Tuesday, August 27, 2019

Bagaimana Nak Bercuti Dengan Bajet Kecil ? Boleh Sahaja Dengan Beberapa Tips Percutian Bajet


Bagaimana Nak Bercuti Dengan Bajet Kecil ? Boleh Sahaja Dengan Beberapa Tips Percutian Bajet | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas satu bulan lebih memegang amanah menanggung kerja rakan sepejabat yang sedang mengambil cuti bersalin akhirnya Sha sudah boleh mula bercuti maklumlah kalau tanggung kerja tidak boleh bercuti selama 28 hari dari tarikh mula tanggung kerja. Sejak berkeluarga Sha dan suami akan memastikan setiap tahun akan ada percutian keluarga walaupun tidak jauh tetapi asalkan dapat menghabiskan masa bersama-sama di luar. Ramai yang takut untuk keluar bercuti kerana risaukan perbelanjaan yang tinggi walaupun sebenarnya kita sudah dapat mengira secara kasar kos percutian tersebut. Melalui pengalaman travel Sha yang kebanyakkannya adalah percutian bajet jadi Sha nak kongsi tips berdasarkan pengalaman Sha selama ini.

Tips Merancang Percutian Bajet


1. Pemilihan Lokasi Pelancongan
Mencari lokasi percutian yang anda impikan adalah memainkan peranan penting dalam menentukan bajet percutian anda. Tentukan sama ada anda mahu ke pulau, taman tema atau pusat peranginan. Pilih destinasi berdasarkan aktiviti disediakan seperti penginapan, kos pengangkutan, makanan dan lain-lain.

2. Tabung Pelancongan
Wujudkan tabung percutian. Tetapkan jumlah tabungan mingguan atau bulanan mengikut bajet percutian yang anda pilih. Sha sendiri biasanya akan ada satu tabung atau menyertai kutu tunai di pejabat. Cara ini bukan sahaja digunakan oleh tetapi juga rakan-rakan Sha yang lain.

3. Perancangan Perjalanan
Menyediakan perancangan perjalananan seperti tambah nilai Touch & Go ( boleh periksa kos tol secara online), tempat makan, tempat menarik yang anda mahu pergi sama ada memerlukan pembelian tiket masuk atau tidak. Jika setiap tempat itu ada pelbagai lokasi menarik, pertimbangkan dan bincangkan bersama keluarga anda.

4. Ketahui musim tempat pelancongan
Jika anda ingin ke luar negara, ketahui musim negara yang bakal anda jelajahi sama ada musim panas atau sejuk. Kalau sejuk mungkin belanja lebih tinggi kerana memerlukan persediaan lebih untuk membeli pakaian tebal ketika berada di sana.

5. Tempahan awal
Kebiasaanya bagi orang yang suka melancong jauh, mereka apa amat peka dengan promosi yang ada ditawarkan seperti promosi penginapan, promosi penerbangan. Jadi rajinkan diri anda untuk membuat sedikit kajian harga dan menempah awal.

6. Penginapan berdapur
Berdasarkan pengalaman juga setiap kali melancong, kos paling tinggi adalah kos makanan. Jadi jika ahli keluarga ramai anda boleh mencari penginapan yang mempunyai dapur seperti rumah inap atau apartment. Anda boleh berbincang dan berpakat untuk membeli bahan basah dan membuat aktiviti memasak bersama-sama.

Percutian Di The Cedar Villa Bidor Perak.
7. Tukar wang asing paling murah
Banyak perkhidmatan pertukaran wang asing di Malaysia ini. Anda boleh cari mana-mana cawangan tukar wang asing yang terdekat dengan anda dan pilih mana satu yang menawarkan kadar tukaran yang paling rendah, jadi bolehlah anda berjimat sikit.

Bercuti Di Medan, Indonesia
8. Bincang dengan ejen pelancongan
Antara negara yang teringin Sha nak pergi adalah negara Korea. Jadi Sha perlu mencari Pakej Percutian Ke Korea yang mana satu menawarkan pakej pelancongan paling menarik. Jika anda memilih untuk mengambil pakej anda  boleh berbincang dengan ejen pelancongan anda sendiri.

Bagi Sha dengan perancangan awal pastinya kita tidak ada alasan untuk tidak dapat melancong ke mana-mana kecuali ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sesetengah orang menganggap percutian yang gah adalah bercuti di tempat mahal tapi pada Sha percutian yang menggembirakan adalah yang paling penting.

2 comments:

  1. Bestnya Korea. Bersuti mana-mana pun tak pe, asalkan masih dalam bajet dan semua happy.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof