Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Senarai 5 Restoran Yang Menyediakan Buffet Ramadan 2019 Di Sekitar Ipoh Perak

Senarai Restoran Yang Menyediakan Buffet Ramadan 2019 Di Sekitar Ipoh Perak | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Seperti tahun-tahun sebelumnya kebanyakkan hotel dan tempat makan akan mengadakan promosi awal sebelum bermulanya bulan Ramadan iaitu bulan berpuasa. Kebiasaannya akan ada pelanggan yang terdiri daripada syarikat-syarikat dan pejabat yang akan menempah awal atau baru tercari-cari tempat yang sesuai dan menawarkan harga yang berpatutan dengan bajet yang ada. Bagi memudahkan korang untuk mencari buffet Ramadan sekitar negeri Perak terutamanya di Ipoh Perak di sini Sha lampirkan senarai buffet Ramadan terbaru 2019. Jika tidak mahu ke hotel korang boleh memilih restoran yang ada menyediakan buffet Ramadan Ipoh 2019 dengan harga berpatutan.

 

*********
Korang boleh klik sini juga


******************

1. Restoran My.Stimbot

No 19 & 21 Jalan Medan Ipoh 1, bandar Baru Medan 31400 Ipoh, Perak.

90 pilihan makanan - Steamboat, grill, Juadah Sampingan, pemanis Mulut, Snek & minuman.

Harga untuk dewasa (Umur 13-64 tahun) - RM 38.00, dewasa (Umur 65-74 tahun) - RM 29.00, Kanak-Kanak (7-12 tahun) - RM 20.00 , Kanak-kanak (4-6 tahun) - RM 10.00, 0-3 tahun & & 75 tahun keatas- PERCUMA, OKU ( pemegang kad) dewasa - RM29.00.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :- 05-5451648 (Restoran) atau 019-5715151 (En.Norali) 

2. Sajian eBonda

Konsep : Masakan kampung, Indian Food, Chinese Food

Pelbagai jenis minuman sejuk & panas. Lebih dari 30 jenis makanan & manisan.
7 mei hingga 3 Jun 2019 . Jam 6.00 petang - 9.30 malam. Harga Istimewa RM 27.00 dan RM 16.00 kanak-kanak 4 tahun hingga 12 tahun. 

Alamat : No 1 Jalan Bercahm Bistari 5, Medan Bercham Bistari, 31400 Ipoh, Perak

Tempahan :- 017-450 0542 (Restoran) / 012-274 3130 (Shuk) / 016- 521 7036 (Epoy) 

3. Restoran Sajian Sazlee

Sunway City Ipoh

Harga untuk dewasa RM 28.00 dan untuk kanak-kanak umur 4 hingga 12 tahun RM 14.00

Talian tempahan - 05-545 2429 | 012-5660 386 | 012-561 9866

4. Fairway Restaurant Putra Allsuite at RPGC Ipoh

Konsep : Sajian Warisan Opah

8 mei hingga 2 Jun 2019. Voucher = RM 65.00 (buy 10 free 1)

Harga normal RM 70.00, Harga Ahli RM 56.00 dan kanak-kanak RM 35.00.

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 05-545 1981

5. D'Polo Cafe Lan's Catering

Konsep : Ala Kampung | Kari Kawah

Harga untuk dewasa RM 20.00 dan kanak-kanak RM 15.00.

Waktu :- 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Untuk tempahan boleh hubungi : 05-546 1130 | 019-5993767 | 019-437 8966

**************************************

Semoga Sha dapat membantu korang yang sedang mencari tempat berbuka puasa sekitar Ipoh Perak sepanjang bulan Ramadan mulia ini. Bulan mulia ini didoakan agar hubungan dan ukhwah kita bersama keluarga dan rakan taulan bertambah erat, InsyaAllah.

Post a Comment

3 Comments

  1. Best semua tempat tu sha. Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. bestnya.... harga sgt berpatutan n murah...

    ReplyDelete
  3. kita tk g perok bulan ni. kalu dop bleh iftorr dengan awok

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi