Hot Posts

6/recent/ticker-posts

STAINLESS STEEL MULTIPURPOSE ELECTRIC COOKER 1.7L

STAINLESS STEEL MULTIPURPOSE ELECTRIC COOKER 1.7L | Semasa 12.12.2017 Online Revolution baru-baru ini Sha mengambil peluang juga membeli sesuatu walhal tak ada apa yang nak dibeli pun. Akhirnya Sha membeli sebuah periuk elektrik pelbagai guna untuk kegunaan sendiri untuk memudahkan memasak masakan sihat dan ringkas.

Saiznya yang comel, boleh memasak sesuatu berkuah untuk 5 orang. Ya, tadi Sha sudah cuba memasak satu botol Sos Carbonara yang beratnya 350g dan hasilnya sangat elok dengan saiz periuk ini. Sha juga merebus spagheti menggunakan periuk ini juga tau, pendek kata puas hatilah dengan hasilnya boleh makan tengahari dengan kawan-kawan yang lain.


Stainless Steel Multipurpose Electric Cooker ini sesuai digunakan untuk menggoreng, mengukus dan merebus ianya didatangkan dengan unit tambahan untuk merebus telur juga. Semasa Sha menggunakan periuk ini Sha mendapati ianya berfungsi mengikut masakan yang kita hendak masak kalau sudah cukup masak butang on akan off secara automatik walaupun periuk ini tiada butang menetapkan masa. Lepas ni nak makan maggi tak perlu rendam-rendam dah laa nampaknya terus masukkan dalm periuk ini sahaja.

Satu lagi kalau korang nak beli apa-apa kat lazada bolehlah beli melalui Shopback! Jika membeli melalui Shopback korang akan dapat balik cashback mengikut peratusan yang telah ditetapkan, bila kumpul-kumpul paling minimum RM10 dah boleh redeem tau. Belum ada akaun Shopback? Boleh klik ini -----> SIGN UP SHOPBACK, hari ini beli esok dah masuk akaun shopback dan tunggu sehingga boleh dituntut.

Post a Comment

7 Comments

  1. singgah sini,, comel jerr periuk ni tapi macam tak cayee harga pun murahhh.. kalau nak reheat ni boleh takk

    ReplyDelete
  2. akak bukan tengok periuk tu... akak tengok isi dalam periuk tu... hehe... yum yum

    ReplyDelete
  3. WAHHH, bestnyaa. Wawa pun ada beli comforter hari tu.

    ReplyDelete
  4. menariknya periuk tuh/... akak kalau bnda yg memudahkan keje seharian kita memasak mmg suke hehehe...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi