Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

RESEPI PUDING ROTI CARAMEL | Antara puding yang Sha suka. Memandangkan bulan mulia bulan Ramadhan bakal tiba ini,mungkin ada yang suka berbuka dengan manisan seperti ini. Resepinya ringkas sahaja,tapi nak pacak jugak kat sini..

BAHAN-BAHAN CARAMEL :

3 Sudu besar Gula Pasir
1 sudu besar air panas

Cara-cara : Masak gula sehingga berwarna perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

 

4 biji telur dan 1 sudu kecil esen vanilla dipukul dan ditapis.


BAHAN-BAHAN KISAR :

4 keping roti gardenia di carik-carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Seterusnya masukkan telur + esen vanilla yang telah ditapis ke dalam pengisar,kisar sekali dengan bahan kisar tadi.

Kemudian tuang hasil kisar ke dalam loyang yang telah tersedia karamel tadi. 
Kukus selama 20-30 minit.
Sejukkan sebelum diterbalikkan. Alhamdulillah.. Siap..
PUDING ROTI KARAMEL

Sedap dan manis...

Post a Comment

7 Comments

Terima Kasih Daun Keladi