Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AUDIT DIRI MENCARI CINTA PENCIPTA

Alhamdulillah pagi ini NS berpeluang menyertai satu ceramah ilmu.

Integriti Perkhidmatan Awam.
Audit Diri Mencari Cinta Pencipta.


Jujur,,di awal ceramah NS tidak berapa tertarik tetapi terasa rugi pula berada dalam majlis ilmu tetapi tidak memberi perhatian. Ya, sangat-sangat rugi jika tidak mendengar isi kandungan ceramah tadi. Akhirnya, NS betulkan niat NS kembali.
Apa yang NS nak kongsikan dan tekankan di sini adalah SUIS UTAMA dalam mencari Cinta pencipta yang seiring dengan tajuk utama hari ini. NS suka dengan cara penyampaian penceramah jemputan tadi. SUIS UTAMA dalam mencari cinta pencipta kita adalah bukan orang lain, dialah IBU kita...seperti yang dipaparkan oleh penceramah sebagai HUBUNGAN DENGAN EMAK.
Muhasabah diri, kenapa kita ke tempat kerja terasa ada yang tidak tenteram dihati, kenapa kita balik ke rumah rasa semacam tidak kena di hati. Hati tertanya-tanya......
Fikirkan sama ada kita ada menyakiti hati ibu...saat itu NS tidak dapat menahan air mata dari jatuh..ya..terasa banyak pula dosa dengan emak,..
Penceramah juga ada menyelit 1 cerita tentang " seorang anak berumur 40 tahun yang berjaya hidupnya, tapi tidak tenteram hatinya, dia mengingati ibunya, dia balik minta apun jika ada ibu terasa hati..ibunya pula mengatakan tidak ada apa..si anak mengatakan hatinya tidak tenteram seperti ibu ada menyimpan rasa..Akhirnya ibu mengatakan ibunya masih terasa dengan kata-kata si anak ketika anak berumur 17 tahun...dan si anak ingat akan kejadian ketika umur 17 tahun itu.."

Dikaitkan dengan alam pekerjaan, ini adalah supaya kita tidak merungut dalam membuat sesuatu kerja ketahuilah ibu bapa kita dahulu lagi banyak membanting tulang.

Diingatkan juga supaya mendoakan ibu kita setiap kali 5 waktu solat wajib.
Bersedekah di atas niat bagi pihak ibu.

Amat dalam dan tepat semuanya yang disampaikan oleh En.Nasaruddin Bin Ab Aziz tadi.
Terlalu banyak jika nak diceritakan di sini....nanti sambung lagi....

Post a Comment

7 Comments

  1. Ayoh kita perbaiki hati dan amalan kita.. Semoga segala perbuatan kita diredhai oleh Allah.. terima kasih atas perkongsian.. ^_^

    ReplyDelete
  2. sama2lah kita perbaiki hati dan diri..

    ReplyDelete
  3. betul... sha pun selalu tak tenteram bila buat bonda terasa hati... berat nak mintak maaf tapi at last mintak maaf jugak... hihi

    ReplyDelete
  4. redha Allah terletak pada redha ibu jua.

    ReplyDelete
  5. Betul. Jangan bila ibu dah takde, baru nak teringat-ingat ibu dan kesalahan yang kita pernah buat.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi