Friday, February 01, 2019

16 Tips Menguruskan Badan Dan Sihat

16 Tips Menguruskan Badan Dan Sihat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Azam setiap kali tahun baru ! Nak kurus ! Tak cakap orang lain tapi bercakap tentang diri sendiri sahaja, sudah berlalu 31 hari bulan Januari 2019 bagaimanakah dengan perjalanan azam kita yang satu ini, adakah sudah menunjukkan perubahan ? Tiada siapa dalam dunia ini yang tidak mahu kelihatan menarik, justeru kebanyakan daripada kita akan melakukan apa sahaja asalkan dapat dapat menurunkan berat badan. Di sinilah bermula punca pelbagai masalah apabila keghairahan untuk kelihatan menarik menjadikan kita buta terhadap kesan-kesan negatif amalan menggunakan ubat-ubatan. Walau bagaimanapun kurus sebenarnya tidak memerlukan ubat-ubatan seperti ubat kurus dan ubat langsing yang belum tentu berkesan.



Antara tips untuk kurus adalah seperti berikut walaupun masih dalam perjalanan rasanya tak salah Sha berkongsi bersama.

  • Jangan Suka Berlapar

Makanan memberikan tenaga kepada kita, apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang dimakan tubuh akan mengalami kejutan. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Hal ini akan menyebabkan metabolisma badan menjadi rendah.

  • Minum Banyak Air

Air mengurangkan selera makan kita secara semula jadi dan membantu badan memetabolisme simpanan lemak di dalam badan. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pengiraan jumlah air adalah sekitar 1 liter untuk setiap 25kg berat badan.

  • Pastikan mengambil sarapan

Terdapat kajian yang menunjukkan mereka yang tidak mengambil sarapan lebih cenderung untuk gemuk berbanding yang bersarapan. Sarapan dapat menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah, kadar metabolisme  juga meningkat untuk membakar kalori.


  • Makan Tidak Terlalu Laju

Nikmati makanan dengan perlahan dan tidak gelojoh. Apabila makanan dikunyah secara perlahan, tubuh akan menerima isyarat yang menunjukkan kecukupan. Gigit makanan dengan cebisan lebih kecil sebelum menelan, dengan cara ini makan lebih mudah dihadam.

  • Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral serat kandungan lemak yang rendah.

  • Kurangkan tekanan

Jangan timbang berat badan setiap hari kerana kita tak akan nampak perubahannya. Ini akan menyebabkan kita berasa cepat putus asa.

  • Pentingkan Kesihatan

Tumpukan perhatian untuk sihat bukan untuk kurus semata-mata. Ramai yag lebih berjaya dalam menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang apabila menukarkan niat kepada untuk lebih sihat dan cergas. Memilih makanan yang lebih sihat , cara memasak lebih kepada mengurangkan kalori dengan cara merebus, memanggang, atau mengukus.

  • Pilih pinggan bersaiz kecil

Pilih pinggan jenis rata berbanding lekuk. Ambil sayuran terlebih dahulu berbanding lauk dagingnya dan nasi.

  • Kurangkan pengambilan gula, susu pekat dan keju.

Gula, susu pekat dan keju boleh menyebabkan air terperangkap dalam badan.

  • Waktu makan yang betul
Waktu sarapan - Pukul 7.00 pagi hingga 8.00 pagi ( siapa masuk kerja macam Sha pukul 8 pagi, sampai pejabatW boleh terus makan sebelum memulakan kerja)

Waktu Makan Tengahari - Pukul 12.30 tengahari hingga 2.00 petang

Waktu Makan Malam - Pukul 6.00 petang hingga 9.00 malam.

  • Makan mengikut keperluan badan.

Untuk perempuan biasanya memerlukan 1000 hingga 1500 kalori sehari.

  • Banyakkan berjalan kaki

Biasakan diri berjalan kerana ini akan membantu membakar sebahagian kalori. Setiap 25 langkah kita berjalan, satu kalori akan dibakar. Berjalan 30 minit sehari tanpa melakukan aktiviti fizikal yang membebankan lutut. Jangan cuba memaksa diri untuk terus jogging.

  • Makan nasi mengikut sukatan.

Masih makan nasi tetapi perlahan-lahan kurangkan kuantiti. Dari dua tiga pinggan kepada sepinggan dan sehinggalah sukatan sepatutnya.

  • Elak minum minuman berkarbohidrat dan makanan segera.

Minuman karbohidrat biasanya mengandungi tinggi gula. Gula tinggi tidak baik untuk kesihatan.

  • Tidur Cukup

Percaya atau tidak tidur kita pun perlu cukup dalam membantu kejayaan proses penurunan berat badan.

  • 80 % pemakanan Dan 20% senaman
Faktor terbesar penyumbang kepada penurunan berat badan adalah daripada pemakanan kita manakala senaman membantu fitkan tubuh kita.

Belum terlambat bagi yang belum ada perubahan, jangan cepat putus asa biarlah lambat turun tapi ada perubahan ke arah lebih baik itu adalah terbaik.

4 comments:

  1. Tips semua dah ok dah. Cuma kena disiplinkan diri dan jiwa kena kental supaya tak kecudang. Huhu.

    ReplyDelete
  2. Sejak sebulan lebih semua jadi tak tentu. Nanti nak amalkan semua petua ni...

    ReplyDelete
  3. Nice tips.. biasa amalkan exercise atau minum banyak air putih~

    saya follow sini #759

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof