Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Setting Nombor Telefon Waris Pada Lock Screen Telefon Bimbit

Setting Nombor Telefon Waris Pada Lock Screen Telefon Bimbit | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru-baru ini seorang rakan sekerja Sha telah tertinggal dompet dan telefon bimbitnya di sebuah stesen minyak. Rezeki dia tertinggal ditempat yang ada cctv dan pekerja stesen minyak mengambil tanggungjawab untuk menghubungi rakan Sha. Tetapi kebanyakkan pengguna telefon bimbit pastinya akan menetapkan kekunci atau kata laluan untuk akses telefon bimbit untuk keselamatan bukan? Tetapi Sha tertarik pada perkongsian rakan Sha kerana tetapan yang dilakukannya telah membantu pihak stesen minyak menelefon ahli keluarga terdekatnya berdasarkan nombor yang tertera pada skrin telefon bimbit. Pastinya kita tahu apabila skrin terkunci kita tak akan dapat akses maklumat yang ada dalam telefon bimbit jadi apabila kita buat tetapan sebegini jika orang baik hatinya akan mencari nombor yang boleh dihubungi untuk memaklumkan kedudukan telefon dan barangan yang ditemui. Memandangkan Sha pengguna telefon bimbit jenama Samsung jadi Sha tunjukkan untuk Samsung untuk jenama lain Sha tak pasti.

Seperti gambar di atas korang boleh nampak bahagian bawah tarikh dan haribulan terdapat nombor waris.

 

Pertama sekali korang perlu ke bahagian setting.

  

Kemudian pilih Lock Screen And Security.



Selepas itu pilih Info And App Shortcuts untuk kemaskini maklumat pemilik telefon bimbit. Serius Sha tak pernah setting apa-apa pada bahagian ini, kalau kes ini tak terjadi Sha pun tak ambil tahu.

  
3 pilihan ini akan keluar korang perlu pilih Owner Information.

 Haaa... kat sini korang letaklah apa yang korang nak tambah, contoh yang Sha letak adalah nama waris terdekat iaitu nombor telefon suami Sha sendiri.


 Bila dah masukkan maklumat korang, klik DONE.

Sekarang korang dah boleh periksa balik menjadi atau tidak tetapan yang korang buat. Bila jadi pada kawan sendiri baru nak setting macam ni, kalau tak memang tak setting sampai sudah. Selain cara ini kita juga boleh setting pada emergency calls.

Post a Comment

2 Comments

  1. betul juga kan.. kalau waktu kecemasan mmg amat membantu.. tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian.. Bagus info ini..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi