INTEGRASI SOSIAL DALAM KEPULIHAN PENYALAHGUNAAN DADAH | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah baru-baru ini Sha sempat menyertai gotong royong membersih kawasan kubur di sebuah kampung berhampiran tempat kerja Sha. Dalam kerjaya pasti ada yang kita suka dan tak suka kan? Jujur cakap dari segi kerja memang Sha sangat bersyukur dapat terlibat dalam bidang kerja sekarang selepas ditolak dengan masalah-masalah yang ada. Walaupun tidaklah seperti dicita-cita untuk memasuki badan beruniform tetapi dalam hati masih terbit rasa bangga kerana dapat bersama-sama mereka yang tersasar dalam penyalahgunaan dadah untuk menjalani kepulihan. Kalau nak dihuraikan persoalan bolehkah mereka pulih? Memang susah nak menjawab tetapi serba sedikit bantuan dan nasihat yang diberi agar mereka lebih baik daripada sebelum sudah mencukupi.
Sha bersama beberapa rakan sekerja juga beberapa orang jawatankuasa kampung mengadakan satu program gotong royong iaitu antara program integrasi sosial Orang Kena Pengawasan (OKP) yang mana ianya salah satu modul dalam kepulihan kepada orang yang menyalahgunakan dadah. Tujuan program sebegini adalah untuk memastikan kehadiran mereka masih diterima didalam masyarakat dan tidak dipulaukan. TIDAK SEMUA MEREKA JAHAT. Mereka juga manusia biasa yang membuat kesilapan seperti kita, hanya berbeza mereka salah gunakan dadah. Mereka juga masih ada yang bekerja walaupun tidak kurang juga ada yang pernah punya kerjaya yang hebat tetapi kalah dengan DADAH DURJANA. Ya ! Tidak pelik sepanjang bekerja Sha pernah mempunyai klien terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan dan tauke syarikat yang kaya-raya tetapi rugi ! Terlibat dengan dadah walaupun umur telah matang. Hanya keseronokan sementara yang dicari, akhirnya menjerat diri sendiri. RUGI.
Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana
penagihan dadah adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang (chronic
relapsing disease) dan berpanjangan. Ini bermakna, penagihan dadah ini
akan kekal dengan individu yang menyalahgunakannya pada masa yang
panjang, di mana terdapat individu yang bergantung dengan dadah untuk
hidup. Namun, individu yang terlibat dalam penagihan dadah ini boleh
dipulihkan dan mampu berhenti menggunakan dadah.
Penagihan dadah menyebabkan individu sukar untuk berfungsi dalam
kehidupan sehariannya. Ia memberi kesan kepada bagaimana individu
tersebut bertindak dengan keluarganya, di tempat kerja dan dalam
masyarakat. Ia adalah sesuatu yang sukar dan mencabar bagi mengubah
banyak perkara pada satu-satu masa dan tidak kembali kepada tabiat yang
lama.
Meningkatkan keberkesanan rawatan dan
pemulihan yang meliputi keperluan fizikal, mental, sosial dan spiritual
supaya individu yang terperangkap dalam penagihan dadah ini boleh
mendapatkan semula kehidupan mereka kembali dan hidup bebas dadah.
Sekian Bebelan Buat masa ini....
Sekian Bebelan Buat masa ini....
2 Comments
Semoga anak² cucu dan kita semua dijauhkan dari dadah
ReplyDeletebagusnya program gini..banyak manfaat untuk mereka dan teladan untuk kita
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi