Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Teknik Teguran Satu Minit

Teknik Teguran Satu Minit (Blanchard & Johnson,1982) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Sha nak kongsikan secebis lagi perkongsian daripada buku pendidikan pencegahan dadah. Buku ini bukan sahaja berbicara tentang dadah semata-semata, ianya diwujudkan bersesuaian untuk pencegahan awal daripada terjebak dengan najis dadah. Bak kata orang dulu-dulu mencegah lebih baik daripada mengubati. Teknik mengawal kemarahan anak-anak yang kita boleh cuba dalam membesarkan anak adalah seperti berikut yang mana ianya adalah peranan ibu bapa.


  • Beritahu anak apa yang berlaku dan dengan cara yang tegas

  • Tegur anak-anak dengan segera. Beritahu mereka secara spesifik apa kesalahannya dalam satu ayat

  • Beritahu mereka anda terkejut, sedih atau kecewa (mana-mana satu perasaan anda). Kata dengan lebut dan tegas

  • Berhenti bercakap. Biarkan anak berfikir dalam keadaan diam dan memahami apa yang anda cakap. Jika anak mula defensif atau marah, cakap "Tunggu dulu, tarik nafas dalam-dalam. Ayah/ibu belum habis cakap lagi".

  • Sentuh anak anda dengan cara yang lembut, pegang tangan atau peluk dia dari belakang, atau apa-apa sentuhan yang boleh memberitahunya bahawa anda bersamanya, walaupun anda sebenarnya masih terkejut dengan tingkahlakunya.

  • Ingatkan kembali betapa anda sayang, hargai atau bangga dengan anak anda.

  • Tegaskan bahawa anda masih bersangka baik/percaya kepadanya, tetapi tidak suka kepada tingkahlakunya ( anda seorang anak yang baik yang tersilap langkah)

  • Beritahu anak bahawa anda tahu dia akan membuat pilihan yang betul bila ia berlaku lagi. Ingatkan dia apa yang terbaik dia perlu lakukan apabila marah.

  • Habis. jangan berleter lagi. Jangan ungkit lagi. Berhenti. Apabila teguran sudah diberi, ia sudah cukup. Tamatkan ia dengan suasana yang positif. Tukar Topik. Beri senyuman, pelukan atau harapan. Tinggalkan biliknya dengan membiarkan dia berfikir sejenak. Tamatkan ia dengan mengatakan anda percaya kepada anak anda dan keupayaannya untuk membuat pilihan yang betul.

Sha sebagai ibu yang punyai anak-anak sedang membesar sangat berharap dapat belajar lagi cara mendidik anak-anak supaya banyak nilai murni dalam diri mereka seiring dengan tumbesaran mereka sendiri. Bukan mudah tanggungjawab menjadi ibu-bapa hanya mampu berusaha memberi yang terbaik dan berdoa untuk mereka.

Sumber : Pendidikan Pencegahan Dadah
Panduan Ibu bapa, guru, majikan, komuniti & media.

Post a Comment

3 Comments

  1. kalau ngn aiyan seminit tak cukup huhuhui....

    ReplyDelete
  2. Tegas dan sentuhan perlu dlm mendidik anak2 kan supaya dorang sedar yang kita syg pada mereka.

    ReplyDelete
  3. Teknik yang menarik untuk dipraktikkan..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi