Tuesday, September 24, 2019

5 benda yang mak wajib bawa ketika travel atau holiday bersama baby atau anak kecil | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Travel bersama keluarga ini bukan perkara yang mudah, terutama kepada mereka yang mempunyai anak kecil berumur setahun kebawah ni. Percutian bersama anak yang masih kecil mesti dilakukan dengan teliti supaya semua orang yang berada dalam perjalanan itu berasa gembira dan enjoy. Ibu bapa pun tak la berasa stress sepanjang percutian.

Okay, Sha nak kongsikan 5 benda yang mak-mak wajib bawa ketika travel bersama baby atau anak kecil supaya mak yang handle anak tak panik dan stress. Mak stress nanti Ayah pun stress, bila semua stress percutian pun jadi tak best kan?



1) ALAT HIBURAN, TOYS ATAU EDUCATION TOY MUDAH TRAVEL

Ketika sediakan barang perjalanan, jangan lupa mak bekalkan satu atau dua toys untuk anak bermain ketika flight atau sepanjang travel. Untuk membantu mak supaya anak tenang dan tenteram sepanjang percutian, mak boleh bekalkan gadget  seperti Ebookku Islamic, Buku Islamic Berbunyi dan Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz Shop. Gadget seperti ini akan membuatkan anak leka explore sesuatu yang baru beserta berilmu dan menghiburkan.


Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz Shop ini juga dapat membantu menenangkan anak dengan fungsi white noise untuk baby bawah usia sebulan, lullaby (lagu dodoian anak) ketika letih ingin tidur serta terdapat fungsi butang alunan bunyi pantai yang mendamaikan. Bukan itu sahaja, terdapat butang surah-surah terpilih buat peneman anak ketika travel. Jika anak peminat tegar kartun Omar Hana, ibu bapa harus dapatkan Islamic Audio Device ini dari Mama Zie Kerlazz Shop kerana ada beberapa lagu hits dari kartun Omar Hana untuk hiburkan hati anak sepanjang perjalanan ibu bapa bercuti.


FB/IG: Mamazie Kerlazz
Contact: 018-3962999


2) MAKANAN BAYI KHAS UNTUK TACKLE PICKY EATERS KETIKA TRAVEL.

Ha..baby bila lapar atau tak makan on time kadang boleh menyebabkan diorang ni restless time travel atau holiday.

Tapi kadang-kadang nak travel dengan anak cerewet makan ni bukannya senang. Habis semua makanan diorang memilih dan reject untuk makan. Sampai stress kepala kita fikir nak bagi anak kita makan apa kan?

So Sha nak suggest mommy yang ada anak cerewet makan dari 6 bulan sampai 3 tahun untuk try travel dengan Baby Sadoo.



Baby Sadoo ni merupakan makanan baby yang khas untuk tackle selera anak cerewet makan dari 6 bulan sampai 3 tahun tanpa tambahan garam, gula & pengawet tau. 

Baby Sadoo ni dibuat khas oleh bekas jururawat berdaftar yang pernah bekerja hampir 7 tahun bersama Sime Darby Medical Center. 

Apa yang Sha suka dengan Baby Sadoo ni sebab dia lengkap nutrisi, dalam 1 botol tu dah siap dah carbohydrate, protein dia, fiber dia, callorie dia. 
So waktu travel senang, mak-mak macam Sha ni tinggal panaskan je Baby Sadoo ni tak sampai 1 minit dah boleh terus suap anak makan kat mana-mana je termasuklah bila diorang lapar dalam kereta, flight, train, atau time tengah janjalan menikmati pemandangan percutian pun boleh.


Bagi Sha Baby Sadoo ni best sebab menu dia menarik dan sedap-sedap dari bahan semulajadi dan senang tak payah nak tambah apa-apa dah dan tak payah nak pening fikir nak masak apa untuk anak cerewet makan ni time travel.

Bagi Sha sangat praktikal untuk mak-mak yang nak travel dengan anak cerewet makan untuk bawak Baby Sadoo yang food on the go ni. 

Botol dia ni pun selamat untuk nak panaskan terus dalam microwave atau water heater. Botol pun jenis botol kaca yang berkualiti. Tak delah Sha nak risau tindak balas kimia dari botol ni pindah ke makanan baby atau apa time panaskan. Yang penting baby suka sangat makan dan sekali makan kadang-kadang tak cukup sebotol 😂


Senang travel dengan Baby Sadoo ni. Panaskan, terus suap je makanan sihat, berkhasiat, sedap dan lengkap nutrisi untuk baby cerewet makan kita. Tak payah nak tambah apa-apa dah dalam Baby Sadoo yang 'Complete Meal' ni. Senang sangat.

Haa. kalau mommy nak tahu Baby Sadoo ni jugak merupakan antara Makanan Bayi No. 1 di Malaysia yang khas untuk tackle selera anak cerewet makan tau dan terbukti mempunyai hampai lebih 3000 testimoni dari ibu-ibu yang mempunyai masalah anak cerewet makan, bantu ibu bekerjaya yang tak sempat sediakan makanan bayi sihat dan berkhasiat untuk anak-anak dirumah atau bekalan ke rumah pengasuh dan bantu memudahkan mommy yang nak travel bersama anak picky eaters ni.


Sha dan ramai mommy kat Malaysia pilih untuk travel dengan Baby Sadoo yang convenient for travelling ni. Recommended sangat. Sebab senang, Panaskan je sebotol Baby Sadoo, tak payah nak tambah apa-apa dah, boleh terus suap baby makan makanan bayi yang 'complete meal' . 

Kalau mommy nak dapatkan Baby Sadoo atau berminat untuk apply for agent reseller boleh Follow 👇

FB / IG: Baby Sadoo HQ


3) IZLIYAH KITCHEN BABY FOOD

Sekiranya bayi mommy sudah boleh makan, jangan dilupa bawa bekalan makanan instant yang sihat buat mereka. Instant di sini bermaksud mudah disediakan tetapi sihat kerana tidak mengandungi bahan terlarang yang belum mampu ditapis oleh usus bayi anda.


Izliyah Kitchen menyediakan makanan bayi yang mudah disediakan ketika travel. Pastinya memudahkan kerja mak-mak tatkala travel tidak perlu membawa periuk nasi dan segala bahan mentah untuk dimasak atau perlu prepare awal2 dari rumah sebelum mula travel.


Produk izliyah telah diiktiraf dengan sijil HALAL dari JAKIM. Produk ni juga tidak sama sekali mengandungi bahan pengawet dan gula sintetik. 

Terdapat beberapa jenis makanan bayi di Izliyah Kitchen iaitu:

Bubur (ada bubur kasar dan bubur halus)

Biskut (ada pelbagai perisa seperti kurma,kismis dan pisang)

Serbuk perasa (ada serbuk ayam, serbuk bilis, serbuk sayuran dan serbuk buahan)


Ke semua di atas adalah mesra travel kerana amat mudah untuk disediakan. Konsep kami, menyediakan bubur segera dengan hanya bancuh air panas tetapi sihat dan bebas bahan pengawet.

FB/IG: 
Contact: 017-772 3571


4) PENYELAMAT ANAK DARI BATUK & SELESEMA

Kasihan bila tengok anak kecil tercungap-cungap susah nak nafas, sebab hidung tersumbat atau berkahak teruk. Tak lalu makan dan muka pucat bila jadi macam ni. Malah, jika tak dirawat, ia boleh mengancam nyawa!

So Sha nak ingatkan mak-mak untuk always standby benda wajib ni ketika travel dengan anak kecil.

Ramai juga yang tanya. Ada ke sapuan bayi yang boleh bantu rawat masalah ni secara semulajadi? Jawapannya ADA! Gunakan jer sapuan bayi Mamz. Paling penting Mamz ni ada pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dibuat dari bahan semulajadi Habbatus Sauda. Memang elok untuk bayi. 


Mamz Spray merupakan penawar bagi masalah utama bayi seperti masalah berkahak, masalah selsema dan masalah batuk. Sesuai digunakan oleh bayi seawal dalam pantang sehingga berusia 6 tahun. 

Mamz Spray juga sangat sesuai digunakan sebagai sapuan harian bayi walaupun telah sihat bagi menggantikan minyak telon. Sapukan selepas mandi agar antibody bayi semakin kuat dan sapukan sebelum tidur agar bayi tidur lebih lena.


Kalau ibu-ibu nak tau lebih lanjut mengenai Mamz ni boleh je terus ke

www.mamz.com.my

atau boleh juga lihat di https://www.facebook.com.my/MamzOfficialHQ .

Testimoni yang dah guna Mamz ni pun da beribu dah. 
kalau nak baca testimoni tu klik jer link wasap bawah ni.

FB/IG: 

Contact: 019-6449092
www.wasap.my/60196449092
Website: www.mamz.com.my


5) SNACKS & BISKUT SIHAT UNTUK ANAK KECIL

Rush Baby Food menjadi pilihan utama ibu-ibu yang mengutamakan #BMF dan yang terbaik untuk bayi mereka tetapi cepat mudah dan pantas. 

Bubur bayi segera keluaran Rush Baby Food dalam bentuk flakes beras semakin mendapat permintaan tinggi kerana ianya yang hanya perlu dibancuh dengan air panas sahaja, bila-bila masa sahaja boleh disediakan sama ada di dalam kereta, train, flight, tepi pantai dan sebagainya. Rasanya yang sedap dan harum seakan ibu baru lepas memasak diatas dapur membuatkan bubur bayi Rush Baby berbeza dari yang lain. Terdapat dua pilihan iaitu beras putih dan beras perang. Bancuh flakes sahaja pun dah licin bayi makan apatah lagi jika di tambah dengan Serbuk Buah Mango, Serbuk Ayam atau Serbuk Purple Sweet Potato yang juga dikeluarkan oleh Rush Baby Food. Tabur-tabur je dah siap, tak perlu masak pun. Senang kan?


Bukan sahaja bubur, malah Rush Baby juga ada menyediakan Biskut bayi dengan nama Bone Broth Cookies. Mula diperkenalkan pada November 2017, ianya terus menjadi bualan mulut ibu-ibu yang lebih prefer Homemade Babyfood. Apa yang istimewanya tentang biskut bayi ini, salah satu kandungan di dalamnya ialah Chicken Bone Broth.



Banyak khasiat dan manfaat yang boleh didapati daripada Chicken Bone Broth dan ternyata ianya sangat bagus untuk perkembangan bayi seperti yang dinyatakan oleh Dr Suriyakhatun merupakan Doktor Perubatan Homeopathy. Kelebihan lain yang ada pada biskut bayi ini ialah tidak terlalu gebu dan tidak mudah hancur. Seawal 7 bulan bayi dah boleh mencuba Bone Broth Cookies ini walaupun belum ada gigi. Terdapat 3 pilihan rasa iaitu kurma yang menjadi best seller, kemudian apricot raisin dan yang terakhir adalah avocado cheese.

Ketiga-tiga biskut bayi ini diadun menggunakan bahan yang berkualiti seperti unbleach flour, anchor unsalted butter, puree buah sebenar, tepung jagung dan juga Chicken Bone Broth.


Yang baru merancang percutian atau yang tengah bercuti, boleh je dapatkan Makanan bayi keluaran Rush Baby Food ini daripada agen-agen berdekatan anda atau dari butik-butik baby terpilih seperti Tateh, One Baby World, Yons dan banyak lagi. Boleh juga layari terus Facebok dan Instagram Rush Baby Food HQ untuk dapatkan info lebih lanjut.

Contact: 0199559334

Sunday, September 22, 2019

Itinerary 3 Hari 2 Malam Di Hat Yai Thailand | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Sha berpeluang untuk bercuti bersama keluarga di Hat Yai, Thailand. Terlebih dahulu Sha nak ucapkan terima kasih encik suami kerana belanja Sha dan anak-anak bercuti. Ewaah-ewahh ada penghargaan pulak ya. Akhirnya, kali pertama pasport Adik Nur bercop ! Kami berada di sana pada 12 September 2019 hingga 14 September 2019 dengan menaiki kereta sendiri.

Hari Pertama Di Hat Yai Thailand

Pada jam 3.00 pagi Sha sekeluarga bertolak dengan kereta sendiri dari Batu Gajah, Perak menuju ke Bukit Kayu Hitam, Kedah melalui lebuhraya. Lebih kurang jam 6.00 pagi suami Sha berhenti istirehat sebentar di R&R Gurun sementara Sha menguruskan Adik Nur untuk mandi dan tukar baju. Selepas selesai uruskan Adik Nur, Sha mengambil alih pemanduan ke Bukit Kayu Hitam memandangkan suami Sha mengantuk dan mahu berehat lagi.

Tempat Menarik Di Hat Yai Thailand


Lebih kurang jam 8.00 pagi kami sampai ke sempadan Malaysia-Thailand dan keadaan trafik mudah sahaja mungkin kerana kami masuk pada hari biasa dan tidak sesak. Sebelum ke sempadan pastikan korang dah siapkan insurans dan kad putih. Macam Sha suami dah buat awal-awal sebelum pergi jadi tak perlu singgah ke mana-mana untuk urusan insurans. Tapi korang jangan risau kerana dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam, korang akan nampak beberapa kedai untuk urusan insurans dan kad putih di kawasan Changlun Kedah di tepi jalan sahaja yang telah dibuka awal pagi. Pastikan korang jangan tertinggal pasport, geran kereta.

10.00 pagi Sha terus sarapan chabura dim sum seperti mana yang selalu tengok kawan-kawan blogger lain cuba, Sha pun tak ketinggalan nak mencuba makan di sini. Sebelum ke sini Sha ke kedai barangan motorsikal terlebih dahulu memandangkan suami ada barang motorsikal nak dicari.



Alhamdulillah semasa kami ke sini kedai masih lengang, hanya 1 2 meja sahaja yang ada orang. Jadi senanglah kami nak memilih koleksi yang ada. Untuk piring kecil harganya 15 baht manakala yang besar sikit tu 20 baht. Jumlah hangus kat sini 4++ baht termasuk sepinggan nasi goreng untuk anak-anak.


Jika sebelum ini Sha pernah mecuba Miang Kam di pejabat tapi kali ini Sha sengaja nak mencuba Miang Kam dari Thailand sendiri, memang Sha habiskan semua sebabnya suami cuba tapi dia tak berapa boleh terima daun kaduk dari dulu lagi. Harga 1 set Miang Kam ni adalah 40 baht.

11.30 pagi Sha ke Lee Garden Mall selepas cubaan untuk check in awal dibatalkan kerana nak masuk awal 1 jam sebelum kena tambah 100 baht jadi kami jalan dulu ke Lee Garden Mall tapi sekadar cuci mata. Agak lain macam pusat beli belah di sini kerana kita akan melalui sistem imbasan badan, beg pun kena periksa dan bonet kereta pun dibuka. Masuk tempat parkir kereta di sini pun percuma patutlah tak banyak kereta di luar bangunan.


12.00 tengahari Sha berjalan kaki ke Kim Yong Market dari Lee Garden Mall tapi masa itu banyak kedai mula nak tutup jadi tak lama sangat kami jalan.

1.00 petang Check In di PM Residence Hotel untuk berehat terlebih dahulu memandangkan badan dah penat dari jam 3.00 pagi dalam kereta dan bergerak ke sana sini. Jadi suami ajak berehat cas tenaga terlebih dahulu sebelum berjalan-jalan lagi.

3.00 petang gerak ke Songkhla.

4.00 petang. Selepas 1 jam perjalanan Sha dan keluarga dari pekan hat yai Songkhla kami ke Tang Kuan Hill terlebih dahulu. Masa kami pergi ke sini memang tak ada orang jadi kami banyak relax sambil menikmati pemandangan Bandar Songkhla dari atas bukit, selain bandar korang boleh menikmati pemandangan laut tapi Sha pergi dikala masalah jerebu melanda jadi pemandangan kurang menarik.


Untuk ke Tang Kuan Hill senang sahaja, korang cari Tang Kuan Hill Station selepas Samila Beach. Hati-hati kat sini banyak monyet. Mula-mula rancang nak ke sini Sha risau juga takut kena memanjat, kemungkinan suami tak nak naiklah kalau kena mendaki tapi jangan risau awal-awal Sha dah selidik untuk naik bukit ini ada lift disediakan. Untuk tiket masuk ke bukit ini adalah 100 baht iaitu 30 baht untuk dewasa dan 20 baht untuk kanak-kanak.


Dari atas Bukit Tang Kuan ini korang boleh tengok pemandangan sekitar Bandar Songkhla dan pemandangan laut tapi sayangnya musim jerebu jadi tak nampak pemandangan indah sepenuhnya.

5.00 petang kami ke Samila Beach. Korang tahu tak apa yang mengkagumkan Sha bila menjejakkan kaki ke Hat Yai? Kagum kerana kebersihan persekitarannya, walaupun pantainya ada juga jualan makanan tapi tak jumpa pun lidi sosej! Selepas selesai menikmati pantainya kami gerak balik ke Hat Yai kembali.


7.30 petang kami makan malam di Kod Cai Decha, antara kedai yang banyak review. Sebenarnya kami nak balik ke hotel terlebih dahulu tapi rasa macam badan dah penat, semua pun dha lapar jadi kami cari makan malam dahulu sebelum balik bilik. Ok, makanannya kebanyakan 100 baht ke atas setiap satu menu...fuhhh...( Sha tak snap gambar pun )

8.30 mlm balik rehat.

Untuk korang yang merasai khidmat urut di Hat Yai masa ini bolehlah luangkan masa cari pusat urut yang memang banyak pilihan.

Hari Kedua Di Hat Yai Thailand

8.30 pagi ke Kim Yong Market menaiki tuk tuk. Sebab naik Tuk Tuk ? Sebab malas fikir pasal tempat parking dan anak-anak teringin nak naik bila tengok orang naik tuk tuk. Tambah pula macam tak lengkap pula ke Hat Yai tak naik kenderaan awam yang disediakan. Dari PM Residence kami hanya beritahu kaunter depan dan pihak hotel yang hubungi tuk tuk untuk kami. Naik Tuk Tuk dengan bayaran 60 baht sehala untuk kami 4 orang.


10.00 pagi balik rehat di hotel

11.00 pg gerak ke Central Festival Hat Yai, pusat beli belah terbesar di Hat Yai. Memang besar dan macam-macam jenama antarabangsa ada di sini. Sedia duit banyak-banyak jela kalau nak shopping kat sini sebab apa kalau tengok barang pun banyak barang yang Sha suka ada di sini tapi tak ada di pusat beli belah yang ada di tempat tinggal Sha.

12.00 tengahari Sha ajak suami gerak ke Stainless Steell Pagoda. Sha tak tahu tempat ini terletak di atas bukit pun, hahahaha.. tapi dah sampai kaki bukit barulah perasan pagoda ini terletak di atas bukit, jadi memanjatlah kereta kami hari itu. Kami tak lama kat sini, habis bergambar terus turun.


1.00 petang ke Masjid Pusat Songkhla. Terdapat beberapa bas rombongan yang singgah solat Zohor di sini.


2.00 petang ke Khlong Kae Floating Market. Selepas cari cari parking kami rehat sekejap kerana 2.30 diaorang baru buka kedai. 2.30 petang kami makan, dalam pukul 3.30 petang cantik la kot kalau nak datang sini sebab masa itu baru semua sampan bukak kedai.


4.00 petang balik ke hotel. Jalan-jalan bawak anak ni memang cepat penat sikit kot..huhuhhu...tambah Abang Zaryth dan Adik Nur asyik bergaduh je..ahahaha... tambah pula keadaan jerebu panas ni lagilah.



5.00 petang Sha curi masa ke dobi layan diri. Dobi ada dekat hotel sahaja jadi kita jalan kaki sahaja. Lepak tunggu baju dengan Adik Nur je.

6.00 petang rehat je kat bilik.

8.00 malam keluar cari makan di  Asen Night Market. Yeah inilah baru syurga makan ! Ramai betul orang jadi terpaksalah berdiri sekejap sampai ada meja yang kosong untuk kami duduk. Tapi ! Ramai orang Malaysia yang sedang makan pun..huhuhuhu...

10.00 malam balik hotel. Rehat dan tidur.

Hari ketiga Di Hat Yai, Thailand

Bangun pagi kami cuma lepak hotel , mandi kolam hotel sahaja.

11.00 pagi kami terus check out dari hotel sarapan merangkap makan tengahari di Restoran Salma yang dicadangkan oleh rakan sekerja. Harga pun boleh tahan tapi sedap Nasi Lemak Ayam Somtam dia tuh, kali pertama makan nasi lemak dengan som tam agak masyuk juga.



12.00 tengahari kami ke Kim Yong Market beli kacang, singgah 7 Eleven beli air. Tak tahu kali ke berapa ke 7 Eleven sini. Sha bagi baki 150 baht pada suami untuk beli air di 7 Eleven, memang habis licin duit...huhuhuh

1.00 petang kami sampai ke Danok beli pulut ayam. Suami laa teringin sangat, lepas tu Sha lupa pulak ramai suruh beli daging panggang. Memang tak puas makan ! menyesal cakap kat suami beli 3 pun dah cukup ! ahahaha... beli Pulut Ayam ni buat bekal makan kat Penang..huhuhuh...tambah dengan bawang goreng rangup dia tuhh...fuhhh



1.30 petang keluar sempadan. Alhamdulillah lega bila dah masuk Malaysia.

Tuesday, September 10, 2019

Senarai 9 Tempat Menarik Di Besut Terengganu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini Sha luangkan masa untuk menyenaraikan tempat-tempat menarik yang ada di daerah kelahiran Sha iaitu Daerah Besut, Terengganu. Ramai kawan-kawan cakap Terengganu banyak tempat menarik tapi kadang-kadang Sha masih kabur apa yang menarik di tanah tumpah darahku ini, biasalah kita membesar di sini kita sudah biasa dengan persekitaran yang ada jadi tak terasa unik mungkin. Tapi bila sudah keluar daripada daerah sendiri dan berhijrah barulah kita tahu keistimewaan yang ada melalui rasa rindu. Pada kali ini Sha nak kongsikan apa yang menarik untuk korang kujungi terutamanya alam semulajadi yang sesuai untuk korang jadikan destinasi percutian korang.

Senarai Tempat Menarik Di Besut Terengganu Sesuai Untuk  Bercuti Bersama Keluarga.



1. Pantai Bukit Keluang Besut

Pantai Bukit Keluang Besut adalah tarikan utama yang boleh korang kunjungi jika berkunjung ke Besut Terengganu. Jika korang nak tahu, semasa zaman budak-budak remaja Sha sekeluarga kerap berkelah di sini kerana mak dan ayah suka makan ramai-ramai di pantai dan sama-sama buat aktiviti bbq. Pantai Bukit Keluang Besut amat sesuai untuk korang berkelah kerana berhampiran persisir pantai banyak pokok rhu yang boleh dijadikan tempat berteduh, pasir pantai yang terdampar juga amat lapang untuk beriadah bersama anak-anak kecil. Ketika Sha masih bertugas di daerah sendiri, Sha sempat beriadah bersama rakan sekerja dengan aktiviti hiking di Bukit Keluang , memang sangat menarik kerana di puncak Bukit Keluang korang boleh menikmati pemandangan yang sangat cantik dan segar. Pantai Bukit Keluang Besut juga kini meriah dengan aktiviti air seperti menaiki bot laju dan banana boat.


Kemudahan Yang Ada Di Pantai Bukit Keluang Besut

  • Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Awam Besut
  • Tandas & Bilik Persalinan Pakaian
  • Restoran
  • Taman Permainan
  • Gerai makanan
  • Surau
  • Parkir kereta



2. Pulau Rhu Besut Terengganu


Tarikan baru pada Sha kerana Sha baru sahaja berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Rhu ini semasa pulang bercuti ke kampung baru-baru ini. Peluang ke Pulau Rhu Besut ini selepas adanya aktiviti bot laju dan banana bot yang membawa penumpang mengelilingi Pulau Rhu dan boleh mandi-manda di sana sehingga jam 6.30 petang. Pulau yang boleh disifatkan masih dara ini amatlah disarankan untuk pengunjung menjaga kebersihannya, di sana disediakan guni untuk korang membuang sampah. Mungkin persekitarannya yang mempunyai banyak pokok rhu maka dipanggil Pulau Rhu.


3. Pulau Perhentian Besut Terengganu


Siapa tak pernah dengar tentang Pulau Perhentian bukan? Antara pulau yang cantik ada di Negeri Terengganu. Agak lama Sha tidak menjejak kaki ke sana, tetapi kenangan masih segar dalam ingatan. Pulau Perhentian tidak seperti pulau-pulau lain seperti Pangkot Pangkor yang kita boleh pusing-pusing dengan motorsikal atau kereta. Pulau ini sesuai untuk orang yang mencintai alam dan untuk yang mahu lari jauh dari kesesakan kota dan hutan konkrit. Nikmatilah air laut yang jernih, chalet yang menarik (hati-hati pilih pakej) dan keindahan dasar laut.

Kolam Air Panas Di Besut Terengganu



4. Kolam Air Panas La Hot Spring Besut

Sumber : Google

Besut bukan sahaja kaya dengan pantai dan laut tetapi juga alam semulajadi lain seperti lata dan air terjun juga kolam air panas. Agak lama juga Sha tidak berendam di kolam air panas semulajadi La Hot Spring ini. Jika ke sini korang jangan risau jika bawa anak-anak, maklumlah tak kan nak bagi anak-anak berendam air panas kan? Selain kolam air panas, di sini juga ada sungai yang sejuk airnya. Ibu bapa boleh berendam bersama anak-anak dan ahli keluarga lain. Sha pun biasanya akan bawa makanan dari rumah dan berkelah di sini beramai-ramai, boleh bawa tikar dan duduk di pondok jika masih ada kekosongan. Sha pernah menyertai program kerja di sini, kami menerokai Lata Berangin yang agak tersorok dan perlu hiking untuk sampai ke sana.

Kolam Air Panas Di Besut Terengganu


5. Lata Kolam Air Deru Ecopark

Sumber : Facebook Lata Kolam Air Deru Ecopark

Sha belum berpeluang sampai ke sini kerana ianya agak jauh dari rumah berbanding ke pantai tetapi memang agak menarik dengan kemudahan yang ada di sini. Antara kemudahan yang ada di sini adalah chalet, tapak perkhemahan dan aktiviti seperti memanah, ATV dan lain-lain. Korang boleh kunjungi Facebook Lata Kolam Air Deru Ecopark untuk maklumat lebih lanjut.

6. Kota Putera Paragliding Park, Bukit Bubus Besut Terengganu

Sumber : Facebook Kota Putera Paragliding Park

Sha ingatkan aktiviti sudah tidak wujud tetapi semasa berada dalam bot perjalanan pulang dari Pulau Rhu ke Pantai Bukit Keluang Sha dapat melihat payung terjun sedang turun barulah Sha sedar aktiviti itu masih ada. Korang boleh layari facebook Kota Putera Paragliding Park untuk menghubungi mereka.


7. Lata Belatan Besut, Terengganu

Sumber : Facebook

Antara lata yang Sha suka bila balik kampung adalah Lata Belatan Besut Terengganu. Lata ini terletak di kaki Gunung Tebu. Jika ke sini juga sesuai untuk keluarga yang punya anak-anak untuk bersantai bermain air sungai kerana bahagian bawahnya juga jernih itdak terlalu berbatu, manakala orang dewasa bolehlah mendaki ke atas untuk lebih mencabar dan air lebih dalam. Lata Belatan juga selalu menjadi pilihan untuk sekolah mengadakan aktiviti perkhemahan.

8. Desa Ukir Kayu Besut Terengganu


Selain mandi manda di Besut juga korang boleh mengunjungi Pusat Desa Ukir Kayu. Pembinaan Desa Ukiran Kayu (DUK) adalah manifestasi kepada "Besut Daerah Ukiran Kayu" Yang Telah Di Istiharkan Pada 12 Ogos 1999 Iaitu Sebagai Pengiktirafan Ke Atas Pengukir - Pengukir Kayu Yang Tersohor Di Daerah Besut Seperti Che Long Bin Yusof, Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) Hj Wan Su Bin Othman (Tokoh Seni Negara 1997) Abd.Rahman Long , Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003, Adiguru Kraf 2007) Dan Norhaiza Bin Nordin.

Desa Ukiran Kayu Di Bina Di Kawasan Istana Tengku Long Yang Di Bina Oleh Tengku Chik Haji Bin Tengku Hitam , Raja Besut Ke Empat Pada Tahun 1875. Istana Ini Di Bina Dengan Di Hiasi Oleh Ukiran Kayu Yang Menarik Dan Mengagumkan. Sha memang kagum dengan persekitaran di sini kerana Sha kerap juga ke Istana Tengku Long semasa zaman kanak-kanak kerana arwah ayah berkawan baik dengan keturunan istana yang masih ada.

Desa Ukiran Kayu Ini Merupakan Senibina Rumah - Rumah Baru Dan Lama Yang Mengekalkan Senibina Tradisional Untuk Pusat Dinamik Perusahaan Kraftangan Terutamanya Seni Ukiran.Desa Ukiran Kayu Ini Di Bina Pada Awal Tahun 2005 Dan Siap Pada Bulan Jun 2007 Serta Dibuka Dengan Rasminya Pada 21 Februari 2008.


Apa lagi? Jika korang berkunjung ke Besut Terengganu bolehlah korang ke tempat-tempat berikut. Besut sebuah daerah yang terletak di Negeri Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan jadi dari sini korang juga boleh ke Kelantan  atau mengunjungi Negeri Terengganu sendiri kerana ianya bersebelahan. Baru-baru ini kawan pejabat mahu ke Pulau Perhentian jadi Sha syorkan kepada mereka untuk ke Kelantan dahulu sebelum ke Pulau Perhentian jadi dia bolehlah mengenali kedua-dua negeri.
Layan Nasi Arab Di Hayyan Garden Cafe Ipoh, Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Siapa kat sini peminat Nasi Arab? Kalau minat kita boleh geng ! Bila sebut nasi arab tiba-tiba Sha teringatkan kawan-kawan pejabat dulu, kami selalu kongsi-kongsi maklumat bila masing-masing ke sesebuah kedai makan terutamanya kedai makan sekitar Ipoh. Nasi Arab adalah merupakan antara  salah satu menu kegemaran Sha sekeluarga jadi tentunya akan teringin nak merasa di kedai berlainan. Seperti biasa kalau dah tak ada idea nak makan mana mesti parking kereta tepi jalan dulu ataupun sebelum keluar rumah dah cari tempat makan best di Ipoh dalam facebook atau carian google. Selepas bincang-bincang kita buat keputusan untuk mencuba Nasi Arab di Hayyan Garden Cafe yang terletak di Meru Ipoh Perak.

Restoran Nasi Arab Di Ipoh, Perak


 

Lokasi Hayyan Garden Cafe ini pada Sha senang nak jumpa kedainya kerana ianya terletak di belakang Petronas Bandar Meru Ipoh. Apa yang Sha suka bila pilih makan di kawasan Meru Ipoh? Di sana lepas makan kita boleh pusing-pusing bulatan meru dihadapan Cuasarina @Meru Ipoh yang sememangnya terkenal dengan pelbagai aktiviti terutamanya pada waktu malam yang meriah dengan kereta lampu-lampu, basikal yang boleh disewa juga boleh hampar tikar di padang yang ada sambil tengok anak-anak berlari-lari berkejaran sesama mereka.


Encik suami kita kalau dapat nasi arab memang puas hatilah, Abang Zaryth pun tak pernah tak licin pinggan dia bila dapat makan nasi arab.


Pilihan Menu Dan Harga di Hayyan Garden Cafe

 

Jika korang boleh nampak dalam menu di atas, korang boleh pilih sama ada hidangan untuk seorang makan atau hidangan untuk dua orang dan ke atas dengan harga tertentu. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Selain nasi arab restoran ini juga menyediakan hidangan barat jadi korang yang tak makan nasi arab masih ada pilihan menu lain.




Set Menu Hidangan Keluarga / Menu Set Nasi Arab

 

Pilihan Sha sekeluarga adalah Set Nasi Mandy Ayam yang mempunyai 4 ketul ayam whole leg dan nasi yang kuantitinya sesuai untuk hidangan seramai 4 hingga 5 orang. Untuk set ini disediakan air satu jug sama ada mahukan air teh 0 ais atau sirap ais, Sha pilih teh 0 ais. Kami makan 4 beranak nasi memang banyak, tapi habis kecuali ayam boleh bawak balik seketul sebab semua tak larat nak habiskan.

Korang boleh baca juga review Sha :


 

Hayyan Garden Cafe boleh dikatakan antara salah satu  makanan arab yang sedap di Ipoh kerana nasinya yang gebu lembut dan ayamnya tidak kering, juicy gitu. Maka tidak hairanlah restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Tempat makan juga selesa korang boleh pilih sama ada mahu makan dalam suasana luar atau dalam yang berhawa dingin. Kebetulan masa Sha berada di sana ada keluarga yang menyambut hari lahir ahali keluarga mereka, pekerja restoran siap sedia menyambut mereka makna kat sini korang boleh tempah untuk sambutan hari istimewa koranglah.

Apalagi? Kalau ke Meru Ipoh Perak bolehlah singgah makan di sini bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Sunday, September 08, 2019

Menyambut Ulang Tahun Kerja Untuk Tahun Ke- 11 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. 14 Ogos 2008 adalah hari lapor diri Sha dan memulakan perkhidmatan di dalam agensi sekarang. Saban tahun kami tidak melupakan tarikh yang dipateri dalam memberi khidmat dalam tugas yang diamanahkan. Tahun 2019 adalah tahun ke-11 kami berkhidmat, kebetulan 15 Ogos 2019 pejabat Sha mengadakan sedikit jamuan untuk doa selamat di atas beberapa rakan yang diuji kesihatan, kesejahteraan untuk rakan sekerja yang akan bersalin tak lama lagi dan secara umumnya kesihatan semua pegawai dan kakitangan. Sha dan rakan-rakan yang satu tarikh pengambilan berpakat untuk membeli sebiji kek sebagai simbolik sambutan hari kami. Walaupun ini adalah pejabat ketiga Sha dan mereka bukan satu pejabat pertama Sha tetapi kami tetap seangkatan.



Sebenarnya tak ada rancangan untuk beli kek, tapi saat-saat akhir Sha keluar beli jugak sebijik sebelum majlis bermula. Nasib baik ada Living Bread Bakery Seri Iskandar boleh terus pilih dan beli siap tulis-tulis sikit atas kek. Sejak terpikat dengan kek ini Sha beli kek untuk hari lahir Abang Zaryth dan Adik Nur pun di sini juga.

 

Muka punyalah seronok dapat potong kek. Tua dah weiiii... Nasib baik pilihan kek kali ini semua kawan-kawan suka iaitu Kek Coklat Mouise. Dulu masuk kerja bujang lagi sekarang anak pun dah ada 2 orang.

 

Haii..kami geng 1 batch... termasuklah suami ku kat belakang tuhh..ehehehe.. Kalau pejabat awal kerja Sha dulu 1 pengambilan seramai 12 orang dan merupakan pengambilan paling ramai semalaysia. Dulu semuanya masuk bujang-bujang semuanya sekarang semuanya sudah mempunyai keluarga sendiri. Marilah kita tua bersama-sama ya kawan-kawan.


Juadah pada hari itu adalah Nasi Beriyani Ayam dengan kari telur rebus dan papadom. Sup daging tu Sha dapat daripada Puan Leani sebab tegur dia punya status masak sup kegemaran Sha jadi dia bawakan untuk Sha sebekas, rezeki Sha hari itulah...Ahamdulillah.

Semoga kami dapat teruskan perkhidmatan sehingga akhirnya walaupun mungkin kerja seperti ini tak semua orang faham. Semoga kami kuat dalam menghadapi kerenah dalam dunia kerjaya kami.

Tak perasan entry ni dah taip awal tapi tak siapkan dan siarkan. Alang-alang dah buatkan Sha kongsikan jugaklah. Terima kasih sudi baca.

Friday, September 06, 2019

Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut, Terengganu | Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua. Alhamdulillah cuti merdeka baru-baru ini Sha balik kampung di Besut, Terengganu. Kalau korang nak tahu apa yang paling seronok balik kampung adalah dapat menikmati angin pantai  yang menjadi tarikan pelancong ke Negeri Terengganu. Daerah Besut juga tidak ketinggalan memiliki pantai yang cantik untuk diterokai dalam hal pelancongan iaitu Pantai Bukit Keluang.


Jika dahulunya Pantai Bukit Keluang tidak punya apa-apa cuma hanya ada pantai dan ada laluan diperbuat daripada kayu di tepi Bukit Keluang sendiri tapi kini semuanya sudah roboh mungkin kerana dipukul ombak setelah bertahun-tahun. Tahukah tarikan terbaru di Pantai Bukit Keluang ? Daerah Besut yang sememangnya terkenal dengan Pulau Perhentian yang menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negeri tapi kini melalui perkhidmatan bot di Pantai Bukit Keluang korang berpeluang menikmati sebuah yang masih bebas daripada pembangunan iaitu Pulau Rhu yang mengambil masa hanya sekitar 7 minit dari Bukit Keluang.

Tempat Menarik Di Besut : Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu, Besut Terengganu


Kalau korang nak tahu, semasa kecil Sha dan keluarga kerap juga berkelah di persisiran Pantai Bukit Keluang ini, sambil bakar-bakar ayam boleh mandi-manda. Sehingga kini masih ramai ibu-bapa yang membawa anak-anak mereka beriadah di Pantai Bukit Keluang tambah pula dengan penambahan prasarana di sini. Tapi kali ini Sha ingin berkongsi tentang perkhidmatan bot dari Pantai Bukit Keluang ke Pulau Rhu. Untuk ke Pulau Rhu selain menaiki bot laju biasa  kita juga boleh menaiki Banana Boat. Jika korang mahu membawa anak-anak seperti Sha sendiri, Sha mengambil perkhidmatan bot laju kerana umur mereka belum sesuai untuk menaiki Banana Boat. Korang faham-faham jela macam mana rupa Banana Boat kan?



Bayaran Sewa Bot Laju Dan Banana Boat Di Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu

Jika korang teringin nak ke Pulau Rhu untuk bawa anak-anak merasai pengalaman naik boat korang boleh sembang-sembang dengan abang kakak yang menyediakan perkhidmatan ini, mereka ada menanti pelanggan di pondok-pondok kecil diperbuat daripada kayu di persisiran pantai. Pondok mereka hanya bersebelahan dengan Menara Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Awam Pantai Bukit Keluang sendiri. Harga untuk menaiki bot dan banana bot adalah RM 15.00 setiap orang dewasa dan RM 10.00 untuk kanak-kanak.


Persediaan Untuk Ke Pulau Rhu, Besut Terengganu


1. Sebelum ke Bukit Pantai Keluang korang pastikan korang memakai pakaian yang sesuai kerana korang mungkin basah semasa menaiki dan menuruni bot kerana di sini tidak ada jeti, jadi korang perlu berjalan dalam air untuk menaiki dan menuruni bot.

2. Jika korang ada nak bawa beg, pastikan beg korang kalis air adalah lebih baik. Sha sendiri belajar kerana Sha bawa beg tak kalis air jadi kena angkat tinggi-tinggi, ahahaha.. maklumlah kita tidak tahu keadaan air macam mana.

3. Jika korang ke Pulau Rhu pastikan korang jangan membuang sampah merata-rata, sama-samalah menjaga kebersihan. Di sana telah disediakan guni-guni untuk membuang sampah di persisiran pantai, sayangilah alam semulajadi kita.

4. Boleh berpakat dengan rakan-rakan korang jika ingin merakam gambar di Pulau Rhu bolehlah letakkan rakan korang yang penakut nak naik banana boat untuk menjadi jurugambar korang di atas bot yang tarik banana boat korang. Dalam perjalanan mengelilingi Pulau Rhu, pemandu bot akan berhenti di satu lokasi cantik untuk bergambar dengan pemandangan cantik, air kebiruan sebelum korang ditinggalkan di Pulau Rhu untuk mandi manda atau berkelah.

5. Kalau dah basah jangan lupa bawa baju tukar, jangan risau tandas dan bilik persalinan di sediakan di Pantai Bukit Keluang, bersebelahan parkir kenderaan.



Apa macam? Pada yang dah lama tak balik kampung tu nanti balik jangan lupa berkunjung ke Pantai Bukit Keluang kerana di sana korang bukan hanya boleh hiking, bergambar dengan mural dan berkelah sahaja sekali sekala bolehlah lepaskan tekanan menikmati lonjakan dalam bot laju. Paling seronok Abang Zaryth dan Adik Nur yang tak menunjukkan ketakutan langsung! Memang anak ibu..aahhahaha.

Follow Us @shalimarmohdyusof