Monday, July 29, 2019

4 Variasi Beautea By Safi Produk Baru Safi Dengan 100% Ekstrak Premium Daun Teh | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Wahhh...Meriah betul di media sosial tengok kawan-kawan berkongsi produk baru daripada safi maklumlah produk kali ini adalah variasi pembersih muka yang sememangnya adalah keperluan asas rutin setiap orang.. Ehhh.. ada ke orang tak cuci muka. Sha walaupun tak mengenakan make up ke mana-mana tapi tetap cuci muka sebabnya bila kita kerja seharian, tak tahu apa kotoran hinggap di muka lepas tu lagi teruk kalau kulit muka berminyak memang tidak selesa. Lepas cuci muka pasti akan rasa lebih segar dan selesa. Untuk pengetahuan korang Sha adalah pengguna setia pencuci muka safi sejak Sha pandai belek muka ni..huhu.. Sekarang safi keluarkan pencuci muka baru dengan pilihan 4 variasi jadi Sha agak terujalah nak mencubanya.

4 Variasi Beautea By Safi Produk Baru Safi Dengan 100% Ekstrak Premium Daun Teh


😍 Apricot Tea Revitalising Face Scrub - Untuk Semua Jenis Kulit
😊 White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser - Sesuai untuk kulit kering
😻 Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser - Sesuai untuk kulit sensitif
😘 Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser - Sesuai untuk kulit normal


Daripada 4 pilihan diatas Sha sudah mencuba 2 daripadanya satu skrub dan satu pencuci iaitu Apricot Tea Revitalising Face Scrub dan White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser. Sebelum Sha kongsi pengalaman menggunakan skrub dan pencuci safi ini, Sha nak cerita sikit kelebihan semua produk baru berbanding produk sebelum-sebelumnya. Beautea Safi dari ekstrak teh premium yang menyegarkan dan gabungan bahan-bahan semulajadi yang terbaik yang dibentuk untuk memerangi kesan negatif dari pencemaran, tekanan dan kosmetik dengan manfaat Anti PM 2.5 untuk kulit yang sihat.

Kelebihan Produk Beautea By Safi

* Diuji secara dermatologi
* Bebas alkohol
* Bebas Paraben
* Bebas SLS / SLES
* Bebas Silikon


Beautea By Safi -  White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser

 

Sha agak suka dengan White Tea & Damask Rose kerana ia gel pembersih yang lembut dan bebas sabun ini sangat membersihkan liang yang tersumbat dan mengeluarkan kekotoran. Rumusan White Tea & Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengurangkan saiz liang-liang roma kita. Paling best dahla lembut, buih pun boleh tahan sebabnya Sha kalau nak cuci muka kena ada buih barulah syok. ehehee...


Beautea By Safi - Apricot Tea Revitalising Face Scrub

Produk yang paling Sha suka adalah Apricot Tea Revitalising Face Scrub kerana apabila kita menyebut tentang skrub pastinya lebih ianya membersihkan terutamanya liang dan menggosok tanpa mengeringkan kulit. Dirumus dengan gabungan daripada ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan dan membantu memulihkan tekstur kulit licin untuk kulit yang cerah & berseri. Jadi Sha pasangkan dengan White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser untuk mendapatkan kesan yang lebih baik untuk kulit Sha.

 
Kalau korang nak dapatkan beautea by safi ini korang boleh berkunjung terus ke mana-mana cawangan watsons berhampiran korang. Jika kawasan korang jauh nak ke watsons korang boleh beli secara online di website watsons sahaja.

Friday, July 26, 2019

Jangan Tertukar Cara Baca Pregnancy Test & Drug Test | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca tersayang. Jangan pelik dengan tajuk entry Sha pada hari ini kerana Sha hanya ingin berkongsi pengalaman apabila bertugas sama ada di pameran antidadah atau semasa berurusan dengan jabatan lain yang memerlukan ujian saringan air kencing pegawai dan kakitangan juga berhadapan dengan pelajar dan orang awam masih ada yang tidak kenal dan tidak tahu membaca kertas jalur saringan ujian air kencing yang ada.

 
Kertas jalur ujian saringan dadah dalam air kencing

Kertas jalur ujian dadah diatas berlabelkan mengikut jenis atau kategori dadah. Contoh diatas adalah mewakili jenis dadah Morfin (MOP), TetrahydroCannabinol (THC), Methamphetamine (METH), Amfetamin (AMP) . Untuk mendapatkan bacaan bagi kertas jalur ujian dadah ini adalah dengan mencelup bahagian bawahnya ke dalam air kencing dan di bahagian CT akan menunjukkan perubahan selepas tindak balas. Jika 2 jalur hadir ia menunjukkan keputusan saringan adalah negatif manakala jika hanya 1 jalur yang ada ianya adalah positif.

Kertas jalur ujian kehamilan

Kertas jalur ujian pula adalah bertentangan dengan bacaan jalur kertas ujian saringan dadah. Dengan cara yang sama tetapi jika tindak balasnya mengeluarkan 2 jalur.. TAHNIAH ! InsyaAllah 9 bulan nanti bayi comel akan hadir dalam hidup. Jika 1 jalur sahaja korang boleh cuba lagi, sabar tau.

Jadi korang jangan keliru selepas ini, keputusan ujian air kencing untuk kedua-dua tujuan ini adalah bertentangan jalurnya. Setiap kali ujian urin dijalankan ke atas korang, korang wajib untuk melihat sendiri proses ujian dijalankan kerana ianya merupakan prosedur dan hak korang untuk memastikan ujian dijalankan secara telus.

Di sini suka Sha ingatkan peliharalah diri masing-masing, peliharalah orang-orang tersayang kita daripada terjebak dengan gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah ini. Dadah memang tidak mengenal korang siapa, pendidikan tinggi mana, kerja apa, umur berapa, latar belakang macam mana. Hal ini berdasarkan statistik yang ada wujud pelbagai latar belakang. Asalnya kehidupan bermula dengan baik kemudian tersalah langkah dihujung usia pun tidak terkecuali. Semoga kita, keluarga dan semuanya dipelihara daripada gejala tidak sihat dan hidup secara sihat jauh daripada anasir tidak baik.

Pada yang sudah terlibat cubalah kurangkan pengambilan dan terus berusaha untuk menjauhi dadah dan pengaruh rakan lain. InsyaAllah korang boleh, kepulihan korang adalah sepanjang hayat bukan suatu yang mudah. Pokok pangkalnya kemahuan korang sendiri untuk berubah, orang sekeliling yang menasihati hanyalah sokongan.
Lirik Lagu Selamanya Oleh Penyanyi Usop | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sedang asyik melayan Suria fm ketika dalam perjalanan ke tempat kerja Sha terlayan sebuah lagu yang tak pernah Sha dengar sebelum ini. Suaranya Sha tak berapa kenal tetapi jiwangnya seakan lagu lama, mungkin sesuai untuk orang yang sedang dilamun cinta dan sedang menghadapi ujian percintaan. Pendek kata lagu ini pada Sha adalah suatu rintihan jiwa.. ewaahhh.. Bukan selalu Sha nak layan lagu jiwang macam ni pada umur-umur sebegini, tapi tak salahkan sekali sekala lagipun melodinya agak sedap dan suara Usop pun memang sedap.

Lirik Lagu Selamanya-Usop


Puas aku utuskan surat cinta
Namun kau balas dengan derita
Mengapa tidak kesampaian
Untuk aku milikimu

Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Ku temui di taman fantasi

Hasrat aku hanya memilikimu
Bekejar di alam fana cinta
Senyummu tiada ternilai
Tapi semua hanya dusta

Tapi
Malam-malam indah kian bercelaru
Mendoakan agar kau temui cinta
Sampai hujung nyawa

Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Ku temui di taman fantasi

**********************************************************************
Amacam? Jiwang sedih tak lirik lagu dia? Putus cinta tapi salah seorang masih menyintai. Itulah perasaan yang cukup sakit untuk diterima. Perlu MOVE ON.

Thursday, July 25, 2019

Serum Dr.Beau Berkesan Untuk Membantu Merawat Kulit Kusam Dan Jeragat | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila bercakap tentang kulit, tidak kira kaum hawa malah kaum Adam juga sangat menitikberatkan kecantikan dan kesihatannya terutamanya kulit wajah yang menjadi tatapan pertama setiap kali berhadapan dengan sesiapa sahaja. Saat semakin menginjak usia Sha amat terkesan apabila kulit menjadi semakin kusam kerana Sha sejenis yang tidak mengenakan solekan ke mana-mana jadi Sha perlu menjaga kesegaran kulit wajah supaya lebih bermaya dan lebih yakin berhadapan dengan orang luar. Setiap kali ulang alik ke tempat kerja juga semestinya terdedah kepada cahaya matahari terus kepada kulit dan menyebabkan timbulnya jeragat jadi sebelum ianya menjadi lebih teruk Sha perlu mencari sesuatu untuk mengelak dan merawatnya dari awal.

Serum Dr.Beau Berkesan Untuk Membantu Merawat Kulit Kusam Dan Jeragat


Apakah penyelesaian kepada kulit kusam Sha? Sha memilih untuk menggunakan Serum Dr.Beau selepas melihat banyak testimoni berjaya kerana ia merupakan Vitamin E dari bahan herba semulajadi telah terbukti berkesan dan digunakan oleh ramai pelangan juga ramai selebriti. Paling penting Dr.Beau adalah produk yang mendapat kelulusan KKM.


Jenis Kulit Sha adalah kulit kering yang pastinya kelihatan kusam dan nampak tua dari usia. Kelenjar minyak yang kurang aktif kerana banyak terdedah kepada cuaca panas dan juga penghawa dingin ketika bekerja setiap hari. Selain itu kehadiran bintik-bintik hitam (freckles) garis hitam di sekeliling mata, pigmentasi dan muka kelihatan pucat dan tidak bermaya. Adakalanya Sha juga menghadapi hormon  tidak seimbang dan sering tumbuh jerawat di bahagian sekitar muka walaupun hanya sementara.

DR.BEAU MENGGABUNGKAN 6 MINYAK SEMULAJADI BERTINDAK UNTUK PELBAGAI JENIS KULIT.


  • ROSEHIP OIL


Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit. Kandungan Vitamin A berfungsi melawan pigmentasi. Mengatasi belas jerawat dan mencegah timbulnya jerawat.
  •  ARGAN OIL

Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

  • ALMOND OIL



Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka. Mampu membantu mengurangkan lingkar hitam bawah mata.

  • APRICOT KERNEL OIL


Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

  • WHEAT GERM OIL



Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral. Wheat Germ Oil didalam Serum Dr.Beau adalah untuk mengatasi kulit kering dan mencegah jerawat juga penuaan serta bersifat anti-oksidan.

  • EVENING PRIMROSE OIL


Evening Primrose Oil mengandungi Omega-3 asid lemak yang sangat baik untuk kulit yang sensitif dan ia menjadikan kulit segar dan selesa. Selain itu fungsinya adalah untuk merawat jerawat.


Kelebihan Serum Dr.Beau Dalam Membantu Merawat Kulit Kusam

Sha tertarik dengan semua kandungannya yang bagus dan paling bagus adalah ianya cepat meresap ke dalam kulit tambah pula tidak melekit walaupun berasaskan minyak. Serum DrBeau juga berbau harum dan wangi semulajadi membangkitkan rasa segar dan nyaman apabila memakainya.


Manfaat Penggunaan Serum Dr.Beau Secara Konsisten


✫ Menjadikan kulit lebih lembut dan anjal.
✫ Mengekalkan kelembapan pada kulit.
✫ Melambatkan proses penuaan dan kedutan.
✫ Merawat masalah kulit berjerawat dan berjeragat serta parut lama.
✫ Memudarkan parut jerawat.
✫ Mencerahkan kulit.
✫ Merawat masalah kulit kusam dan tona tidak sekata.


Korang juga boleh tengok pelbagai testimoni daripada pengguna Serum Dr.Beau dan tidak ketinggalan artis Malaysia juga ada yang menggunakan Serum Dr.Beau sebagai amalan kecantikan kulit mereka.


 








Cara penggunaan Dr.Beau juga amat memudahkan pengguna :



Bersihkan kulit muka anda, Setelah kulit bersih, titiskan Dr. Beau pada telapak tangan, kemudian, sapu dengan cara menggosok-gosok telapak tangan untuk membantu memudahkan penyerapan pada kulit.

Seterusnya, sapukan ke seluruh atau sebagian kulit muka hingga leher secara merata. Terutama, pada kawasan yang biasa terlihat garis-garis penuaan.

Setelah Dr. Beau disapu, dah boleh pakai bedak atau sunblok . supaya hasilnya lebih berkesan. Dr. Beau sebaiknya disapu waktu pagi dan malam . Pada waktu pagi, Dr. Beau digunakan untuk menjaga kulit dari udara kotor sepanjang siang manakala malam boleh merehatkan dan memulihkan kulit

Friday, July 12, 2019

Complete your home now with the Xiaomi Ecosystem | Get your hands on Xiaomi Ecosystem smart devices from Shopee at unbeatable prices. Xiaomi Ecosystem aims to provide you with long-lasting and stylish-looking gadgets that make life comfortable and convenient. Complete your home with smart devices from the Xiaomi Ecosystem without burning a hole in your wallet, only on Shopee! Imagine waking up to a home that is smart enough to know what needs to be done, where everything syncs and connects seamlessly, controlled with just a touch on your app. How nice! 


Want to enjoy a movie-theater experience in the comfort of your own home? Equip your home with a Xiaomi Mi TV 4A and Xiaomi Mi Soundbar to achieve that cinematic experience. Powered by 64-bit quad-core processor, the Xiaomi Mi TV can also be used as a computer monitor or a mobile phone screencast that will satisfy your gaming needs. Also, do not forget your wireless Xiaomi Smartmi Floor Fan to give you that quiet afternoon breeze with the ability to control 4 kinds of angles through your phone.

Fancy going outdoors to have some fun? The Xiaomi Mijia Electric Scooter Pro offers up to 45km of travel distance on a single charge with a maximum speed of 25km/h - a safe way to get around. Fans of roller skates can also check out the Xiaomi Segway Drift W1 E-skates that speeds up to 12km/h which is three (3) times faster than walking, and it is a great way to bond with the family.


Know your body better with Xiaomi Mi Body Composition Scale showing 10 precise body data such as weight, BMI and muscle mass. If you have your fitness goals, track your progress with the leader of fitness trackers, Mi Band 4. It is equipped with a 0.96-inch full colour AMOLED touch display and is 39.9% larger than the previous version. Mi Fit app records and analyses your physical activities and health data to help you get the most out of life. Run that extra mile when you have your jam on. Play your favourite music or be able to answer a phone call when you sync the Xiaomi Redmi AirDots Wireless Bluetooth Headset 5.0 with your handphone.

Pamper yourself with beauty tools such as the salon-level wind volume Xiaomi Zhibai Anion Blow Dryer, skin protecting Xiaomi Refresh H600 Beard Shaving Manual Razor or count on Xiaomi Doctor Bei IPX7 Waterproof Electric Toothbrush to give you that perfect smile. Chores are easy as 1, 2, 3 with the help of the smart Xiaomi Roborock S55 Smart Vacuum Cleaner to keep the floor clean and dust free. You can also opt for the wireless Xiaomi Mijia Handheld Vacuum Cleaner with 25Kpa powerful suction to efficiently capture the deep down dirt or hair at home or in the car.


Bringing the future to your doorstep, Xiaomi Ecosystem aims to provide you with long-lasting and stylish-looking gadgets that make life comfortable and convenient. Xiaomi’s smart devices are integrated with humanised intelligence where it would be able to analyse and perform as you would want them to with just a click on your Mi Home App. The Mi Home App allows users to remotely manage and communicate with their devices on functions such as checking battery life, controlling temperature, providing real time status and statistics updates and many more available on the Apple App Store and Google Play Store.

Shopee’s Lowest Price Guaranteed electronics collection page features gadgets, sports equipment, home appliances and more with the lowest price in the market. If you find similar items that are cheaper outside of Shopee, the Lowest Price Guaranteed feature ensures that you will be rewarded with 120% of the price difference. With this feature, you do not need to worry that you are not getting the best deals, because you are. Shopee Malaysia also offers free shipping and 0% Shopee installment plan. Shoppers can also shop with peace of mind now with Shopee Guarantee. If the user feels that there are any problems or dissatisfaction to their products, they can request for a refund. Terms and conditions apply.

Price markdowns are exclusively available on Shopee.


Product
Retail Price (RM)
Discounted Price (RM)
699
599
245
199
445
299
1399
1350
1249
1230
106
97
149
119
79
69.9
129
99
100
85
98
88
1350
1320
999
799
 

For more information on Shopee’s deals and promotions, kindly visit www.shopee.com.my

Thursday, July 11, 2019

MBH Medispa Kini Dibuka Di Seri Manjung, Perak | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila usia menganjak ke angka 30 an Sha sedar bahawa Sha memerlukan penjagaan kulit yang lebih daripada biasa. Hal ini disebabkan oleh kawasan tempat kerja Sha adalah antara bandar terpanas di Malaysia dan Sha sangat terasa bahang panas mempengaruhi kulit Sha. Beberapa tahun lepas Sha tertarik dengan maklum balas positif rakan-rakan tentang MBH Medispa ketika cawangan pertamanya di Perak dibuka iaitu di Ipoh. Akhirnya pada 29 Jun 2019 yang lepas Sha tidak melepaskan peluang untuk menyertai pembukaan cawangan kedua di perak iaitu MBH Medispa Seri manjung telah mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia dan kebanyakkannya di pantai barat & selatan malaysia. Manjung, Perak merupakan pilihan yang ke 20 dan juga cawangan kelima bahagian utara setelah mendapat permintaan tinggi untuk dibuka di kawasan tersebut.


Majlis pembukaan ini telah dirasmikan oleh penyanyi Osama Yamani yang juga merupakan anak kepada artis tekenal Jamal Abdillah yang turut memilih MBH sebagai pusat penjagaan wajah beliau. Anggaran 100 orang pelanggan hadir untuk mendapatkan sampel produk percuma penjagaan wajah dan rawatan percuma. Selain itu, pelanggan juga dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti menarik dengan hadiah-hadiah tajaan Dermaklair secara percuma


Dengan pengalaman selama hampir 10 tahun dalam industri spa dan estetik, MBH MediSpa kini dikenali sebagai salah satu pusat rawatan kecantikan bumiputera yang terkemuka di Malaysia. Nama MBH ialah singkatan Maya Beauty House dan MediSpa ialah gabungan perkataan Medical dan Spa. MBH didaftarkan pada tahun 2008 sebagai salah satu anak syarikat yang bernaung di bawah MOHA GROUP SDN BHD yang diasaskan oleh Puan Yaya Mohamad.


RAWATAN DI MBH MEDISPA SERI MANJUNG, PERAK

Di MBH MediSpa, setiap rawatan untuk pelanggan ditentukan selepas pelanggan menjalani sesi perundingan bersama pakar dan sesi analisis kulit wajah menggunakan mesin khas terlebih dahulu. Proses ini penting untuk mengenalpasti masalah kulit pelanggan. Rawatan yang dicadangkan pakar disesuaikan mengikut hasil analisis wajah. Korang jangan risau nak bertanya apa sahaja berkaitan masalah kulit kerana pakar yang ada memang  terlatih dalam bidang kecantikan. Antara masalah kulit yang memerlukan rawatan pakar adalah :

~ Masalah kulit berminyak ~ Masalah kulit kering ~ Masalah parut jerawat dan berlubang ~ Masalah kulit nipis dan sensitif ~ Masalah jerawat ~ Masalah jeragat


Bila umur makin meningkat ni nampak jugalah perbezaan pada kulit ini, agak kusam selepas melahirkan anak-anak tersayang, pigmentasi juga terjadi kerana setiap hari terkena cahaya matahari terik. Nampaknya Sha kena ambil masa untuk memastikan apa masalah sebenar kulit Sha dan dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar seterusnya merawat apa yang patut.


Rawatan wajah

* MBH Signature Facial
* MBH Cinderella Facial
* MBH Glossy Facial
* Clinical Acne Treatment
* Luminous Skin Treatment
* Oleous Skin Treatment
* Oxydermal Hydrating Treatment
* Mudnetic Detox Treatment
* MBH Carbon Snow
* Instant Crystal Glow
* Royal Gold Reverse Age Treatment
* MBH SGF Scar Solution
* MBH Pigmentation Laser

Rawatan Estetik

* MBH Electrocauter
* E-light PL Treatment Hair Removal
* Microdermabrasion
* Mesotheraphy Non Needle
* LED Photo Treatment
* Payulif Breast Enhancing Treatment
* RF V Shape Treatment
* RF Double Chin Treatment
* RF Facelift Treatment
* RF Dark Circle Treatment
* RF Eye Bag Treatment


Menggunakan slogan "Beauty In Loving Hands" menekankan konsep mesra pelanggan kerana keutamaan MBH ialah memberi penghargaan kepada pelanggannya. MBH Medispa menggunakan produk sendiri yang dijamin halal, selamat dan berkesan. Kesemua produknya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah didaftarkan di bawah jenama MBH Dermacare yang kini dikenali sebagai Dermaklair.

MBH MediSpa mempunyai visi mereka sendiri iaitu " Menjadi sebuah pusat kecantikan yang di cari dan dipercayai oleh pelanggan "


Misi MBH MediSpa adalah :

-   Menjadi pusat penyedia perkhidmatan kecantikan
-   Menyediakan perkhidmatan kecantikan kepada pelanggan dengan penuh dedikasi dan profesional
-   Membantu orang ramai untuk menjaga kecantikan dan penampilan mereka
-   Berusaha memberi kesedaran dan mengukuhkan industri kecantikan peringkat tempatan dan nasional

Latar belakang Dermaklair


Pastinya korang akan mencari produk semulajadi untuk memperbaiki kulit korang kan? Jadi jangan risau, produk penjagaan kulit yang digunakan oleh MBH Medispa adalah semulajadi berasaskan bahan-bahan semulajadi untuk memperbaiki masalah kulit tidak kira wanita mahupun lelaki yang mengalami pelbagai masalah kulit seperti kulit kusam, jerawat, parut, pigmentasi, penuaan, nada kulit tidak sekata dan sebagainya. Sebelum ini Dermaklair dikenali sebagai MBH Dermacare yang dibuat penjenamaan semula ke atas produk yang dikeluarkan.

PRODUK PENJAGAAN WAJAH , RAMBUT DAN BADAN JENAMA DERMAKLAIR DI MBH MEDISPA SERI MANJUNG PERAK.

  • DERMAKLAIR NORMAL SET
  • DERMAKLAIR ACNE SET
  • DERMAKLAIR PIGMENTATION SET
  • DERMAKLAIR REGENERATION SET
  • DERMAKLAIR SENSITIVE SKIN SET
  • DOUBLE BRIGHTENING EFFECT ESSENCE
  • SKIN RENEWAL ESSENCE
  • HYALURONIC ACID ESSENCE
  • ACNE SOLUTION ESSENCE
  • SKIN EXFOLIATOR (SRUB)
  • SKIN HYDRATOR
  • HYLURONIC ACID AQUA GEL
  • INTENSE HYDRATING EYE GEL
  • MBH HAIR ESSENCE & STIMULATING SHAMPOO
  • HAIR ESSENCE STIMULATING CONDITIONER
  • MBH HAIR REPAIR & SILKENING SERUM
  • MBH REVITALIZING HAIR & SCALP TONIC
  • LET IT MELT
Maklumat lanjut tentang produk di www.dermaklair.com

Untuk keterangan lanjut dan info penuh MBH MediSpa korang boleh terus ke pautan di bawah ini :

Facebook :  medispa manjung

Instagram : @mbhmedispa_manjung


MBH MediSpa Manjung terletak di :

No 46, Jalan PPMP 3/1,
Pusat Perniagaan Manjung Point 3,
32040 Manjung, Perak.

www.wasap.my/60182528438
✌LANDMARK: Sederet Restoren Nasi Kukus Pokya, bersebelahan GENIUS AULAD


*Buka setiap hari kecuali pada hari isnin pada jam 11.00 pagi hingga 8.00 malam

Apalagi warga Manjung, spa yang dinanti telah dibuka jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan dan penjagaan kulit di MBH Medispa berhampiran.

Follow Us @shalimarmohdyusof