Wednesday, May 29, 2019

Percubaan Memasak Menu Mee Bandung Simple Pecahkan Kebuntuan Menyediakan Juadah Berbuka Puasa

Resepi Mee Bandung Cepat Dan Ringkas | Percubaan Memasak Menu Mee Bandung Simple Pecahkan Kebuntuan Menyediakan Juadah Berbuka Puasa. Sebulan berpuasa pastinya pelbagai resepi dicuba kerana ada satu masa kita akan bosan makan makanan ruji seperti nasi dan lauk pauk, begitu juga dengan Sha. Percaya atau tidak inilah kali pertama Sha memasak Mee Bandung, tapi tak tahulah versi negeri mana sebabnya dalam banyak-banyak resepi Sha padankan dengan barangan yang ada dalam peti sejuk di rumah sahaja sebab itulah Sha katakan cepat dan mudah.


Bahan- bahan Mee Bandung

1 paket mee kuning * dicelur
10 ekor udang
2 ekor sotong saiz sederhana
1 biji Bawang Besar *kisar
3 ulas Bawang Putih *kisar
3 sudu besar cili boh
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
1 liter air kosong
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil garam *jika perlu
2 sudu kecil gula *jika perlu
3 biji telur
Sayur sawi
2 sudu besar minyak masak

Bahan lain

Bawang goreng
Hirisan limau nipis / limau kasturi.

Cara Memasak Mee Bandung

1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar dan cili boh. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili kacau seterusnya air. Biarkan semua bahan sebati dengan api kecil.

2. Masukkan tepung jagung yang sudah dilarut dalam air.

3. Masukkan udang, tunggu hingga menggelegak.

4. Kuah menggelegak pecahkan telur sebiji demi sebiji jangan sampai telur kuning pecah sekali tau.

5. Selepas itu barulah masukkan sotong diikuti dengan sayur sawi yang telah dipotong. Jangan tunggu lama, tutup api.

Akhirnya jadi macam gambar, jangan lupa letak bawang goreng dan perahan limau nipis. Gambar tu pun kurang sebab Sha lupa nak letak semua tu terus ngap! Alhamdulillah percubaan pertama ini tidak mengecewakan.. ewaaahhh,.. Lepas ini kita buat tapi dengan air daging pulak.

Selamat Menjamu Selera.

7 comments:

  1. sedap juga buat juadah berbuka nie..

    ReplyDelete
  2. Teringin nak makan mee bandung Muar laaa...

    ReplyDelete
  3. sedapnya walaupun simple... akak puasa kali ni malasnya nk masak mee kuah2 nih... banyak beli dr masak sendiri huhuhu

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaaa! fav ekin jugak nihh. nanti boleh lah try buat. pinjam resepi yea.. hihihi

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof