SHALIMAR YUSOF

Blog ini dibangunkan untuk catatan peribadi dan perkongsian info bersama pembaca semoga mendapat manfaat

Thursday, July 25, 2019

Serum Dr.Beau Berkesan Untuk Membantu Merawat Kulit Kusam Dan Jeragat

Serum Dr.Beau Berkesan Untuk Membantu Merawat Kulit Kusam Dan Jeragat | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila bercakap tentang kulit, tidak kira kaum hawa malah kaum Adam juga sangat menitikberatkan kecantikan dan kesihatannya terutamanya kulit wajah yang menjadi tatapan pertama setiap kali berhadapan dengan sesiapa sahaja. Saat semakin menginjak usia Sha amat terkesan apabila kulit menjadi semakin kusam kerana Sha sejenis yang tidak mengenakan solekan ke mana-mana jadi Sha perlu menjaga kesegaran kulit wajah supaya lebih bermaya dan lebih yakin berhadapan dengan orang luar. Setiap kali ulang alik ke tempat kerja juga semestinya terdedah kepada cahaya matahari terus kepada kulit dan menyebabkan timbulnya jeragat jadi sebelum ianya menjadi lebih teruk Sha perlu mencari sesuatu untuk mengelak dan merawatnya dari awal.

Serum Dr.Beau Berkesan Untuk Membantu Merawat Kulit Kusam Dan Jeragat


Apakah penyelesaian kepada kulit kusam Sha? Sha memilih untuk menggunakan Serum Dr.Beau selepas melihat banyak testimoni berjaya kerana ia merupakan Vitamin E dari bahan herba semulajadi telah terbukti berkesan dan digunakan oleh ramai pelangan juga ramai selebriti. Paling penting Dr.Beau adalah produk yang mendapat kelulusan KKM.


Jenis Kulit Sha adalah kulit kering yang pastinya kelihatan kusam dan nampak tua dari usia. Kelenjar minyak yang kurang aktif kerana banyak terdedah kepada cuaca panas dan juga penghawa dingin ketika bekerja setiap hari. Selain itu kehadiran bintik-bintik hitam (freckles) garis hitam di sekeliling mata, pigmentasi dan muka kelihatan pucat dan tidak bermaya. Adakalanya Sha juga menghadapi hormon  tidak seimbang dan sering tumbuh jerawat di bahagian sekitar muka walaupun hanya sementara.

DR.BEAU MENGGABUNGKAN 6 MINYAK SEMULAJADI BERTINDAK UNTUK PELBAGAI JENIS KULIT.


  • ROSEHIP OIL


Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit. Kandungan Vitamin A berfungsi melawan pigmentasi. Mengatasi belas jerawat dan mencegah timbulnya jerawat.
  •  ARGAN OIL

Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

  • ALMOND OIL



Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka. Mampu membantu mengurangkan lingkar hitam bawah mata.

  • APRICOT KERNEL OIL


Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

  • WHEAT GERM OIL



Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral. Wheat Germ Oil didalam Serum Dr.Beau adalah untuk mengatasi kulit kering dan mencegah jerawat juga penuaan serta bersifat anti-oksidan.

  • EVENING PRIMROSE OIL


Evening Primrose Oil mengandungi Omega-3 asid lemak yang sangat baik untuk kulit yang sensitif dan ia menjadikan kulit segar dan selesa. Selain itu fungsinya adalah untuk merawat jerawat.


Kelebihan Serum Dr.Beau Dalam Membantu Merawat Kulit Kusam

Sha tertarik dengan semua kandungannya yang bagus dan paling bagus adalah ianya cepat meresap ke dalam kulit tambah pula tidak melekit walaupun berasaskan minyak. Serum DrBeau juga berbau harum dan wangi semulajadi membangkitkan rasa segar dan nyaman apabila memakainya.


Manfaat Penggunaan Serum Dr.Beau Secara Konsisten


✫ Menjadikan kulit lebih lembut dan anjal.
✫ Mengekalkan kelembapan pada kulit.
✫ Melambatkan proses penuaan dan kedutan.
✫ Merawat masalah kulit berjerawat dan berjeragat serta parut lama.
✫ Memudarkan parut jerawat.
✫ Mencerahkan kulit.
✫ Merawat masalah kulit kusam dan tona tidak sekata.


Korang juga boleh tengok pelbagai testimoni daripada pengguna Serum Dr.Beau dan tidak ketinggalan artis Malaysia juga ada yang menggunakan Serum Dr.Beau sebagai amalan kecantikan kulit mereka.


 








Cara penggunaan Dr.Beau juga amat memudahkan pengguna :



Bersihkan kulit muka anda, Setelah kulit bersih, titiskan Dr. Beau pada telapak tangan, kemudian, sapu dengan cara menggosok-gosok telapak tangan untuk membantu memudahkan penyerapan pada kulit.

Seterusnya, sapukan ke seluruh atau sebagian kulit muka hingga leher secara merata. Terutama, pada kawasan yang biasa terlihat garis-garis penuaan.

Setelah Dr. Beau disapu, dah boleh pakai bedak atau sunblok . supaya hasilnya lebih berkesan. Dr. Beau sebaiknya disapu waktu pagi dan malam . Pada waktu pagi, Dr. Beau digunakan untuk menjaga kulit dari udara kotor sepanjang siang manakala malam boleh merehatkan dan memulihkan kulit

4 comments:

Terima Kasih Daun Keladi