SHALIMAR YUSOF

Blog ini dibangunkan untuk catatan peribadi dan perkongsian info bersama pembaca semoga mendapat manfaat

Friday, August 16, 2019

Resepi Jeruk Nanas Masam Pedas

Resepi Jeruk Nanas Masam Pedas | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu lepas Sha teringin nak makan nasi minyak jadi belilah timun batang, lobak dan nanas untuk dibuat acar timun, tetapi setakat buat acar sedikit sahaja nanas diperlukan jadi Sha nak makan buat nanas begitu sahaja lah. Bila makan, baru perasan nanas yang Sha beli itu tak manis pun, masam pun tidak rasa tawar sahaja. Sha teringat lama tak makan jeruk nanas jadi Sha cubalah buat jeruk nanas sendiri, kali pertama buat dan memang dah bertahun-tahun Sha tak makan jeruk nanas sebenarnya tapi rasanya tetap Sha ingat sampai sekarang. Korang pernah ke makan jeruk nanas? Kalau korang pun terkena atau terbeli nanas yang tawar korang boleh jadikan jeruk nanas tau. Ok, kat sini Sha kongsikan macam mana korang nak jadikan nanas sebagai jeruk nanas sedap.


Dengan terjadinya jeruk nanas ini tak adalah kejadian membazir buah nanas yang ada. Tapi nasib baik ibu ada geng, tapi tak boleh bagi makan banyak takut jugak anak-anak sakit perut. Kalau korang nak tahu Sha dari zaman budak lagi memang hantu nanas, kalau sebut je terasa nak makan nanas arwah ayah laju je pergi kedai belikan nanas sehinggalah sekarang, waktu rehat kadang-kadang mesti beli nanas sebiji balik potong di pejabat makan dengan kawan yang suka makan nanas juga. Biasa dapat manis je buahnya, kali ini terkena yang tawar tapi tak apalah ada jugak sebab Sha boleh makan jeruk nanas kan.

Resepi Jeruk Nanas


Sebiji nanas saiz kecil - dipotong kecil
segelas air asam jawa
Cili kisar - 2 sudu besar
Garam - sesudu kecil
Gula melaka - lebih kurang sebesar 3 jari
Cuka - 2 sudu besar

Cara Buat Jeruk Nanas


Korang campurkan semua bahan iaitu air asam jawa, gula kisar, garam, cuka dan gula melaka dalam satu periuk kecil dan masak dengan api perlahan sehingga semuanya masak dan gula melaka larut sepenuhnya. Bila sudah siap korang tutup api dan biarkan kuahnya sejuk.

Apabila kuahnya sudah sejuk, korang masukkan nanas yang sudah dipotong tadi ke dalam periuk atau bekas lain sekali dengan kuah. Paling sedap korang letak sahaja dalam peti sejuk sejam dua lepas tu korang dah boleh makan sambil tengok tv.


******************

Bagi yang suka makan jeruk, pedas-pedas masam-masam bolehlah cuba buat. Sha kalau makan jeruk nanas pasti akan licin Sha hirup kuahnya. Korang bayangkanlah bila kuahnya bercampur dengan air nanas itu sendiri, memang terbaik. Sha tak pasti di tempat lain, tapi kalau belah Pantai Timur mungkin dah biasa makan jeruk nanas ini.

Selain daripada makan begitu sahaja, Sha juga makan jeruk nanas bersama nasi putih. Korang nak tahu macam mana perasaannya korang boleh cubalah sendiri. Sedang makan nanas jeruk, teringat pula isi buah rambutan jeruk. Ehhh... kalau korang tak tahan dengan pedas masam janganlah makan banyak pula yea, nanti sakit perut.

8 comments:

  1. uishh sedapnya jeruk nanas.... mkn dgn nasik tu uniknyaa

    ReplyDelete
  2. Terliur..tapi akak x leh nak makan..nenas tajam kan..pesakit gastrik memang kalah bab ni...

    ReplyDelete
  3. Saya tak boleh makan nenas.. nanti lidha mesti gatal..

    ReplyDelete
  4. Aduh trliurnya...nanas bnyk khasiatnya

    ReplyDelete
  5. kak ana ni kurang minat makan nanas sebab selalu lepas makan hilang deria rasa hehe :)

    ReplyDelete
  6. kak ana ni kurang minat makan nanas sebab selalu lepas makan hilang deria rasa hehe :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi