Thursday, March 26, 2020

Resepi Roti Sosej Cheese Bersalut Telur

Resepi Roti Sosej Cheese Bersalut Telur | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar rakyat Malaysia? Sudah hari ke-9 kita bekerjasama dengan kerajaan untuk mengekang penularan wabak covid-19 ini yang mana kita sedang berusaha menyelamatkan diri sendiri, keluarga, sahabat handai dan orang awam yang daripada jangkitan. Janganlah lupa untuk selalu mendoakan kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Apa cerita korang di rumah pada hari ini? Pasti pelbagai aktiviti yang direka, yang tak pernah dibuat bersama keluarga tersayang kini semuanya tak mustahil. Sebagai seorang ibu pastinya aktiviti paling wajib adalah memasak bukan? Sha kebiasaannya jarang memasak sarapan, kalau ada kesempatan dan perancangan awal barulah ada sarapan pada waktu pagi kalau tidak memang beli diluar sahaja. Hari ke-9 ini suami Sha ingatkan supaya jangan memasak yang rumit sebabnya takut lupa nak habiskan stok roti yang ada maklumlah roti salah satu makanan yang tidak tahan lama dan ada tarikh luput. Jadi kita dengar sahajalah nasihat suami supaya kita tidak terjerumus kepada pembaziran pada musim begini. Sekarang hari -9 suami hanya minta makan roti cicah air milo sahaja sebabnya memang dia selalu kalau boleh nak isteri dia tak banyak kerja, tapi isteri dia terlebih rajin sikit hari ini dan jadilah roti bakar sosej cheese meleleh .

Resepi Roti Bakar Dengan Sosej Dan Chesee



Bahan-bahan Buat Roti Bakar Sosej Cheese Tarik


Bahan-bahan yang perlu sangatlah mudah kerana kita perlukan empat bahan sahaja iaitu jika mengikut sukatan Sha tadi adalah seperti berikut  :

  • Roti keping - Sha gunakan 8 keping roti gardenia
  • Sosej yang dihiris - Sha gunakan 2 batang sosej
  • Kepingan keju - Sha gunakan 4 keping cheese
  • Telur - Sha gunakan 1 biji


Cara-cara Buat Roti Bakar Sosej Dengan Cheese


Cara-cara untuk buat pun mudah, boleh minta tolong anak-anak sahaja untuk susun. Ambik sekeping roti, susun sosej yang telah dihiris memenuhi permukaan roti kemudian letakkan sekeping cheese dan tutup dengan sekeping roti lagi.

Selepas siap susun semuanya kita celup sahaja roti tadi ke dalam telur yang telah dipukul. Celup di kedua-dua belah roti dan letakkan diatas pembakar. Sha hanya menggunakan pembakar ajaib yang mak Sha bagi dulu.


Diatas pembakar tadi Sha tekan-tekan sedikit supaya kedua-dua roti melekat antara satu sama lain. Sha tutup pembakar ajaib sebentar sehingga roti telur bahagian bawah masak kemudian diterbalikkan dibahagian satu lagi supaya masak keseluruhannya.



Selepas siap roti sosej cheese tarik ini korang boleh sahaja potong seperti yang Sha buat ini, iaitu potong jadi segi tiga barulah nampak cheese meleleh.

Asalnya buat 4 set sahaja hanya untuk Sha dan suami kerana Abang Zaryth dan Adik Nur minta nak makan nasi minyak semalam yang masih ada berbaki. Maklumlah Abang Zaryth memang hantu nasi minyak tambah kalau buat lauk ayam masak merah, mengulang pun tak apa. Tapi bila dah makan nasi minyak, minta juga nak makan roti sosej nih nasib baik laa Sha tak makan banyak jadi bolehlah anak-anak merasa juga. Selain resepi bakar sosej ini, korang boleh juga pelbagaikan resepi roti contohnya resepi pudding roti dengan kuah kastard memang sedap layan bersama keluarga.

Peringatan bila nak makan roti bakar ini hati-hati kerana diluar mungkin sudah suam-suam tapi cheese di dalam mungkin masih panas. Jadi sebelum gigit, pastikan cheese bahagian dalam tidak terlalu panas.

"Esok Nak Masak Apa?"

5 comments:

  1. MashaAllah..sedapnyaaaa.hehe..saya pun buat..tapi goreng aje..pulak tu,
    cheese jenis lambat cair je ada kat umah nii..hohoo

    ReplyDelete
  2. macam2 resepi ye Sha, time PKP ni :)

    ReplyDelete
  3. Wahh cheese dia mengancam. Nanti Qis nak buat juga

    ReplyDelete
  4. meriah tu cheese dia, senang nak buat

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi