Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pasar Minggu Kuala Besut Setiap Hari Jumaat Masih Tidak Berubah

Pasar Minggu Kuala Besut Setiap Hari Jumaat Masih Tidak Berubah | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Sha pulang ke kampung halaman untuk bercuti dan menjenguk keluarga, jika sebelum ini Sha biasanya akan pulang ke kampung pada hari Sabtu tetapi kali ini Sha memilih untuk balik pada hari khamis iaitu pada 12 disember 2019 hingga 16 Disember 2019. Memandangkan Sha sudah lama tidak berkunjung ke Pasar Minggu Kuala Besut, Alhamdulillah pada pagi jumaat itu Sha bersama adik Sha ( Tina) mengambil peluang untuk mencari sarapan di Pasar Minggu Kuala Besut. Lebih 10 tahun tidak jejakkan kaki ke sini membuatkan Sha sedikit lupa tentang waktu operasi pasar yang sesuai untuk Sha kunjungi. 


Sha tak pastilah orang panggil apa sebenaranya, ada yang panggil pasar tani ada yang panggil pasar minggu tapi yang pasti pasar yang Sha maksudkan di Kuala Besut ini adalah pasar yang ada pada hari jumaat. Jika korang ada berniat untuk ke Pulau Perhentian, korang boleh singgah dulu di pasar minggu ini memandangkan lokasinya berdekatan dengan Jeti Pulau Perhentian lebih kurang dalam 500 meter sahaja.


Tarikan utama pasar minggu ini semestinya kepelbagaian makanan. Sha kongsikan gambar-gambar ini semua di laman facebook ramai yang kata macam di Kelantan. Apa yang dipelikkan, Kuala Besut yang terletak di Besut, Terengganu ini bersempadan dengan Negeri Kelantan jadi tempias gaya hidup pun tak ada beza sangat.

  
Sha sampai ke pasar dalam pukul 7.30 pagi, mungkin terlalu awal untuk berkunjung ke pasar ini kerana para peniaga masih dalam proses membuka tapak jualan. Tapi untuk peniaga makanan, barangan basah awal pagi mereka sudah siap sedia menyambut pengunjung. Walaupun dah lama tidak ke sini, dan bangunan pasar pun dah ada tetapi susun atur khemah-khemah peniaga masih sama macam dulu jadi Sha tidaklah terlalu kekok atau pening-pening nak tuju ke mana.


Rambang mata, itulah ayat yang boleh Sha katakan bila berkunjung ke bahagian yang dipenuhi oleh kuih muih. Nasib baik Sha bukan penggemar kuih muih jadi tak adalah Sha terjebak untuk borong kuih muih yang ada, cuma beli kuih yang Sha biasa makan sahaja seperti apam berkuah dan pulut bakar. Ada kawan tanya apa yang berwarna merah kuning tuuu.. haaa... biasa nampak pulut kuning je, kat tempat Sha ada pulut warna merah.


Jangan tidak percaya, pagi-pagi dah ada makanan berat yang biasa jumpa untuk makanan tengahari ke atas baru dapat. Orang Pantai Timur sudah biasa dengan makanan berat di waktu pagi, ehehehe. Seperti yang kita nampak, makanan ala siam pun dah ada iaitu kerabu kaki ayam, kerabu mangga, som tam dan juga Miang Kam.


Berat tak berat makanan kat sini, bukan setakat nasi putih tetapi nasi minyak dengan pelbagai lauk pauk sudah tersedia. Kalau nak cari bihun goreng, kuew teow goreng ke susah sikit kalau nasi banyaklah. Suami Sha sendiri dulu pun susah nak biasakan diri, maklumlah nak cari nasi lemak pagi-pagi kat kampung Sha pun bukan senang, nasi pun lain.



Musim hujan biasanya banyak makanan yang hanya ada pada musim tengkujuh muncul. Makanan yang biasanya banyak pada musim begini adalah kepelbagaian jenis ubi boleh didapati di pasar. Di gerai kakak ni Sha sempat beli kulat sisir untuk dicampurkan ke dalam telur dadar nanti.


Sha dan suami selalu bertelingkah tentang pulut bakar kerana pulut bakar di Perak isinya kelapa manis manakala pulut bakar di Pantai Timur semestinya pelbagai lauk terutamanya isi ikan. Tertarik dengan gerai akak ni kerana beliau bakar pulut di gerai terus, ada pulut bakar, pulut lepa atau pulut panggang dengan isi ikan dan isi daging. Sha pun belum pernah makan pulut lepa isi daging ni, rasa pun tak tahu nak beli karang habis diet..ahahaha.


Tujuan utama Sha ke Pasar Minggu Kuala Besut ini sebenarnya adalah dengan niat untuk mencari ikan budu. Ramai yang tanya Sha apa itu ikan budu? Ikan budu adalah makanan popular ketika musim banjir, mungkin orang dulu-dulu buat stok untuk persediaan di musim banjir yang tidak mengizinkan penduduk keluar jadi ikan budu adalah penyelamat sebagai lauk pembuka selera. Ikan budu mungkin berbeza sikit cara pembuatannya berbanding ikan pekasam kerana ianya hanya diperap dengan asam jawa atau asam keping bersama dengan garam kasar. Sha pun dari kecil kalau makan ikan budu menggunakan resepi biasa iaitu dimasak dengan telur, bawang dan cili.


Musim tengkujuh ramai juga yang mencuri peluang untuk menambah pendapatan dengan menjual ikan sungai atau ikan darat. Gambar yang Sha ambil ini adalah paket belut yang sudah siap dipotong, ikan sungai pun ada yang siap diperap dengan garam dan kunyit. Tinggal balik rumah korang hanya perlu goreng atau masak apa sahaja hidangan tak perlu susah nak menyiang semua.


Jika korang nak tahu, pasar minggu Kuala Besut ini bukan sahaja menyediakan pelbagai makanan tetapi di sini korang boleh dapatkan barangan lain seperti pakaian, barang plastik, barangan rumah dan juga kasut. Memandangkan Sha pergi awal jadi tak banyak tempat Sha boleh jalan-jalan kerana peniaga masih dalam proses buka kedai. Kalau datang sini siap sedialah sakit kaki sebab pasarnya agak besar dan meriah.


Seperti yang Sha cakapkan awal tadi jika korang nak ke Pulau Perhentian bolehlah cuci mata di pasar minggu terlebih dahulu. Pasar ini terletak di kawasan Terminal Bas dan Teksi Kuala Besut sahaja jadi senanglah korang nak cari lokasi pasar ini.

Post a Comment

7 Comments

  1. waalaikumussalam. yesssss pasar hari, pasar malam. ni semua tempat feveret. banyak makanan yg ada. hehehee

    ReplyDelete
  2. terliur baca entry ni.saya suka makanan terengganu ni, sedap, pastu harga murah. Pulut panggang tu memang favourite

    ReplyDelete
  3. Suka pegi pasar minggu macam ni
    Nak cari apa semua ada

    ReplyDelete
  4. serupa dgn pasar2 di kelate je ni. kalu saing dari luar mari kelate meme abe kie akan bawa dia jale2 di pasar tani atau pasar minggu serupo nih.

    ReplyDelete
  5. Ana pun suka pergi pasar tani macam ni kalau ke sesuatu tempat. Macam2 masakan tempatan yang boleh kita cuba kan. Kot ada rezeki naik ke Besut hari jumaat boleh lah singgah.

    ReplyDelete
  6. bestnya macam-macam ada, rambang mata.... lagi-lagi tengok segala macam kuih muih yang ada

    akak kalau balik ke kampung suami di kerteh memang akan pergi ke pasar pagi setiap pagi jumaat, memang kalau dapat pergi akak sangat teruja nak beli macam-macam kuih dan makanan terengganu yang akak tak pernah jumpa.

    ReplyDelete
  7. waduh waduhhh. kalau masuk pasar tani, wajib keluar dengan 'sesuatu'! kalau tak makanan, barangan.. minuman.. dan macam macam lagi hahaha.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi