NAFSU MAKAN SELEPAS RAYA | Daripada pemerhatian Sha selepas masuk pejabat setelah cuti berhari raya pada minggu lepas,didapati ada segelintir rakan sepejabat mengalami nafsu makan melampau..ahahhaha...tak ada la melampau macam mana pun,cuma sebelum ni tak ada la dengar orang duk tanya pasal makan je dari pagi sampai petang macam yang terjadi sekarang ini.
Pemerhatian dalam facebook pun sangat mencabar,kerana ramai kawan-kawan berkongsi gambar rumah terbuka di merata-rata sedangkan Sha tak ada pun jemputan ke rumah terbuka dan pejabat pun tak ada ura-ura untuk mengadakan rumah terbuka.huuuuu...sedih sangat..tengok sindrom nak makan tapi tak lapar sudah menular dalam diri Sha sendiri...kih4
Tiba-tiba rindu pulak suasana hari raya di pejabat lama. Maaflah,memang Sha suka mengenang bekas-bekas tempat Sha bekerja dulu sebab di sana lebih meriah. Antara kenangan berhari raya yang Sha pernah kongsi sebelum ini adalah seperti cerita penutup Syawal 2014 ini.
Sudah bosan mengadap rendang nanti kita tukar balik selera dan boleh mengunjungi 8 Port Makan Unik Dan Berpatutan Yang Anda Mesti Cuba At Least Sekali Seumur Hidup! ini. Mana lah tau,tersangkut nanti boleh jadi port pilihan hati.
Sha pun dah mula perlahankan selera ni,tapi sebenarnya Sha tak adalah melantak sangat di hari raya lepas. Nanti teringain jugak nak merasa di port-port baru, Siapa Suka Food Hunting Tak Payah Pening Kepala Google Dah, 8 Tempat Ini Paling Epik ini. Harap-harap satu hari Sha dapatlah ke tempat-tempat ini.
13 Comments
Betul ler sama macam apa yang saya rasa sekarang, nafsu makan makin menjadi-jadi pula sekarang.
ReplyDeletePuasa 6 tak buat lagi, adakah mampu nak mulakan atau tidak...hehe
ehehehe..Sha bru 2 hari puasa 6...ade 4 hari lg...fuh3..smoga sempat
DeleteBagi akk Alhamdulillah, takde plak beria nak makan, kadang tak rasa lapar pun, hihi..oklah kan, berat pun dah turun..agaknya dah makin insaf umur dah makin naik, huhu.
ReplyDeleteahahaha,,,kekadg terlupa..Sha pun xde laa beria makn..tmbh pula xde beraya ke mana sgt thun nii
Deleteselamat malam, rajin update blog ye..hehe..syira lokman datang intai blog lagi :D alhamdulillah...rezeki tu
ReplyDeleteSelamat pg..tq dtg bertandang..hihih..time rajin kite on
Deletesesekali nafsu bertandang ke Sha
ReplyDeleteoklah asalkan jangan mudarat dah la kan
kang takde nafsu nafsin pun susah jugak tu
yg penting makn berpada2 laa kan kak noor
DeleteTapi bila terhidang banyak sangat pun Sha tak tahu dah nak pilih yg mana satu
ReplyDeleteSebaiknya kalau rajin sikit teringin masak ajelah..
Kakak rasa tahun ini macam kurang sikit open house di tempat kakak ni.
sama la kak..open house mkin kurg skrg ni..
Deletebiarlah kita kenal perut kita...hihihi..jgn disumbat2 sgt
dia mcm otomatik jd melampau2 napsu mkn tuh hehehhe...
ReplyDeletetp thn nih akak agak kurang pg umah terbuka,ntah mcm mls nk beria2 heheheh...
opis akak nih pun blm ada yg bt potluck rya ke apa... jd napsu mkn blh di kawal lg lah
fuyoh dapnye dapnye...raya tahun ni selepas seminggu raya bru craving biskut raya la, nasi impit la, rendang la..huhu
ReplyDeleteAlhamdlillah Ana tak pulak macam tu hehehe....
ReplyDeleteAnda mencari peluang tambah pendapatan?
Anda mencari Platform untuk mengiklankan produk anda?
Anda mencari sumber kewangan untuk membina cita-cita anda?
Anda mahu membina jaringan network perniagaan dan dibantu bersama-sama?
Mulakan langkah anda dengan
Segera daftar dan anda akan saya berikan bantuan dan tunjuk ajar
www.dananiaga2u.com/bizzfarhana
Terima Kasih Daun Keladi