Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RESTORAN MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG

RESTORAN MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG | Cuti hari minggu 3 hari yang lepas tak ada bercuti ke mana-mana . Memang membosankan, tetapi bila menguruskan rumah dan anak-anak kebosanan itu berlalu seperti masa yang berlalu tanpa menoleh. Apabila petang barulah ada aktiviti ke luar rumah seperti ke padang permainan tetapi cuaca selalu tidak mengizinkan.

Selepas waktu maghrib kami keluar mencari makan, tanpa rancangan kami menuju ke Kuala Sepetang selepas mengambil abang di ipoh. Dalam pukul 9 kami sampai juga ke Restoran Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang mana sebelum ini kami biasanya singgah makan di Mak Teh Mee Udang yang terletak berdekatan juga dengan Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang.

Lupa pulak nak ambil gambar suasana di Restoran Mee Udang Mak Jah yang mana kawasannya agak luas, walaupun ramai tetapi masih terdapat meja kosong, Sha dapat port kat sini.

 Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Special RM 13.25 kalau tak silap, yang biasa RM 9.00 lebih bezanya tang udang la kot.



 Adik Fathia suka makan Mee Udang juga ibu.

Nasi Goreng Udang Mak Jah. Sedikit pedas untuk kanak-kanak, peluh-peluh juga Abang Zaryth & Adik Fathia makan. Abang Zaryth memang suka sangatlah kalau dah namanya udang, ada udang disebalik nasi tau.

Akhirnya merasa juga Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ni yea. Puas hati, cuma suami Sha cakap mee tak cukup,,,.ahahahaha.. Udangnya memang puas hati saiz nyaa,sedap.

Sebelum pergi kedai tu Sha usha-usha Facebook Restoran Mee Udang Mak Jah ni dulu,takut tutup..kan naya je pegi jauh-jauh tapi tutup..Tapi kalau dah setiap minit ada je orang update sedang makan kat situ,maknanya kedai tu bukak laa kan..hihihi...Kat facebook tu ada maps jadi kami ikut je maps tu. Cuba jugak telefon no 010-834 1895 tapi talian sibuk.

Mesti ramai dah cuba ni, tapi nak kongsi jugak..peace...

Post a Comment

2 Comments

  1. uih...nampak puas makan mee udang tu kan..lama tak makan mee udang

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi