Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SINOPSIS DRAMA NUR

SINOPSIS DRAMA NUR | Sejujurnya Sha tak menonton siaran terus drama ini tetapi menonton secara atas talian kerana  waktu siarannya adalah waktu masuk tidur Sha sekeluarga. Tapi kalau anak tidur awal Sha layan terus di televisyen. Biasalah bila tidurkan anak-anak, ibu pun akan terikut tidur..hihihi. Drama lakonan Shafiq Kyle dan Amyra Rosli ini telah memulakan episodnya pada 14 Mei yang lalu. Bersiaran selama 19 episod di Slot Samarinda TV3. Drama Terbitan Radius One Sdn Bhd dan diarah oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin.


Sinopsis Nur

Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah selebriti, Datuk Ayah Haji Mohsen. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia.

Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mohsen. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid.

Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT.

Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?

Drama Nur memainkan topik berat yang kini menjadi menjadi sedikit pertelingkahan antara penonton dan pengarah kerana watak abang ipar Ustaz Adam yang dilakonkan oleh Azhan Rani sebagai seorang ustaz, pemberi ilmu di surau dan menguruskan rumah anak yang dibangunkan oleh Datuk Haji Mohsen (Datuk Jalaludin Hassan) tetapi melanggan pelacur juga pecah amanah.

Saksikan kesudahan drama Nur yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Para Pelakon

Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Nurkhiriah, Azhan Rani, Raja Atiq, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi