Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PUASA SUNAT ASYURA


 Assalamualaikum.
Salam 10 Muharam 1436H

Umat islam adalah disunatkan untuk berpuasa pada hari ke 10 Muharram bersamaan dengan 3 November 2014. Disamping itu turut disunatkan juga untuk puasa Hari Tasu’a yang jatuh pada 9 Muharram 1436h bersamaan dengan 2 November 2014 sebagai mukhalafah atau membezakan di antara kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja. Bagi yang terlepas untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram, adalah digalakkan untuk berpuasa Asyura pada 10 dan 11 Muharram.



http://www.melvister.com/wp-content/uploads/2014/11/puasa-asyura.jpg


Tarikh Puasa Sunat Asyura 10 Muharram 2014/ 1436H

Tarikh Puasa Asyura 1436H: 3 November 2014 bersamaan 10 Muharaam 1436H ( sebaik masuk waktu magrib 2 November 2014)

Nota Penting: Bagi yang terlepas untuk berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram, adalah digalakkan untuk berpuasa Asyura pada 10 dan 11 Muharram.

Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’(10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim)

 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (Bukan asyura je, bulan lain, hari lain sangat digalakkan juga)
 
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 
 
Selamat Beramal.

Post a Comment

3 Comments

Terima Kasih Daun Keladi