RESEPI SIMPLE ACAR UMBUT KELAPA | Assalamualaikum, Alhamdulillah semalam ada program pembersihan kawasan jadi ada rezeki orang bagi umbut kelapa atau umbut nyiur. Memang Sha menyukai Acar Umbut Nyiur tetapi masakan ini amat susah didapati kerana proses mendapatkan umbut itu sendiri yang tidak mudah didapati.
BAHAN-BAHAN
Umbut kelapa
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Halia*
Cili kering (direbus dan dibuang biji)*
Santan
Gula
Garam
Cuka
*bahan dikisar
CARA-CARA
Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak
Masukkan Cuka dan Gula
Apabila bau cuka hilang, masukkan umbut kelapa dan santan.
Masak sehingga umbut lembut dan perasakan dengan sedikit garam.
SELAMAT MENCUBA
9 Comments
sdapnya..:)
ReplyDeletelepas ngidam anak tekak Cik Nor oii..huhu
Deletetak pernah mencuba lgi
ReplyDeletenanti cuba k
DeleteTengok tajuk pun meleleh air liur, tertanya2 pulak rasa dia macam mana. Ngencesss sangat ni kak...
ReplyDeleteumbut tu kalau makan mentah2..lemak manis je rasa..
Deletetgk pun dh tau sedap nih... aduhla teringinnya.... aakk ni dhla peminat tegar umbut kelapa
ReplyDeleteyekee....sedapkan umbut
Deletetak pernah cuba..boleh la try nanti..
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi