CARA CEGAH KANSER PROSTAT | Kanser Prostat adalah menjadi igauan kaum adam kerana organ ini adalah penting dalam penghasilan air mani. Gaya hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang sihat juga dapat membantu menurunkan risiko seorang lelaki mengalami penyakit ini. Betullah kata orang pemakanan adalah penting dalam menentukan kehidupan kita kerana penjagaan makanan memainkan peranan dalam menentukan tahap kesihatan kita. Pendek kata jangan ambil mudah tentang kanser prostat ini, jadi langkah awal jagalah pemakanan.
"Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar
penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra.
Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui
zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani.
Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air
mani. "
Apakah makanan yang baik untuk mengelakkan risiko kanser ini?
- Buah Warna Merah
Tomato, tembikai yang mana semakin merah semakin banyak kandungan lycopene.
- Sayur & Buah
Nutrisi dan vitamin dalam sayur dan buah dapat membantu turunkan risiko kanser prostat. Makanan bernutrisi tinggi dapat mencegah penyebaran kanser.
- Ikan
Omega 3 yang terkandung dalam ikan sardin, tuna dan salmon dapat bantu turunkan risiko.
- Teh
Teh terbaik adalah teh hijau yang boleh diminum atau dalam bentuk suplement.
- Kafein
Kopi dapat menurunkan risiko tapi perlu diingat agar bersederhana kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan jantung.
- Berhenti Merokok
- Bersenam
Bahagian badan yang terlalu banyak lemak boleh meningkatkan risiko kanser. Bersenam secara teratur, paling tidak berjalan, berlari, berbasikal atau berenang.
- Pemeriksaan Doktor
Segera dapatkan rawatan jika tidak selesa dibahagian punggung, sukar buang air kecil atau terdapat darah pada air kencing atau air mani.
- Aliran air kencing yang tidak lancar.
- Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
- Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
- Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
- Darah dalam air kencing atau air mani.
- Tidur Yang Cukup
Tidur sekurang-kurang 7 jam , kualiti tidur yang baik adalah bagus untuk kesihatan.
Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati. Yang penting dapatkan nasihat doktor untuk sebarang tindakan yang akan anda ambil kerana penyakit ini tidak menunjukkan gejala awal.
15 Comments
soya bagus rupanya, okay nanti boleh bagi dia minum selalu. Thanks share! :D
ReplyDeleteasal bersederhana..tidak melebih2.. :)
DeleteCikla ada terbaca untuk pesakit yg mempunyai ketumbuhan tak digalakkan consume soya. Btw, good sharing sha. Info yg mesti diambil tahu.
ReplyDeleteye ke sis..tq info
Deletekafein pon boleh membantu rupanya baru tau..nice info.
ReplyDelete1/2 cawan je 1 hari..xleh lebih2
DeleteInfo yang baik sebagai sumber rujukan berguna..
ReplyDeleteThanks for sharing Sha..
tq singgah
DeleteBaru-baru nie Ayah saya telah disahkan pengidap kanser prostat ... Semoga diberi kesembuhan dan kekuatan kepada beliau ... Doakan yer kawan2...
ReplyDeletesemoga ayah diberi kesembuhan ..InsyaAllah
Deletethanks for sharing. very informative information!
ReplyDeletetq abe kie
DeleteMaklumat penting nie, terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama2 zumal
DeleteNice sharing.. good info..
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi