Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BAHAGIA BARU BERJAYA ATAU BERJAYA BARU BAHAGIA

BAHAGIA BARU BERJAYA ATAU BERJAYA BARU BAHAGIA | Seronok mendengar perkongsian daripada Prof Dr Muhaya pada petang semalam. Perkongsian yang membuka mata hati kita sebagai hamba Allah SWT dalam menjalani kehidupan harian. Di sini Sha nak kongsi sedikit point yang Sha dapat daripada hasil live facebook semalam.


1. Otak adalah untuk bahagia, berdoa semoga bahagia dunia dan akhirat BUKAN untuk hari ini sahaja.

2. Tenang adalah apabila kita bersama Allah SWT.

3. Sesiapa yang bermasalah, bertaubatlah jadilah khalifah (pemberi manfaat) yang baik buat yang Allah SWT suruh.

4. Elak " Ketagih Pleasure Without Meaning"

5. Setiap kali bangun tidur - fikir apa yang nak kita syukuri hari ini dan apa nak bagi manfaat hari ini.

6. Manusia sekarang banyak kejar cita-cita bukan makna kehidupan sebenar.

7. Buang fikiran negatif, jangan ada benci dalam diri, jangan bercakap benda tidak elok yang boleh menyebabkan rezeki susah nak masuk.

8. Hentikan sikap suka menunjuk.Hentikan berkongsi sesuatu yang tidak memberi manfaat di media sosial terutama yang berniat untuk mendapatkan pujian dan like yang tinggi.

9. Jaga hubungan dengan Allah SWT, jaga aurat dan ibadah.

10. Nak bahagia carilah ilmu, bertaubat dan cari kawan yang baik.

PILIHLAH BAHAGIA DULU BARU BERJAYA!

ORANG YANG BAHAGIA ADALAH ORANG YANG MERASA CUKUP DAN MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi