Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PELUANG KE SEENGAPORE DENGAN TRAVELOKA PROMO CODE

PELUANG KE SEENGAPORE DENGAN TRAVELOKA PROMO CODE | Bercuti ! Satu perkataan boleh membuatkan hati ini berbunga-bunga. Siapa yang tak suka kan? Sebut perkataan cuti pun sudah rasa seronok apatah lagi kalau dapat pergi bercuti ke destinasi pilihan kita, begitulah perasaan Sha setiap kali dapat peluang bercuti terutamanya bersama keluarga tersayang. Baru-baru ini pun ada rakan pejabat ajak Sha pergi bercuti ke Singapura, memang agak menarik pelawaan itu tambah pula jika dapat "me time" bersama rakan-rakan sekali sekala kan. Mesti seronok dapat lepak-lepak dan nikmati suasana tempat orang tambah pula Sha tak pernah jejakkan kaki lagi ke Singapura asyik dengar cerita daripada pengalaman kawan-kawan yang sudah merasai keindahan Singapore setakat ini.


Jangan disangka negara kecil tapi tak menyeronokkan seperti pepatah Melayu tak kenal maka tak cinta, begitulah ibaratnya. Apa yang menarik di Singapura ya? Selalu tengok kawan-kawan pergi gambarnya cantik-cantik tempatnya pun moden dan bersih, pasti budaya mereka juga menarik kerana dengarnya penduduk di sana mengamalkan kebersihan. Yang pasti bila mengembara ke tempat orang Sha mahu melihat bagaimana kehidupan mereka seharian, suasana kejiranan mereka, kesenian, sejarah bagaimana mereka mencapai kemerdekaan dan membangun seperti sekarang, senibina yang ada di sana pasti berlainan dengan negara sendiri, budaya, aktiviti rekreasi dan juga alam semulajadi yang ada di sana.

Menjadi kebiasaan apabila kita sudah memilih destinasi percutian kita akan menyediakan jadual perjalanan dan tempat mana yang akan dituju. Kalau nak jalan-jalan kena tahu juga apa nak buat kalau tidak boleh menyebabkan masa kita terbuang jadi persedian awal perlu ada. Tapi korang jangan risau di sini Sha ingin berkongsi sedikit maklumat yang Sha dapat iaitu apakah acara yang akan berlangsung pada waktu terdekat ini di Singapura. Singapura dikenali dengan pelbagai anjuran majlis dan acara- acara besar seperti Hungry Ghost Festival, Grand Prix Season Singapore, Mid-Autumn Festival, The Great Food Festival yang mana semua acara ini dijadualkan akan berlangsung sepanjang bulan September ini.

TEMPAT MENARIK DI SINGAPURA

Gardens By The Bay
Orchard Road
Singapore Flyer
Merlion Park
Jurong Birdpark
Universal Studios
Nampaknya peluang dan masa terbaik sudah tiba untuk memulakan persiapan untuk percutian terdekat ini kerana pakar percutian kita iaitu Traveloka sedang menawarkan tempahan percutian menarik dengan tawaran berbaloi. Seperti mana kita tahu Traveloka adalah merupakan "one stop travel app" yang menawarkan kemudahan perjalanan atau percutian ke dalam dan luar negara seperti negara Singapura. Sha pun dah tak sabar dan dah kongsi maklumat ni dengan kawan-kawan pejabat yang kata nak buat rombongan ke Singapura, mana tahu mereka nak tempah awal walaupun rancangannya pada hujung tahun ini.

Dalam merancang dapat pula berita baik daripada Traveloka yang kini menawarkan diskaun hebat iaitu dengan RM 50 flate rate discount untuk penerbangan pergi balik dari mana-mana lapang terbang di Malaysia ke Singapura hnaya dengan menggunakan Traveloka sama ada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon "GOSG".
SEEngapore - For a roaring good time!
Selain RM 50 flate rate discount, Traveloka juga memberi tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore , dan untuk ini kupon tidak diperlukan. Maknanya dah boleh mula memilih hotel sebagai penginapan kat sana nanti.



Sebelum bertindak lebih lanjut dan booking hotel anda terlebih dahulu kena tahu syarat-syarat dan cara membuat tempahan supaya proses nanti berjalan lebih lancar. Korang diingatkan bahawa promosi RM 50 hanya sah untuk penerbangan pergi dan balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking sahaja, maksudnya satu tempahan satu ID. Sah untuk semua syarikat penerbangan.

CARA MENDAPATKAN KUPON


Penggunaan kupon diskaun. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod "GOSG" sewaktu kita ingin membuat pembayaran. Manakala untuk diskaun hotel pula kita perlu memilih hotel yang mempunyai diskaun  20% dari harga asal daripada hotel yang terlibat sahaja. Jadi korang boleh meneroka laman web dan aplikasi Traveloka untuk mengetahui hotel mana yang terlibat dengan diskaun yang diberikan.

Tempoh tempahan di dalam promosi kali ini adalah bermula dari 1 September hingga 30 September 2018 dan boleh di tempah melalui medium laman sesawang Traveloka atau aplikasi Traveloka sendiri. Memandangkan tempoh tempahan adalah dalam masa satu bulan jadi ianya satu tempoh yang cukup untuk korang fikirkan tarikh yang bakal korang terbang ke Seengapore. Apa lagi cepat pilih tarikh bila korang nak ke Seengapore tak kira bila tapi korang kena rebut peluang ini untuk jimat dengan tempahan lebih awal.

Kesimpulannya, korang jangan terlepas peluang keemasan ini untuk semak apa dan bila akan diadakan acara besar di Seengapore dan senaraikan tempat menarik yang wajib korang singgah juga lawati jadi korang boleh merancang percutian korang dan tempah awal supaya lebih jimat dan berbaloi.

Selamat bercuti! Sha pun dah tak sabar nih, rasa macam nak bawa keluarga jalan sama-sama nanti.

Post a Comment

13 Comments

  1. yeahhh.... seengapore.... jom see n p... hehe

    ReplyDelete
  2. last p spore 2012...tp pegi USS je tk sempat round2 tmpt menarik kt spore...booking dgn traveloka best ni sbb ada coupon bole dpt diskaun..mmg dh byk kali booking thru traveloka

    ReplyDelete
  3. Traveloka kalau buat promosi memang berbaloi baloi, rugi kalau tak grab kan Sha :)

    ReplyDelete
  4. semua tempat dekat singapore nampak menarik sgt kan untuk di lawati

    ReplyDelete
  5. tu lahh..cantik2 ..geram nak pergi sana

    ReplyDelete
  6. Dah boleh plan pi jalan2 ni, bulan ni banyak cuti, hehe

    Anyway, ekin singgah sambil follow blog ni. Jemput singgah balik https://asyiqinroslee.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi