Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sekitar Perasmian Stesen Minyak Petronas UTP Tronoh, Perak Dan Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum Peringkat Negeri Perak 2019

Sekitar Perasmian Stesen Minyak Petronas UTP Tronoh, Perak Dan Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum Peringkat Negeri Perak 2019 [23 Februari 2019] | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru-baru ini telah diadakan majlis perasmian Stesen Minyak Petronas dan Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum Peringkat Negeri perak 2019 bertempat di Stesen Minyak Petronas UTP sendiri. Program yang bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang itu telah dirasmikan oleh Ybhg Datuk Muez Bin Abd.Aziz iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Jutaan Tahniah Kepada Puan Bashariah Binti Basarudin atas pembukaan stesen minyak ini.

 
 Stesen Minyak Petronas UTP Tronoh, Perak.

 
 Sudut Browse & Choose

 
 Ruang dalam stesen.

 
Sudut Pelbagai Produk Industri Kecil & Sederhana (IKS)

 
Antara produk runcit lain di Petronas UTP. Di sini juga tercapat mesin ATM Cimbbank. 

 
Produk makanan lain seperti pau dan sandwich juga ada di sini, air panas juga disediakan.

Petronas UTP yang terletak di sebelah Universiti Teknologi Petronas Tronoh Perak ini adalah satu one stop centre yang korang boleh singgah jika perjalanan dari Lumut ke Ipoh. Di sini terdapat kemudahan tandas dan surau yang selesa untuk digunakan pelanggan yang singgah ke sini. Jika korang memilih untuk beriadah di Tasik UTP juga tidak menjadi masalah jika berasa dahaga atau lapar kerana ianya adalah yang paling untuk korang dapatkan bekalan air atau makanan.

Pada masa yang sama juga diadakan Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum Peringkat Negeri Perak 2019 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pihak PETRONAS sendiri. Pada hari itu diadakan pelbagai program seperti pameran daripada Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), PETRONAS dan KPDNHEP. Program lain adalah seperti berikut :


 
Pengenalan produk-produk IKS yang ada dijual di Petronas UTP. Antara selebriti yang ada pada hari itu adalah Abon sebagai pengacara, penyanyi Zur Eda dan Ayu 1 In Million yang kini mengusahakan perniagaan dan produk makanan sendiri.
 
Penyampaian hadiah bagi sukarela menjawab kuiz sepanjang program diadakan.

 
Demontrasi kebakaran di stesen minyak.

 
Kiosk-kiosk produk IKS.

Tukar minyak hitam secara percuma.

 
Demontrasi kebakaran gas di rumah.

 
Pendaftaran dan muat turun aplikasi aduan kepada Biro Pengaduan Awam.

 
Antara simbolik perasmian Stesen Minyak Petronas UTP.

Di dalam ucapan Ybhg Datuk Muez juga menegaskan selain pihak stesen minyak sendiri mengutamakan keselamatan dalam beroperasi Ybhg juga mengingatkan supaya pelanggan sentiasa mengamalkan keselamatan semasa berada di stesen dengan mematuhi arahan keselamatan.

 

Jangan pentingkan diri sendiri. Sama-sama menjaga keselamatan InsyaAllah bahaya dapat dielakkan. Tahanlah diri anda sementara selesai mengisi minyak. Kejadian hasil tidak mematuhi panduan ini juga telah banyak terjadi jadikanlah sebagai iktibar.

Post a Comment

5 Comments

  1. satu kempen kesedaran yang bagus ni Sha :)

    ReplyDelete
  2. adanya kemudahan spt ini dpt memudahkan urusan pelaja2 n penduduk setempat...

    ReplyDelete
  3. ya..sangat penting..

    keselamata para pengguna sangat penting...

    ia melibatkan nyawa dan sebagainya

    ReplyDelete
  4. Wah.. Menarik betul Petronas dia.. Lama tak lalu jalan ini.. Kalau lalu nanti bolehlah menyinggah.. Kempen yang dianjurkan tu pun bagus..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi