Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Persiapan Hari Raya Tahun 2019 Serba Ringkas

Persiapan Hari Raya Tahun 2019 Serba Ringkas | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahun ini merupakan giliran untuk Sha berhari raya di kampung halaman Sha iaitu di Besut, Terengganu. Alhamdulillah urusan cuti raya Sha dipermudahkan dan tidak terlibat dengan sebarang operasi semasa musim hari raya sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Sebaik-baik perancang juga hanya Allah S.W.T sahaja kerana yang menentukan.


Pada hari ahad lepas (26 Mei 2019 ) Mak dikampung maklumkan kakinya luka dan nak ke klinik. Selepas berbuka puasa Adik-adik Sha dikampung membawa ke klinik dan akhirnya terpaksa di rujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut. Seperti biasa Mak akan cakap luka biasa, tetapi adik Sha hantar gambar kaki Mak, membuatkan Sha terkejut kerana ianya telah menjadi hitam.

27 Mei 2019 (22 Ramadan 1440H) Mak ditempatkan di wad sementara bahagian kecemasan untuk pantauan doktor dan pakar di sana. Menurut adik pakar yang terlibat adalah pakar tulang, pakar salur darah dan pakar buah pinggang. Untuk pengetahuan korang, Mak Sha bukan setakat ada kencing manis tetapi ada darah tinggi dan gangguan fungsi buah pinggang , jantung pun lemah juga. Saat ini doktor-doktor yang ada masih dalam perbincangan sementara mereka memasukkan antibiotik ke dalam badan Mak Sha. Ya Allah, tak dapat bayangkan perasaan Mak waktu itu.

28 Mei 2019 (23 Ramadan 1440H) setakat pagi ini Adik Sha maklumkan doktor mungkin buang setakat jari yang rosak sahaja. Rasa bersyukur juga di dalam hati ini kerana mengharap juga tidaklah banyak dipotong kaki Mak. Nanti usahakan untuk baik pulih salur darah Mak yang tidak aktif disebabkan Mak makin kurang pergerakannya menyebabkan salur darahnya tidak lancar.

Sha sekeluarga akan menyambut Syawal dengan lebih sederhana daripada tahun-tahun lepas memandangkan tidak pasti bila Mak dapat keluar dan akan menjalani pembedahan. Korang doakan Mak Sha kuat dalaman dan fizikal yea juga dikurniakan kesihatan lebih baik dari sebelumnya.. Tambah pula tahun ini adalah tahun kedua Sha sekeluarga menyambut Hari Raya tanpa Arwah Ayah bersama.

Terima Kasih Sha titipkan di sini buat Boss, ketua dan rakan sekerja yang memahami keadaan Sha sekarang, Hanya Allah SWT dapat membalas budi baik korang. Semoga urusan korang juga akan dipermudahkan olehNya. Perancangan awal cuti raya Sha bermula isnin depan iaitu 3 Jun 2019 tetapi dengan keadaan begini InsyaAllah Khamis ini ( 30 Mei ) Sha akan mula bercuti untuk bersama adik-adik memberi kekuatan kepada Mak.

Al-Fatihah buat kita, keluarga kita yang masih hidup dan yang telah tiada.

Post a Comment

9 Comments

  1. Semoga mak Sha bertambah sihat. Alhamdulillah bos dan rakan sekerja memahami. Nanti balik kampung hati-hati dalam perjalanan ye.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan semuanya untuk akak dan family. Aamiin

    ReplyDelete
  3. Allahuakar.Moga semua dilancarkan.Dipermudahkan.Dilapangkan setiap laluan.

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah berikan kesembuhan buat mak sha.. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi