PEMBEDAHAN KECIL PADA MATA ABANG ZARYTH | Sebenarnya masalah ini sudah lama, selepas beberapa lama menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh akhirnya pada bulan April yang lepas pakar mata telah mengesyorkan untuk melakukan sedikit pembedahan untuk mengenalpasti saluran yang bermasalah menyebabkan mata Abang Zaryth asyik bertaik dan lebih teruk apabila selesema.
Pada 02 Mei 2017 (Selasa) Sha dan suami telah membawa Abang Zaryth ke unit anestesia untuk mendapatkan maklumat tentang proses bius ketika pembedahan dilakukan. Bius dilakukan kerana Abang Zaryth masih kanak-kanak yang mana ianya hanya mengambil masa 1 hari berada di wad Kompleks Rawatan Harian. Untuk Abang Zaryth doktor menyatakan akan dikenakan pembiusan umum.
PENERANGAN ANESTESIA
Pembiusan Umum
Menjadikan seseorang pesakit berada dalam keadaan tidak sedar sebelum pembedahan dimulakan. Ini untuk memastikan pesakit tidak menyedari apa yang berlaku dan tidak merasa sakit semasa pembedahan. Pembiusan umum dilakukan dengan memasukkan ubat bius yang disedut dari mesin bius. Tiub pernafasan akan dimasukkan ke dalam mulut atau hidung pesakit untuk membantunya bernafas dengan mesin.
Risiko Pembiusan Am
✻ Kesan Lebam ditempat suntikan atau pemasangan tiub aliran darah
✻ Loya atau muntah
✻ Sakit tekak disebabkan oleh gas pembiusan atau tiub pernafasan. Pesakit akan/mungkin mengalami kesukaran bercakap tetapi ini akan pulih seperti sediakala dalam beberapa jam.
✲ Kesakitan otot yang sementara\
✻ Sakit kepala atau kabur penglihatan buat sementara.
Sebagai seorang ibu dan ayah, walau sekecil mana pun anak sakit, walaupun hanya demam biasa ianya sangat ingin dielakkan. Harapan semoga mata Abang Zaryth sembuh selepas menjalani pembedahan kecil ini.
Kawan-kawan ibu doakan pembedahan berjaya dan mata Abang Zaryth kembali sembuh dan masalah matanya selesai.
9 Comments
InsyaAllah semoga semua berjalan dgn lancar. Dan semoga kembali sembuh seperti sedia kala.
ReplyDeleteSyafi awal Jan tu terpaksa sunat awal. Sebab dia berkemungkinan akan meronta terpaksa amik GA. Sedih sebab tak boleh masuk blk OT. Masa dah selesai dari luar boleh dgr suara dia menangis. Takut sebab takde org yg dia kenal.
Alahaiii..tu yg xsampai hati tuu...aminn..mudahan2 sihat dh pas ni
DeleteSemoga cepat sembuh....
ReplyDeleteInsyaAllah..aminn
Deletemoga semua di permudahkan n moga cpt sihat ye abg zaryth... seram lak dgr psl pembedahan.. walapun kck
ReplyDeleteTu laa..wlaupun kecik...xsanggup tgk..
DeleteGet Well Soon...
ReplyDeleteJom Join segmen sy... =)
Get well soon..
ReplyDeleteGet well soon dear.
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi