan korang.

Thursday, June 18, 2020

Rebut Diskaun & Cashback Bila Berbelanja di PGMALL

June 18, 2020 3
Bisnes Online Paling Mudah & Jimat Melalui PGMALL | Pada zaman ini perniagaan atau pembelian online amat menjadi pilihan di hati usahawan dan juga pengguna. Norma baru selepas terjadinya Covid 19 hingga kini ramai yang mengambil langkah menjual dan membeli secara online sebagai cara yang lebih cepat dan selamat.

Sha percaya kini ramai usahawan memilih untuk bisnes secara online kerana ia lebih mudah dan menjimatkan kos penyelenggaran seperti penyewaan kedai, pengangkutan dan gaji pekerja.

Kini, semuanya mudah dengan hanya menggunakan kemudahan seperti komputer riba atau hanya dengan telefon pintar korang sudah boleh berniaga. Perniagaan korang juga mudah jika melalui PGMALL.

Diskaun & Cashback Di PGMALL


Dalam berbelanja secara online Sha sebagai pelanggan pastinya akan memilih platform yang menyediakan diskaun yang berpatutan dan juga mempunyai sistem cashback. Nampaknya semua itu ada di PGMALL.

Apakah itu PGMALL?


PG MALL merupakan platform e-commerce no 1 di Malaysia yang telah diperkenalkan sejak tahun 2017. Kalau korang nak tahu PGMALL satu-satunya Platform E-Commerce tempatan yang menggunakan konsep ConsuMerchant. ConsuMerchant adalah satu ciri menarik yang mana pembeli boleh mendapat cashback setiap kali membuat pembelian di PGMALL. Selain itu juga pembeli dapat menjana pendapatan apabila korang juga akan medapat cashback daripada pembelian mereka yang mendaftar di PGMALL menggunakan referral link korang sendiri. Menarik bukan?

Antara sebab korang perlu berbelanja di PGMALL adalah kerana kebanyakan barang yang dijual disini adalah barangan tempatan sekaligus ini dapat membantu penjual tempatan diluar sana menjana pendapatan. Maklumlah ramai peniaga terkesan terutamanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Tambah pula pelbagai barangan keperluan korang boleh dapatkan di sana seperti fesyen, barangan makanan, suplimen, barangan elektrik dan banyak lagi.


Hot Day Sale



Mahukan lebih diskaun? Korang jangan terlepas Hot Day Sale yang akan diadakan dalam 3 slot iaitu pada jam 10.00 pagi, 4.00 petang dan 9.00 malam. Jaminan Harga Terendah kerana Diskaun 80% akan diberikan setiap hari.

Kempen Love You 3000



Pembelian RM 30.00 dan ke atas ( dalam satu resit) di PGMALL korang berhak menyertai Kempen Love You 3000. Kempen yang berbentuk cabutan bertuah ini akan memilih pemenangnya dan diumumkan pada 15 dan 30 haribulan setiap bulan. Hadiah bernilai sehingga RM 3000 berupa C-wallet. Best sangat kan?

Tips Nak Menang !

Lebih banyak korang berbelanja, lebih tinggi peluang untuk korang menang!

Pembeli akan mendapat 3.5% cashback apabila berbelanja di PGMALL


Gaji mingguan bonanza



Dari 25 haribulan setiap bulan hingga 5 haribulan berikutnya, Payweek Bonanza akan dijalankan seperti objektifnya supaya orang ramai akan menerima bayaran mereka dalam minggu tersebut dan akan mempunyai kuasa membeli lebih tinggi. Dengan pembelian minimum RM 50.00 daripada kedai yang sama pembeli akan menikmati penghantaran percuma



Boleh percaya ke berbelanja di PGMALL? Korang jangan risau, PGMALL kini berada di ranking ke 3 portal online shopping di Iprice:




Apa lagi? Jom membeli di PGMALL sekarang juga untuk mendapat peluang menang hadiah sambil shopping dan lebih jimat.